Sunday 2 June 2013

"RED BEAN ARMY" cuba tarik perhatian Presiden AS. #black505 #BetterNation #PRU13


Tindakan terdesak "Red Bean Army" yang cuba menaraik perhatian Dunia mengenai tindakan tegas tegas yang akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa keatas indvidu atau kumpulan yang cuba menghasut dan menfitnah Kerajaan melalui laman siosial.

DAP menubuhkan pasukan tentera sibernya untuk menyerang dan meruntuhkan kerajaan yang dipilih melalui sistem demokrasi beberapa tahun sebelum PRU13 berlangsung. Dikatakan anggotanya berjumlah 1500 orang yang menggunakan kemahiran dan kepakaran mereka dalam dunia IT untuk menimbulkan kekacauan dan kekeliruan dikalangan ahli masyarakat.





Saranan itu diutarakan pembaca Utusan Malaysia, Kevin J. C. Chuah, yang baru-baru ini menyatakan sokongan supaya tindakan tegas diambil terhadap kumpulan Red Bean Army. 

Semalam Utusan Malaysia melaporkan polis telah mengenal pasti sebanyak 30 individu yang bertanggungjawab merancang menggulingkan kerajaan menerusi pergerakan Red Bean Army.





Kevin berkata, kebanyakan laman sosial yang dimiliki Red Bean Army menggunakan bahasa Mandarin selain bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi.

Beliau yang mengetahui perkara itu menerusi pemerhatian di laman Facebook 'We Fully Support PKR' dan 'Hew Kuan Yau' mendapati, komen-komen mereka mula ke arah memberi amaran sesama sendiri supaya tidak membongkar identiti ahli mereka sekiranya ditahan pihak berkuasa.

"Ada antara mereka sudah mula mengalih haluan termasuk menghentam rakan-rakan mereka yang telah dihubungi polis. Mereka mahu dilihat seolah-olah tiada kaitan dengan individu-individu yang dikenal pasti pihak berkuasa.

"Contohnya, seorang tentera mereka yang menggunakan nama 'Sam Chen' dalam Facebooknya meminta rakan-rakannya menghentikan tindakan menghentam sesama mereka termasuk tidak menjadikannya sasaran," katanya.

Menurut beliau, Sam Chen sebelum itu menulis di laman Facebooknya: "Telah dihubungi oleh cawangan khas polis bagi menjawab beberapa soalan dan turut mencapai persetujuan melalui perbualan itu."

Menurut Kevin, Sam Chen turut memberitahu polis yang menghubunginya bertindak sopan dan terlebih dahulu memberitahu tujuan panggilan tersebut menyebabkannya bersetuju bekerjasama namun menegaskan tidak akan membongkarkan identiti sesiapa pun dalam kalangan mereka.

Tambahnya, seorang lagi tentera Red Bean Army yang menggunakan nama 'Medoli Siang' mendedahkan menjadi 'terkenal' selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjemputnya 'minum teh' yang bermaksud disoal siasat.

Selain itu, tambah beliau, seorang lagi tentera siber pembangkang, 'Woodstock Lee' menerusi Facebooknya dengan lantang mengaku salah seorang tentera Red Bean Army dan mencabar pihak berkuasa menangkapnya -
 UM



No comments:

Post a Comment