Showing posts with label beritatempatan kupang. Show all posts
Showing posts with label beritatempatan kupang. Show all posts

Wednesday, 8 October 2014

Apa Khabar YB Harun Aziz ? #ADUNKupang #ParlimenBaling


Apa khabar YB ?

Khabar apa hari ini ?

Sekadar pembuka 'Bicara' ...

Menghitung detik dimana akan bemula...'

Ini baru 'Step' pertama.... harap YB dapat 'setelkan'... seperti yang dijanjikan... sudah masuk 7 bulan kejadian ini berlaku...

Pengenalan.... moga selepas ini tiada cerita @ gambar ini akan bermain di laman media sosial...

Salam pengenalan dari hamba pengundi N31 P016 .. mengharapkan tangungjawab dan amanah yang diberikan dilaksanakan.






P/s : kepada penduduk Kampung Charok Kapas Kupang.. boleh 'PM' gambar terkini melalui FB KK

Thursday, 3 July 2014

PILU !! PUTERA AIMAN MURID TAHUN 2 MAUT DALAM KOLAM TERBIAR DI KUPANG. @sinaronline


Seorang murid darjah 2 Sekolah Kebangsaan Kg Keda Kupang mati lemas akibat terjatuh ke dalam kolam terbiar di kampung KEDA  Sadek, Kupang Kedah. Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5.30 petang. MANGSA yang dikenali sebagai Putera Aiman tinggal bersama nenek Che Norlia di sini.

Pihak Bomba dan Penyelamat terpaksa di kerjakan ke tempat kejadian bagi mengesan dan mengeluarkan mangsa. Kejadian di sedari oleh orang awam yang kebetulan melalui tempat kejadian.

Mayat mangsa Putera Aiman di bawa ke Hospital Daerah Baling bagi pemeriksaan lanjut.Jenazah akan dikembumikan pada jam 11:00 pagi ini (3/07/2014)

Info dari Group Whatsaap.





Wednesday, 18 June 2014

KEJADIAN BUNUH !! Mayat Di Jumpai Terlentang Di Kupang, Kedah. @sinaronline


Satu kejadian disyaki kes bunuh berlaku di Kampung Guar Rebang, Mukim Kupang. Mangsa di kenali Yaakob Abu atau dikenali Pak Teh Kob di kalangan masyarakat Pekan Kupang. Mayat yang ditemui orang awam kira-kira jam 1:00 tengahari.


Sumber memberitahu, mayat  mangsa temui diluar kediaman beliau. Sumber awal pihak polis memaklumkan terdapat kesan lebam dan hentakan dikepala dan kesan darah.

Saksi kejadian diminta hubungi Balai Polis berhampiran.





Saturday, 15 February 2014

Terkini !! KEBAKARAN MELIBATKAN KEBUN GETAH DI KUALA PEGANG. @Sinaronline @UMonline


Menurut sahabat facebook, kebakaran di Kuala Pegang melibatkan kebun getah. Apabila musim panas dan kering kawasan Kebun dan belukar sering berlaku kebakaran. Samaada melibatkan pengkhianatan atau pembakaran terbuka.


Lebih membimbangkan, kebakaran berlaku boleh melibatkan kawasan kebun yang luas apatah lagi sekiranya berdekatan kawasan kediaman. Maka menjejaskan keselamatan penghuni kawasan itu, malah jika berlarutan akan menyebabkan kualiti udara yang buruk.

Faktor tanah gambut dan sumber air yang kurang di kawasan itu menyebabkan api sukar dikawal. Selain dari puntung rokok yang dibuang juga menyebabkan kebakaran dan merebak kerana keadaan tersangat kering.

Di harapkan kepada masyarakat dapat berwaspada menjalankan aktiviti pembakaran di kawasan ladang mahu tempat lain.






\



Saturday, 1 February 2014

KEBAKARAN : TAHNIAH BOMBA Baling & Belia Kampung Tanjung. @azeezputera @BuletinTV3


Tindakan pantas pasukan penyelamat BOMBA Daerah Baling, berjaya mengawal kebakaran belukar berdekatan jalan lama Kampung Tanjung, Kupang Kedah. Sekitar Jam 1:30 pagi 01/02/2014 sebentar tadi.


Sekumpulan belia yang kebetulan melalui jalan tersebut terkejut melihat api yang sedang marak menjulang menjilat belukar berhampiran kawasan tersebut. Melihatkan keadaan yang semakin kritikal, mereka terus menghubungi pasukan BOMBA. Pasukan BOMBA yang sampai ditempat kejadian berjaya memadamkan kebakaran 15 minit kemudian. Sumber memberitahu, jika keadaan tidak dapat dikawal mungkin api boleh merebak kekawasan bukit berdekatan kerana keadaan kering dan berangin.

