Showing posts with label bintang sukan. Show all posts
Showing posts with label bintang sukan. Show all posts

Monday, 23 June 2014

Video !! Ronaldo Seorang Yang "Penipu' #WorldCup2014


Aksi itu kemudian menjadi rakaman yang disebarkan oleh peminat Ronaldo di serata dunia dengan tajuk 'This is why we love you, Ronaldo.'

Saturday, 1 February 2014

Hot JAGUH SUKAN VS PELIWAT !! Datuk @Lee_C_Wei lawan @AnwarIbrahim ? #PRKKajang @NajibRazak


Satu sindiran ke apa ni..macam mana Lee Chong Wei nak fokus kepada permainan badminton pulak nanti..walaupun ada berita mengatakan dia akan bersara hujung tahun ini.

MCA sudah sedia senarai calon PRK DUN Kajang.

31 JAN: MCA sudah menyenarai-pendek beberapa nama calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Selangor, yang akan diserah kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional(BN) untuk membuat keputusan.

“PRK di Kajang nanti adalah amat penting bagi MCA dan BN.

“Saya berharap kita bersama-sama kerja keras untuk memenangi DUN ini kerana kita juga nak pastikan suara kita lebih kuat untuk membela nasib rakyat di Selangor,” kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di ibu pejabat parti komponen BN itu di Jalan Ampang, ibu negara.

Mengenai cadangan meletakkan jaguh badminton dunia Datuk Lee Chong Wei sebagai calon MCA di Kajang, Liow enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Namun beliau setuju ada kemungkinan populariti Chong Wei dapat menandingi nama Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Liow TL

Cadangan meletakkan Chong Wei dikemukakan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainul semalam.Sementara itu, Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie ketika ditemui pemberita berkata kerusi DUN Kajang itu merupakan kerusi tradisi MCA.

Beliau percaya dengan sokongan komponen parti BN dan jentera parti, harapan memenangi kerusi DUN itu adalah cerah ditambah dengan transformasi kepimpinan baharu MCA.

Heng berkata jentera PRK Wanita MCA yang dipengerusikan Pengerusi Wanita MCA Selangor Ong Chong Swen akan berusaha memastikan kemenangan BN pada PRK itu nanti.

PRK bakal diadakan di DUN Kajang berikutan tindakan Ahli Dewan Undangan Negerinya Lee Chin Cheh dari PKR mengosongkan kerusi itu Isnin lepas.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kemudiannya mengumumkan Anwar sebagai calon seandainya PRK diadakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal mengadakan mesyuarat berhubung kekosongan kerusi DUN Kajang pada 5 Februari ini.

-bnbbbc.my

Monday, 9 December 2013

Pelumba negara, Josiah Ng cedera parah kemalangan. @nadi_arena @sukan_utusan @Khairykj


Pelumba basikal kebangsaan Josiah Ng patah tulang rusuk dan tulang selangka yang tercucuk bahagian paru-paru selepas terbabit kemalangan pada saingan Piala Dunia Trek acara keirin di Aguascalientes, Mexico.

Josiah, wakil Malaysia di sukan Olympik sebanyak tiga kali terbabit kemalangan pada pusingan pertama keirin ketika bersaing dengan rakan sepasukan Azizulhasni.

Azizulhasni bagaimanapun, tidak terlibat dalam kemalangan itu dan menamatkan saingan di tempat keenam.

Josiah yang ditempatkan di hospital CMQ MAC berhampiran Aguascalientes kini beransur sembuh.

Menurut isteri Josiah, Kim Ong, dia dapat bercakap dengan suaminya dan pelumba itu berada dalam keadaan stabil.

Josiah juga mampu menghantar mesej di halaman rasmi Facebooknya.

"Hola ( Hello ) dari hospital Mexico saya! Saya sedikit pening sekarang tetapi saya ok. Beberapa tulang rusuk patah dan juga tulang selangka saya. Nasib baik saya masih hidup!, " Katanya.

Pusingan Piala Dunia Trek di Aguascalientes adalah yang kedua daripada tiga pusingan yang bermula dengan Manchester bulan lepas.

Pusingan seterusnya akan diadakan di Guadalajara, Mexico dari 17-19 Januari.

Sumber.

Friday, 27 September 2013

Gempar "DI DAJALKAN RAKAN SENDIRI" Isteri Mat YO MOHON MAAF. @MyMeleTOP @johordarultazim @rakyatnews @ASTROARENA @RTM_Malaysia


"Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak"


"Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku," kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.


"Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

"Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi BH, semalam.


Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku. 


"Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.


"Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul," katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.


Berita Harian 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 3 July 2013

Kecewa tak dapat Audi Q7 'Mat Yo' buang pingat dalam tong sampah. #FAM @ASTROARENA

"LIGA KITA, WAJAH KITA"

"JANGAN ulangi lagi perbuatan itu selepas ini," demikian nasihat Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin kepada penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha yang bertindak membuang pingat ke dalam tong sampah setelah pasukannya tewas 0-1 kepada Kelantan, Sabtu lalu.
 
Sambil menganggap tindakan Norshahrul atau Mat Yo itu disebabkan hilang pertimbangan kerana terlalu kecewa selepas pasukannya tewas, Hamidin bagaimanapun berharap insiden itu adalah yang pertama dan terakhir dilakukan oleh bekas pemain Kelantan itu.
 
"Mungkin dia (Mat Yo) tertekan dan terlalu kecewa dengan kekalahan itu dan disebabkan itu dia terbawa-bawa ke luar padang.
 
"Cuma nasihat saya, jangan ulangi lagi tindakan sebegitu kerana tidak elok sebagai pemain berpengalaman, lagipun kita kena faham dan ingat dalam bola sepak ada menang, ada kalah.
 
"Kita takkan selalu menang saja, pada masa yang sama kena terima kekalahan juga," kata Hamidin.
 
Dalam laporan media tempatan semalam melaporkan, Mat Yo dikatakan bertindak membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk bilik persalinan selepas pasukannya tewas 0-1 kepada Kelantan dalam final Piala FA, di Stadium Nasional Bukit Jalil.
 
Ketika ditanya adakah Mat Yo bakal dikenakan tindakan tatatertib oleh FAM, Hamidin berkata, pihaknya tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap beliau memandangkan FAM tiada peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian.
 
"Kami tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap dia, ini kerana tiada peruntukan undang-undang berhubung tindakan itu.
 
"Cuma yang boleh saya katakan jangan buat lagi," jelas beliau.

Sumber : sinarharian

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 12 February 2013

[Video] Panas !!! Dakwaan lelaki yang sedang bermesra ini Nazmi Faiz. @ASTROARENA @tv3malaysia




Tanpa menghiraukan orang di sekeliling, pasangan tersebut bermesra-mesraan tanpa ada perasaan malu. dakwaan menyatakan kemungkinan gadis tersebut adalah kekasih baru Nazmi Faiz. 

Pemain muda bola sepak tanah air yang baru sahaja kembali ke Malaysia setelah beberapa bulan bermain untuk S.C. Beira Mar, Nazmi Faiz ditemui dating bersama seorang gadis kira-kira jam 1 petang Sabtu lalu. 

so' terpulanglah kepada anda untuk menilai kesahihan video tersebut.

Wednesday, 30 January 2013

" @NazmiFaiz2112 Perlu Mohon Maaf Kerana tuduhan melampau " Tengku Norshufilla


Kota Bharu: “Saya mahu dia (Nazmi) mohon maaf secara terbuka kerana mengaibkan saya,” kata model sambilan Tengku Norshufilla Tengku Muhammad Shubli, 21, atau Tengku Fiella, bekas teman wanita pemain bola sepak Nazmi Faiz Mansor, 19, yang didakwa pemain itu kononnya menjalin hubungan dengan pemain kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 26.
Harian Metro semalam melaporkan Nazmi menerusi Twitter dipercayai miliknya, menuduh Tengku Fiella curang dan menjalin hubungan sulit dengan Aidil. Kenyataan yang disiarkan pada jam 4.25 pagi itu bagaimanapun dipadam beberapa jam kemudian dan tidak dipastikan sama ada ia diceroboh atau ditulis Nazmi.
Menurut Tengku Fiella, dia kini bukan lagi teman wanita Nazmi kerana sudah memutuskan hubungan dengan pemain bola sepak kelab SC Beira-Mar, Portugal itu, tiga minggu lalu.

