Saturday 15 February 2014

Terkini !! KEBAKARAN MELIBATKAN KEBUN GETAH DI KUALA PEGANG. @Sinaronline @UMonline


Menurut sahabat facebook, kebakaran di Kuala Pegang melibatkan kebun getah. Apabila musim panas dan kering kawasan Kebun dan belukar sering berlaku kebakaran. Samaada melibatkan pengkhianatan atau pembakaran terbuka.


Lebih membimbangkan, kebakaran berlaku boleh melibatkan kawasan kebun yang luas apatah lagi sekiranya berdekatan kawasan kediaman. Maka menjejaskan keselamatan penghuni kawasan itu, malah jika berlarutan akan menyebabkan kualiti udara yang buruk.

Faktor tanah gambut dan sumber air yang kurang di kawasan itu menyebabkan api sukar dikawal. Selain dari puntung rokok yang dibuang juga menyebabkan kebakaran dan merebak kerana keadaan tersangat kering.

Di harapkan kepada masyarakat dapat berwaspada menjalankan aktiviti pembakaran di kawasan ladang mahu tempat lain.






\



No comments:

Post a Comment