Monday 24 February 2014

GEMPAR !! Sek. Keb. Syed Sheh Kupang, JOHAN Bola Sepak Zon Kuala Pegang. #HanyaDiKedah @UMonline


Pasukan Bola Sepak SKSS menepati ramalan untuk mewakili Zon Kuala Pegang ke peringkat Daerah.

Pada perlawanan peringkat kumpulan yang berlansung di Padang Sekolah Kebangsaan Syed Sheh Kupang sebagai tuan rumah, Pasukan “the legend” SKSS berjaya mengembalikan kegemilangan bola sepak sekolah ini pada era 80 an. Pada perlawanan yang berlasung petang tadi pasukan SKSS Berjaya menewaskan Sek. Keb. Iboi dengan jaringan 2 gol berbalas 1 di hadapan hampir 500 orang penyokong kedua-dua pasukan.

Dalam perlawanan penuh dramatik dan aksi tangkas kedua-dua pasukan di sini, kejayaan pada perinkat kumpulan ini, ternyata satu suntikan yang amat besar buat pasukan SKSS, memandangkan pasukan SKSS pada 2 tahun lepas agak kemarau kejuaraan. Turun selaku pasukan bukan pilihan selepas menjuarai peringkat kelompok.


“Melangkah ke perlawanan akhir dan menjadi JOHAN Zon Kuala Pegang sudah cukup bermakna buat kami, justeru apa yang lebih penting ialah, terus mengekalkan momentum permainan dan pada masa sama mencuri peluang untuk menjaringkan sebanyak mungkin gol. Ujar Cikgu Iskandar.



“Apa yang penting ialah, saya mengharapkan semua pemain memberikan 150% tumpuan pada aksi seterusnya, selain mengurangkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan pada perlawanan sebelum ini,” ujarnya ketika ditemui.


Cg Iskandar juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua waris serta penyokong SKSS yang begitu “sporting” dan memberikan kerjasama yang baik. Saya juga mengharapkan sokongan ini beterusan dan kerjasama Ibubapa akan membantu meningkatkan “motivasi” pelajar untuk terus Berjaya dalam bidang sukan dan juga Pelajaran.

SKSS PASTI JUARA !!! TAHNIAH GURU & IBUBAPA

Maaf Kualiti gambar kurang baik












No comments:

Post a Comment