Wednesday 12 February 2014

Bagaimana SPERMA @AnwariIbrahim boleh didapati di situ? #PRK #Kajang




Segalanya menjadi sesuatu yang luar biasa apabila watak Anwar Ibrahim terlibat di dalamnya…misalnya, bab DNA dan forensik…

Kajian sains membuktikan DNA sperma boleh diswab daripada dubur dan DNA boleh kekal sampai 72 jam…aplikasi sains alaf baru ini digunakan dalam kes liwat Anwar Ibrahim…satu spesimen ‘higher rectal swab‘ iaitu swab di penghujung rektum dalam dubur Saiful telah berjaya kesan satu spesimen DNA yang dinamakan “Profil Male Y”…ianya adalah satu profil bersih..bermaksud spesimen tidak tercemar…

Apabila dibandingkan dengan Profil DNA Anwar yang diperoleh melalui 3 barang yang ditinggalkannya dalam lock up, Profil Male Y disahkan adalah sama dengan DNA Anwar…dalam bahasa mudah, sperma Anwar telah diswab daripada dubur Saiful…bagaimana sperma Anwar boleh didapati di situ?

Seperti biasa Anwar menunding jari terhadap UMNO…kononnya DNA-nya diambil selepas dia pengsan kena tumbuk dan disimpan oleh kerajaan daripada tahun 1999…yang kurang berakal dan ada fobia membaca dan kaji lebih terus mempercayainya…tapi itu memang teori mustahil..

Hakikat sebenarnya satu spesimen DNA ada hayatnya iaitu “521 year half life“…selepas satu tempoh masa DNA akan mula melalui satu proses yang dipanggil “degradation“…melalui proses ini, kita boleh ketahui “usia” DNA sampel tersebut…cara inilah yang digunakan untuk kenal pasti bila dinasour wujud dan tahun bila sesuatu artifak itu didapati..

DNA Anwar dalam dubur Saiful tidak melaui proses degradation…erti kata lain, sperma itu baru dipancut ke dalam dubur Saiful…bukti DNA ini tidak dapat digunakan di mahkamah kerana barang-barang yang diperoleh daripada lokap yang menjadi sumber untuk profil DNA Anwar telah diambil tanpa kebenaran Anwar…ini kerana undang-undang berkaitan DNA telah menyatakan sampel DNA harus diperoleh dengan kebenaran dan sampel DNA yang diambil tanpa izin individu berkaitan DNA itu tidak boleh digunapakai…AIDC
Faham kenapa Anwar takut nak buat ujian DNA ? Hujah sains bukan konspirasi !

No comments:

Post a Comment