Showing posts with label fam. Show all posts
Showing posts with label fam. Show all posts

Saturday, 10 August 2013

TERKINI : Perlawanan Malaysia Menentang Barcelona Telah Dipindahkan Ke Stadium Shah Alam. #malaysianews #1Malaysia #FAM @tv3malaysia


Di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan perlawanan persahabatan Pasukan Kebangsaan Malaysia (Harimau Malaya) menentang Barcelona telah di pindahkan ke Staduim Shah Alam, Selangor. Masa dan tarikh tidak berubah. Sebelum ini, perlawanan tersebut dijadualkan akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 10 Ogos 2013 (Sabtu).


Walaubagaimanapun, anda masih boleh memasuki Stadium Shah Alam dengan menggunakan tiket yang sedia ada. Sila berikan kerjasama kepada pihak penganjur bila anda di stadium nanti.

Sumber :

KK : Berjuanglah sewija murni....tekun berani sesungguh hati demi sukan mengharum Negara ( pinjam lirik lagu kedah )

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 3 July 2013

Kecewa tak dapat Audi Q7 'Mat Yo' buang pingat dalam tong sampah. #FAM @ASTROARENA

"LIGA KITA, WAJAH KITA"

"JANGAN ulangi lagi perbuatan itu selepas ini," demikian nasihat Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin kepada penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha yang bertindak membuang pingat ke dalam tong sampah setelah pasukannya tewas 0-1 kepada Kelantan, Sabtu lalu.
 
Sambil menganggap tindakan Norshahrul atau Mat Yo itu disebabkan hilang pertimbangan kerana terlalu kecewa selepas pasukannya tewas, Hamidin bagaimanapun berharap insiden itu adalah yang pertama dan terakhir dilakukan oleh bekas pemain Kelantan itu.
 
"Mungkin dia (Mat Yo) tertekan dan terlalu kecewa dengan kekalahan itu dan disebabkan itu dia terbawa-bawa ke luar padang.
 
"Cuma nasihat saya, jangan ulangi lagi tindakan sebegitu kerana tidak elok sebagai pemain berpengalaman, lagipun kita kena faham dan ingat dalam bola sepak ada menang, ada kalah.
 
"Kita takkan selalu menang saja, pada masa yang sama kena terima kekalahan juga," kata Hamidin.
 
Dalam laporan media tempatan semalam melaporkan, Mat Yo dikatakan bertindak membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk bilik persalinan selepas pasukannya tewas 0-1 kepada Kelantan dalam final Piala FA, di Stadium Nasional Bukit Jalil.
 
Ketika ditanya adakah Mat Yo bakal dikenakan tindakan tatatertib oleh FAM, Hamidin berkata, pihaknya tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap beliau memandangkan FAM tiada peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian.
 
"Kami tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap dia, ini kerana tiada peruntukan undang-undang berhubung tindakan itu.
 
"Cuma yang boleh saya katakan jangan buat lagi," jelas beliau.

Sumber : sinarharian

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Juara Liga Super Malaysia MILIK #LionsXII pasukan dari Singapura ? #FAM @ASTROARENA

"LIGA KITA, WAJAH KITA"

Secara logiknya satu pasukan yang mewakili repuplik itu berjaya menjinakan 11 pasukan dari Malaysia . Seharusnya FAM serta pasukan yang bertanding memandang 'Serius' dengan apa yang berlaku ini. Sehinggakan pasukan dari luar bejaya menjuarai kejuaraan liga tempatan kita. FAM tak rasa pelik sangat ker.... Itu hanya luahan kekecewaan KK sahaja..

Lions XII muncul sebagai juara baharu Liga Super selepas menepati ramalan dengan mudah menjinakkan Felda United 4-0 di Stadium Jalan Besar, Singapura, sebentar tadi.

Seperti yang dijangka, wakil Singapura itu tidak berdepan masalah untuk membuka jaringan menerusi gol sendiri pemain Felda, Azrul Ahmad pada minit ke-47.

Kapten Lions XII, Shahril Ishak meletakkan pasukannya keadaan lebih selesa apabila menggandakan kedudukan pada minit ke-58.

Skuad kendalian V. Sundramoorthy terus menghukum kerapuhan benteng pertahanan Felda apabila Fazrul Nawaz meledak gol ketiga.

Shafiq Ghani memastikan kemenangan mutlak Lions XII dengan meledak gol keempat sekali gus menyaksikan trofi Liga Super yang sebelum ini menjadi milik Kelantan, berjaya merentasi Tambak Johor pada edisi tahun ini.

Nyatalah, pasukan boleh masih lagi kurang bermaya untuk bersaing dengan pasukan dari luar.

KK: tiada apa sangat yang nak dibanggakan.. Pulun Kedah Pulu....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 26 June 2013

Kecoh !! Insiden pergaduhan pemain Perak dan Lions Xll FC #FAM @ASTROARENA @Khairykj


Semakin lama semakin 'goyah' sukan bola sepak di Malaysia, dari aksi diluar padang membabitkan penyokong sehinggalah di atas padang, termasuk pemain meluahkan rasa tidak puas hati.

