Wednesday 26 February 2014

@juliana_evans KEMALANGANJALAN RAYA DI AMERIKA SYARIKAT


Pelakon filem ‘Hantu Bonceng’, Juliana Evans berhadapan detik cemas apabila mengalami kemalangan jalan raya di Amerika Syarikat. Beliau yang kini melanjutkan pelajarannya di sana tidak mengalami kecederaan serius sebaliknya kereta Hyundai yang dinaiki mengalami kerosakan yang teruk.



Menerusi akaun Instagramnya, Jue memuat naik beberapa foto keadaan keretanya dengan status; “I loved my car so much… It’s the best car ever never gave me major problems.. It has served me well.. It saved my life! Just so sad that it’s gone.” tulisnya.

Malah, Jue juga mengucapkan selamat tinggal kepada keretanya yang dinamakan ‘Bonceng’ selepas menyedari kenderaan tersebut berkemungkinan tidak boleh digunakan lagi.


Mujur Juliana tidak mengalami kecederaan serius. Semoga tabah dan lebih berhati-hati di masa hadapan.

Sember Ambboi.com

No comments:

Post a Comment