Dulu hanya Malaysia,
Indonesia dan Thailand yang mengeluarkan getah namun kini, beberapa negara lain
termasuk Vietnam, Sri Lanka dan Kemboja turut menawarkan hasil getah.
Demo yang dipersembahkan
di Kampung Kejal, Kuala Ketil, yang diPimpin oleh beberapa pemimpin PAS
termasuklah Adun Kuala Ketil, CiKgu Zuki hanyalah bertujuan untuk cuba
meletakkan kesalahan terhadap kerajaan Malaysia.
Penawaran yang ada pada hari ini melebihi permintaan sekali gus menyumbang kepada penurunan harga. Ia tiada kaitan dengan Kerajaan Barisan Nasional atau kerajaan mana sekalipun. kejatuhan harga getah pada masa kini tidak dapat dikawal kerana ia tertakluk kepada kawalan harga semasa yang dilakukan oleh pasaran dunia.

Lebih
daripada 50 peratus penduduk di daerah ini Baling menjalankan aktiviti
pertanian dan kebanyakannya adalah melibatkan pertanian getah. Harga Getah
kini semakin merudum sehingga paras RM2.50 sekilogram berbanding RM2.80 sebelum
ini.
Penoreh cadang kerajaan tetapkan harga
lantai getah - Mahdzir
Golongan penoreh khususnya di kawasan
pedalaman memohon supaya kerajaan mencari mekanisme terbaik termasuk
mempertimbang menetapkan harga lantai getah, bagi memastikan mereka tidak
terlalu terjejas ketika harga getah jatuh menjunam.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata cadangan itu disuarakan ketua masyarakat yang mendakwa pendapatan mereka merosot teruk akibat harga getah pada masa kini agak rendah.

"Syor ini akan dibawa kepada kerajaan.
Satu masa dulu harga getah berada pada RM7 sekilogram, kemudian sekitar RM4
sekilogram, tapi sekarang RM2.68 sekilogram.
"Kalau
ada harga lantai tu maknanya harga getah (minimum) sampai situ sajalah, kita
akan serah kepada kerajaan untuk buat kajian mengenai cadangan itu,"
katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Touch Point kepada 300
masyarakat Parlimen Padang Terap, di sini, hari ini.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Padang Terap berkata golongan penoreh terutama yang bergantung sepenuhnya kepada hasil getah agak terbeban dengan keadaan naik turun harga getah yang tidak menentu.
"Pada Disember dua tahun lalu, ketika nak buat persiapan untuk sekolah harga getah RM4.50 sekilo, Disember lepas RM2.60, beza lebih kurang RM2 juga. Jadi kita harap kerajaan dapat cari mekanisme terbaik untuk selesai masalah ini," katanya.
- BERNAMA

KK : Mengharapkan
kerajaan melakukan sesuatu demi menstabilkan harga getah...
No comments:
Post a Comment