Katanya, selepas memutuskan hubungan, Nazmi ada menghubunginya, tetapi dia tidak menjawabnya sehingga Nazmi menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan mahu memalukan serta memburukkan namanya.
“Saya ada melihat Twitter Nazmi yang memburukkan saya sebelum dia memadamnya.

sumber : mymetro


Tuesday, 29 January 2013

Aidil Zafuan tuntut @NazmiFaiz2112 Mohon Maaf Kerana tuduhan "melampau" beliau "bersekedudukan". @ASTROARENA


Mohd Nazmi (kiri) dan Tengku Fiella
PETALING JAYA: Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak menuntut bintang bola sepak kelab SC Beira-Mar Portugal, Mohd. Nazmi Faiz Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menuduhnya menjalinkan hubungan sulit dengan bekas teman wanitanya, Tengku Fiella.
Aidil, 25, yang juga pemain bola sepak pasukan negeri Johor berkata, tuduhan Mohd Nazmi, 19, yang dibuat menerusi Twitter miliknya itu telah memburukkan lagi keadaan Aidil yang masih berhadapan masalah rumah tangga dengan pelakon Rita Rudaini.
“Masalah saya dengan Rita masih belum selesai, timbul pula hal baru yang tidak benar. Saya tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita dan saya minta Mohd Nazmi memohon maaf dengan tuduhannya itu,” kata Aidil kepada mStar Online yang dihubungi di sini petang pada Isnin.
Salah satu status pada Twitter Mohd Nazmi yang mencetuskan kontroversi.
Mohd Nazmi yang juga bintang bola sepak remaja kebangsaan menerusi Twitter miliknya pada Isnin telah menuduh Aidil Zafuan mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya sehingga sanggup memberikan wang RM1,000 untuk berbelanja.
Malah Mohd Nazmi juga mendakwa kedua-dua mereka turut tinggal bersama sejak beberapa minggu lalu selepas diberitahu oleh rakannya.
Bagaimanapun, kira-kira pukul 9.30 pagi Isnin, Mohd Nazmi telah memadamkan komen berkenaan menerusi Twitter miliknya tetapi sempat disalin oleh pihak mStar Online.
Tambah Aidil, dia telah menghubungi Mohd Nazmi yang kini berada di Portugal pada petang Isnin untuk mendapatkan gambaran kenapakah dia memuat naik status tersebut.
Katanya, Mohd Nazmi memberitahu dia berbuat demikian kerana begitu marahkan bekas teman wanitanya itu selain terlalu mendengar cakap rakan-rakan mengenai hal berkenaan.
"Nazmi menjelaskan bahawa dia tidak fikir panjang apabila mendapat tahu kononnya saya mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya selain tidak memikirkan kesan daripada tindakannya memuat naik status tidak benar itu.
“Dia sudah memohon maaf daripada saya dan sebagai orang yang lebih tua daripadanya, saya memaafkan dia walaupun yang nampak buruknya akan terkena pada saya. Maklumlah (dia) darah muda.
"Cuma saya mahu dia bersihkan nama saya. Lagipun kami tidak bermusuhan pun," ujarnya.
Nazmi membuat permohonan maaf menerusi Twitter miliknya pada malam Isnin.
Aidil turut memberitahu dia tidak mengenali gadis yang dimaksudkan Mohd Nazmi manakala jumlah RM1,000 yang dikatakan itu juga tidak benar.
Sementara itu Tengku Fiella yang merupakan gadis kelahiran Kelantan berkata Mohd Nazmi merupakan seorang yang kuat cemburu dan meminta semua pihak tidak mengambil serius kenyataan itu.
“Jangan ambil serius apa yang Nazmi Faiz tulis di Twitter kerana dia sendiri belum matang dan mungkin dalam keadaan tertekan dengan kelab di portugal,” katanya seperti dilaporkan portal rotikaya.com. pada Isnin.
Malah gadis tersebut juga berkata dia tidak pernah mengenali Aidil Zafuan dan bersimpati kerana turut dikaitkan dalam isu itu.
Dalam perkembangan terbaharu, Mohd Nazmi telah membuat permohonan maaf menerusi Twitter miliknya kira-kira pukul 9 malam Isnin dan meminta semua pihak tidak menyalahkan Aidil.
"Saya minta maaf mengenai perkara yang lepas, jangan salahkan Aidil Zafuan. Dia tiada kaitan dalam hal ini," katanya.

sumber : Mstar

Monday, 28 January 2013

Panas !!! Betul ke Aidil Zafuan Rampas teman wanita @NazmiFaiz2112


Macam dunia selebrti ni... Bintang sukan dah jadi macam artis. Panas !!! Aidil Zafuan buat hal dengan Tengku Fiela sampai ke rumah.  Benarkah gambar disebelah Nazmi tu tengku Fiela.


Cerita ini heboh apabila kenyataan ini keluar melalui akaun twitter Nazmi Faiz. Namun selepas itu kenyataan tersebut telah di padamkan.

