Thursday 13 June 2013

[ Video ] Rakyat Kelantan terima habuan dari "lebuhraya rakyat" . #blackout505



Tudia..... dah mula pecah dah... cerita Lebuhraya Rakyat. Projek Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai (Lebuh Raya KBKK) merupakan projek lebuh raya rakyat yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan sumbangan wakaf daripada rakyat Kelantan dan Malaysia. Ia dijangka dapat disiapkan menjelang Jun 2014. Apa yang menariknya, untuk merealisasikan Projek Husam Musa berkenaan, sebuah Tabung derma juga dilancarkan oleh Pas Kelantan.

Kecurigaan Rakyat Kelantan akan berlakunya penyelewengan terhadap projek pembinaan Lebuhraya ini, mula timbul setelah berlaku beberapa perkara pelik terhadap projek berkenaan.



Pekerja projek Lebuh Raya Rakyat tak dibayar gaji?

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengakui ada mendengar 'cerita' mengenai pekerja di tapak projek Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai tidak dibayar gaji sejak beberapa bulan lalu.

Beliau bagaimanapun berkata, sehingga kini tiada sebarang aduan rasmi dibuat oleh pekerja terbabit atau mana-mana agensi yang terlibat.

"Saya pun tidak tahu (pekerja tidak dapat gaji) sebab tidak ada orang bagi tahu saya, saya pun ada dengar tetapi saya tidak pasti. Saya tidak boleh komen (lanjut)," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai pendedahan beberapa akaun laman sosial Facebook terhadap rintihan seorang isteri kepada salah seorang pekerja di tapak projek lebuh raya tersebut dikenali sebagai MrsNor Wahid yang mendakwa suaminya tidak menerima gaji dan elaun.

Sementara itu, Mohd. Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan berkata, pihaknya telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Hanifa Ahmad mendapatkan maklumat terkini tentang pelaksanaan projek lebuh raya itu.

"Menteri Besar (Datuk Ahmad Yakob) telah mengeluarkan kenyataan akan meneruskan pembinaan lebuh raya seperti dipersetujui sebelum ini, cuma kita sedang perhalusi kaedah pelaksanaannya kerana kita dengar Kerajaan Persekutuan telah meluluskan projek lebuh raya dari Kota Bharu ke Kuala Krai, kita pun nak tengok dari segi jajaran dan peruntukan.

"Mungkin kita bekerjasama (dengan Kerajaan Persekutuan) sebab asas lebuh raya adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan tetapi beberapa kali kertas cadangan dalam Rancangan Malaysia lima tahun tidak diberi perhatian oleh Kerajaan Pusat," katanya.

Katanya, kerja-kerja asas pembinaan projek tersebut telah dimulakan tetapi setakat mana kemajuannya, masih belum diketahui berikutan belum menerima laporan lengkap dan terkini.

Majlis pecah tanah pakej pertama projek itu telah dilancarkan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei tahun lalu.

Projek tersebut adalah cetusan idea bekas Exco Kerajaan Pas negeri, Datuk Husam Musa yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan.

KK : Pas juga pernah menggelapkan Derma Tabung Mangsa Memali  disamping cubaan mengelirukan akaun Tabung Derma mangsa Lahad Datu tak mustahil duit Leburaya rakyat juga depa gelapkan....

No comments:

Post a Comment