Satu
sindiran ke apa ni..macam mana Lee Chong Wei nak fokus kepada permainan
badminton pulak nanti..walaupun ada berita mengatakan dia akan bersara hujung
tahun ini.
MCA sudah sedia senarai
calon PRK DUN Kajang.
31 JAN: MCA sudah menyenarai-pendek beberapa nama calon yang akan
bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang,
Selangor, yang akan diserah kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional(BN) untuk
membuat keputusan.
“PRK di Kajang nanti adalah amat penting bagi MCA dan BN.
“Saya berharap kita bersama-sama kerja keras untuk memenangi DUN
ini kerana kita juga nak pastikan suara kita lebih kuat untuk membela nasib
rakyat di Selangor,” kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka
Tahun Baharu Cina anjuran MCA di ibu pejabat parti komponen BN itu di Jalan
Ampang, ibu negara.
Mengenai cadangan meletakkan jaguh badminton dunia Datuk Lee Chong
Wei sebagai calon MCA di Kajang, Liow enggan mengulas lanjut mengenai perkara
itu.
Namun beliau setuju ada kemungkinan populariti Chong Wei dapat
menandingi nama Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Cadangan meletakkan Chong Wei dikemukakan Ketua UMNO Bahagian
Padang Besar Datuk Zahidi Zainul semalam.Sementara itu, Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie ketika ditemui
pemberita berkata kerusi DUN Kajang itu merupakan kerusi tradisi MCA.
Beliau percaya dengan sokongan komponen parti BN dan jentera
parti, harapan memenangi kerusi DUN itu adalah cerah ditambah dengan
transformasi kepimpinan baharu MCA.
Heng berkata jentera PRK Wanita MCA yang dipengerusikan Pengerusi
Wanita MCA Selangor Ong Chong Swen akan berusaha memastikan kemenangan BN pada
PRK itu nanti.
PRK bakal diadakan di DUN Kajang berikutan tindakan Ahli Dewan
Undangan Negerinya Lee Chin Cheh dari PKR mengosongkan kerusi itu Isnin lepas.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kemudiannya
mengumumkan Anwar sebagai calon seandainya PRK diadakan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal mengadakan mesyuarat
berhubung kekosongan kerusi DUN Kajang pada 5 Februari ini.
-bnbbbc.my
No comments:
Post a Comment