Saturday 15 June 2013

Panas !! RM30 Juta Azzuddin bersikap 'jeneral tentera' dalam #FAM - @AnnuarMusa @KelateDotNet @Khairykj @ASTROARENA #kakibola #PialaFA2013


Isu berkenaan dengan Badan induk Bolak Sepak Malaysia FAM masih lagi hangat diperkatakan. FAM seolah-olah masih lagi 'Kebal' dari sebarang kritikan dan nasihat. Selepas FAM di 'tegur' oleh Penaung pasukan JDT kali ini pula Penasihat KFA mengambil tempat. Apakah nasib 2 orang kuat yang mewakili peminat bola sepak Malaysia sama dengan YB Dato' Shahidan Kasim.

Bernama melaorkan : PENASIHAT Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa semalam mempersoalkan wang berjumlah RM30 juta setahun yang diterima Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi penjualan hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia (Liga M).

Annuar berkata, jumlah tersebut sepatutnya digunakan bagi membantu persatuan negeri yang menghadapi masalah kewangan.

"Apabila saya merundingkan tajaan bagi Liga Malaysia menerusi MSL (Malaysian Super League), kita menjual segala hak milik negeri yang merupakan pihak yang beraksi menjayakan liga, matlamat kita ialah untuk menjana pendapatan lebih tinggi kepada negeri-negeri.

"Sekarang, kita harus tahu ke mana tajaan RM30 juta setahun itu dibelanja dan dibelanjakan di 'dapur' mana? Ia satu kesalahan kalau dianggap tajaan itu milik FAM, ia milik liga dan sebahagian besar hasil tersebut adalah untuk memajukan liga.

"Kalau dibiar peserta liga mati, akhirnya Liga Malaysia juga akan mati. Dapur persatuan negeri juga adalah dapur FAM," kata Annuar dalam laman sosial Facebook beliau semalam.

Kelmarin, Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata, bukan tugas badan induk itu 'menjaga dapur orang lain' dan FAM sudah melakukan apa yang sepatutnya termasuk pemberian geran tahunan kepada setiap pasukan yang bertanding dalam Liga Super dan Liga Premier.

"90 peratus punca pendapatan FAM datangnya daripada persatuan bola sepak negeri dan tidak adil jika FAM tidak mengambil tahu masalah mereka.

"Persatuan bola sepak negeri adalah 'dapur' FAM kerana daripada merekalah, FAM kutip hasil dari denda, levi dan bayaran penajaan," katanya yang juga bekas Timbalan Presiden FAM.

Dalam pada itu, Annuar terus 'berperang' dengan Azzuddin yang dianggapnya bersikap seperti seorang 'jeneral tentera' dalam FAM.

Annuar berkata, masalah yang berlaku dalam FAM sekarang adalah kerana Leftenan Jeneral bersara itu berasakan masih berkhidmat dalam tentera walaupun sudah lama bersara.

"FAM bukan batalion tentera, sebaliknya ia lebih unik daripada itu. Dalam FAM, ada exco yang dipilih dan dalam bola sepak juga ada pemegang kepentingan termasuk penyokong, penaja, kementerian, ahli gabungan dan lain-lain yang cukup berbeza dengan tentera," katanya.

Annuar berkata, jawatan Setiausaha Agung FAM bukan dipilih menerusi pengundian daripada exco FAM, sebaliknya ia dilantik dan dibayar gaji.

"Justeru, tanggungjawab (Setiausaha Agung) bukan sekadar kepada presiden tetapi kemajuan keseluruhan bola sepak itu sendiri kerana dalam ketiadaan kongres dan exco, urusetialah yang berkuasa," katanya.

KK : Bila berada diatas jenguklah orang dibawah.. tak kan sampai tak boleh nak ditegur....Hebat sangatkah FAM !!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.













No comments:

Post a Comment