Untuk mengetahui hal kebenaran kita kena tanyalah tuan empunya badan.... Kemungkinan juga berlaku kes pencerobohan akaun twitter.

Friday, 28 December 2012

Sah ! Hanya sekali, Penantian pengjaga gawang Negara tamat zaman bujang.


Hangat !!! pasangan ini dilanda pelbagai isu panas, sehinggalah diseret dengan isu politik.

BAK PINANG DIBELAH DUA…

Penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek akhirnya menjadi suami kepada gadis pilihannya, Leuniey dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan mereka berlangsung di rumah pengantin perempuan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan, kira-kira pukul 10 pagi Jumaat. Leuniey menerima wang hantaran dan mas kahwin berjumlah RM19,000.

Bernama

P/S : Moga Apek akan terus bahagia, kekal bersama gadis pilihanya. Moga apek kembali keberaksi hebat untuk kerjaya sukan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 22 December 2012

Pemain terbaik Messi & CR paling 'singket' #CR7





Siapa sangka Messi bukan pemain bolasepak dengan gaji terbesar!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 22 October 2012

[ VIDEO ] ATLET MALAYSIA ELAK SAMBUT KEJAYAAN DENGAN SEMBURAN ARAK


Kejayaan PELUMBA motosikal, pada Gran Prix Malaysia amat membanggakan seluruh rakyat Malaysia.


Pihak penganjur harus peka dengan perbuatan menyembur arak ini. Kena la jugak jaga sensitibiti penduduk yang beragama Islam.

Tahniah Zulfahmi dan tahniah kerana tak meraikan kejayaan dengan arak! walaupun berjaya menaiki podium. Alhamdulillah..Macam ni la dikatakan org Islam. Semoga Allah memajukan kerjaya Zulfahmi.

Tuesday, 16 October 2012

Khairul Fahmi semakin berani dedah Foto Sambut Harijadi Leuniey




Nampaknya, pasangan yang sedang hangat bercinta, Khairul Fahmi, 23, dan juga Leuniey, 21, kini tidak segan-segan lagi untuk berkongsi saat indah bersama.
Terbaru, OHBULAN! telah dikirimkan sekeping foto dimana Khairul Fahmi menyambut hari lahir Leuniey yang ke-21 bersama-sama. Turut kelihatan bersama mereka ialah Ezuwan Ismail, seorang pereka fesyen tempatan yang pernah mereka baju untuk majlis pernikahan Memey Suhaiza & Norman Hakim.
Dalam foto tersebut, turut kelihatan ialah ucapan harijadi yang tertulis di atas kek, “Happy Birthday Sayang, Sweet 21.”
Namun, apa yang menghairankan ialah Leuniey & Khairul Fahmi kelihatan begitu rapat dengan Ezuwan Ismail. Adakah mereka dalam perancangan untuk mengukur baju persandingan pula? Siapa tahu kan?
6f7ed65215ef11e29d8c22000a1fbd8b_7
sumber

Thursday, 27 September 2012

Bintang Sukan Muda : Nazmi Faiz dalam permainan FIFA 13.




Sape yang selalu main game FIFA kat Pc... sekarang ni sudah boleh berbangga kerana  Kini pemain boleh yang mewakili skuad kebangsaan dan bermain untuk Beira Mar di Liga Eropah.  kita semua boleh merasai pengalaman menjadi Nazmi Faiz sendiri dalam FIFA 13.

Seseorang pemain dan pasukannya itu dapat dinaik tarafkan menjadi Juara dan Bintang Eropah, malahan DUNIA dengan kepakaran masing-masing! Jadi, inilah masanya untuk mengangkat seorang anak Malaysia sebagai pemain bolasepak terbaik dunia, walaupun hanya dalam maya.


Sunday, 23 September 2012

Khairul Fahmi Che Mat ( Apek ) "KANTOI" dengan Mahasiswa UKM




APEK dikhabarkan sering mengunjungi sebuah universiti terkemuka negara iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bertemu dengan seorang gadis yang tidak didedahkan identitinya.

Khairul Fahmi yang juga penjaga gol kebangsaan sebelum ini kerap dilanda gossip itu dilaporkan menulis dan bertukar-tukar tulisan manja bersama pasangannya melalui khidmat pesanan Twitter selain bijak menyembunyikan rahsia perhubungan mereka.

Sebelum ini 'Apek' dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang model Leuniey selepas Apek kelihatan  tampil sedondon bersama keluarga Liuniey.

Namun kedua-duanya menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa sebaliknya menyifatkan hubungan mereka hanya sekadar kawan biasa. - PjO