FAM pulak, asyik menegakkan 'pendirian' mereka sahaja yang 'betul' siapa yang pasti menerima hukuman. Dari penyokong sehinggalah peringkat Menteri semua dah 'tegur' tapi sikap FAM macam itu jugak.

Terbaru, laporan bernama memetik Insiden pergaduhan antara pemain Perak dengan Lions Xll FC mencemarkan perlawanan Liga Super di Stadium Perak yang berlangsung malam Selasa. Pergaduhan berpunca kerana pemain Perak tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan.

Sebelum itu, Isu penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA, yang mebabitkan penyokong Kelantan.

Berikut ialah keputusan perlawanan Liga Super yang berlangsung di beberapa venue pada Selasa.

T-Team 2 - 1 Negeri Sembilan

PKNS FC 1 - 2 Selangor

Angkatan Tentera 1 - 1 Terengganu

Kelantan 2 - 0 Pahang

Johor Darul Takzim FC 1 - 1 Felda United FC

Perak 1 - 1 Lions XII FC

KK : Masih tak berubah FAM.. Nak tunggu bola sepak Malaysia hilang dari kalendar sukan, baru nak sedar kot....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 15 June 2013

Panas !! RM30 Juta Azzuddin bersikap 'jeneral tentera' dalam #FAM - @AnnuarMusa @KelateDotNet @Khairykj @ASTROARENA #kakibola #PialaFA2013


Isu berkenaan dengan Badan induk Bolak Sepak Malaysia FAM masih lagi hangat diperkatakan. FAM seolah-olah masih lagi 'Kebal' dari sebarang kritikan dan nasihat. Selepas FAM di 'tegur' oleh Penaung pasukan JDT kali ini pula Penasihat KFA mengambil tempat. Apakah nasib 2 orang kuat yang mewakili peminat bola sepak Malaysia sama dengan YB Dato' Shahidan Kasim.

Bernama melaorkan : PENASIHAT Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa semalam mempersoalkan wang berjumlah RM30 juta setahun yang diterima Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi penjualan hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia (Liga M).

Annuar berkata, jumlah tersebut sepatutnya digunakan bagi membantu persatuan negeri yang menghadapi masalah kewangan.

"Apabila saya merundingkan tajaan bagi Liga Malaysia menerusi MSL (Malaysian Super League), kita menjual segala hak milik negeri yang merupakan pihak yang beraksi menjayakan liga, matlamat kita ialah untuk menjana pendapatan lebih tinggi kepada negeri-negeri.

"Sekarang, kita harus tahu ke mana tajaan RM30 juta setahun itu dibelanja dan dibelanjakan di 'dapur' mana? Ia satu kesalahan kalau dianggap tajaan itu milik FAM, ia milik liga dan sebahagian besar hasil tersebut adalah untuk memajukan liga.

"Kalau dibiar peserta liga mati, akhirnya Liga Malaysia juga akan mati. Dapur persatuan negeri juga adalah dapur FAM," kata Annuar dalam laman sosial Facebook beliau semalam.

Kelmarin, Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata, bukan tugas badan induk itu 'menjaga dapur orang lain' dan FAM sudah melakukan apa yang sepatutnya termasuk pemberian geran tahunan kepada setiap pasukan yang bertanding dalam Liga Super dan Liga Premier.

"90 peratus punca pendapatan FAM datangnya daripada persatuan bola sepak negeri dan tidak adil jika FAM tidak mengambil tahu masalah mereka.

"Persatuan bola sepak negeri adalah 'dapur' FAM kerana daripada merekalah, FAM kutip hasil dari denda, levi dan bayaran penajaan," katanya yang juga bekas Timbalan Presiden FAM.

Dalam pada itu, Annuar terus 'berperang' dengan Azzuddin yang dianggapnya bersikap seperti seorang 'jeneral tentera' dalam FAM.

Annuar berkata, masalah yang berlaku dalam FAM sekarang adalah kerana Leftenan Jeneral bersara itu berasakan masih berkhidmat dalam tentera walaupun sudah lama bersara.

"FAM bukan batalion tentera, sebaliknya ia lebih unik daripada itu. Dalam FAM, ada exco yang dipilih dan dalam bola sepak juga ada pemegang kepentingan termasuk penyokong, penaja, kementerian, ahli gabungan dan lain-lain yang cukup berbeza dengan tentera," katanya.

Annuar berkata, jawatan Setiausaha Agung FAM bukan dipilih menerusi pengundian daripada exco FAM, sebaliknya ia dilantik dan dibayar gaji.

"Justeru, tanggungjawab (Setiausaha Agung) bukan sekadar kepada presiden tetapi kemajuan keseluruhan bola sepak itu sendiri kerana dalam ketiadaan kongres dan exco, urusetialah yang berkuasa," katanya.

KK : Bila berada diatas jenguklah orang dibawah.. tak kan sampai tak boleh nak ditegur....Hebat sangatkah FAM !!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.