Sumber dari sahabat, menasihatkan agar masyarakat jangan sesuka hati ataupun membuat pembakaran ditempat yang boleh menyebabkan kebakaran. Ingatlah Api semasa kecil menjadi kawan dan besar menjadi lawan.

Sumber dari rakan FB.

Sunday, 26 January 2014

KEMALANGAN MAUT : YB @azeezputera Ahli parlimen Baling terlibat membantu mangsa. @UMonline @BuletinTV3


Kemalangan Maut yang melibatkan penungang motosikal dan sebuah kereta. Kejadian berlaku pada tengahari tadi. 26/7/2014 di pesimpangan Pekan Kupang. Berdekatan pejabat Pos Kupang (simpang3) jalan Kupang-Baling.

Kejadian mengakibatkan penungang motosilal maut ditempatkan kejadian. Kejadian kemalangan itu yang berlaku berhadapan Pusat Khidmat ADUN Kupang.

Keperihatinan YB Datuk Azeez Rahim, Ahli Parlimen Baling yang kebetulan melalui tempat kejadian membantu menguruskan mangsa kemalangan.

Sumber FB.





Sunday, 10 November 2013

PANAS !!! MASJID PEKAN KUPANG ANJUR CERAMAH BAHAYA #SYIAH . #KEDAHAMANMAKMUR @MukhrizMahathir


Akhir - akhir ini isu Syiah hangatdiperkatakan di seluruh negara sehingga ada negeri yang mengeluarkan fatwa mengharamkan penyebaran ajaran Syiah ini dalam kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah.


Di akhbar baru-baru ini menyatakan keahlian Syiah di negara ini mencecah sejuta orang. Namun mungkin ramai yang kabur mengenai penyebaran Syiah ini terutamanya bagi penduduk luar bandar sedang ia suatu fenomena bagi segelintir penuntut luar negara. Syiah dianuti berleluasa di Iraq, Iran, Lubnan, Yaman, Bahrain, Kuwait termasuk di negara asia.

Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak diMalaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.


Semua masyarakat di sekitar Daerah Baling dijemput kemajlis ilmu ini. Mengambil iktibar dan mengetahui tentang bahaya fahaman Syiah. RUJUK POSTER UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Saturday, 14 September 2013

Khutbah Jumaat cuba Fitnah @PDRMsia . @KBAB51 #Malaysia @Zahid_Hamidi #rakyatnews #1Malaysia #Merdeka56


Berkaitan Khutbah Jumaat, yang disampaikan oleh Khatib di sebuah Masjid di Mukim Kupang. Pada Jumaat 13 Sept 2013, Khatib yang bertugas menyampaikan khutbah jumaat menggunakan 'teks' sendiri bukanya seperti yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Dalam khutbah tersebut, khatib berkenaan, cuba menfitnah serta mengelirukan jemaah dengan mendakwa anggota polis tidak tahu mandi junub. Khatib tersebut seharusnya memberikan maklumat yang betul dan tepat bukanya menghentam sesuka hati. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk A. Kadir Jasin, bukan keseluruhan anggota Polis tetapi 40% adalah Pelatih di Pusat Latihan Polis.

Seharusnya, Khatib tersebut yang juga KK amat mengenalinya salah seorang dari penyokong tegar 'pembangkang' menyampaikan maklumat yang betul dan tepat. Bukanya anggota Polis tetapi pelatih di Maktab Polis.

PRU13 dah lepas ustaz, jangan la nak berkempen lagi, perkara ni pun nak cuba dikaitkan salah sistem pembelajaran. Sedang dalam sekolah agama (persedirian) yang ustaz mengajar pun ada yang kena tangkap khalwat.

KK : Sudah-Sudah Ustaz ..h, ana tau kekecewaan yang menghantui ustaz tidak dapat menjadi Calon PRU13.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 20 August 2013

Gempar !! Gegaran Gempa Bumi terut Di Rasai Di Kupang, Baling Kedah. #1Malaysia #rakyatnews #fb #KedahAmanMakmur


Sebentar tadi lebih kurang jam 11:30 pagi, KK dihujani dengai pelbagai persoalan dan pertanyaan melalui whatsaap, SMS, BBM mengenai berita gegaran yang berlaku di Kawasan Kupang, Baling Kedah.

KK pun terkejut juga, kerana hari ini merupakan hari yang paling sibuk bagi KK, maka tak sempatlah 'nak' menelaah 'google' maka KK agak ketinggalanlah mengenai berita ini.

So, KK cuba mencarilah kepastian mengenai gegaran tersebut. Lantas Menghubungi sahabat KK yang berada di Kupang, bertanyakan tentang gegaran tersebut. Sahabat KK tu pun tak 'merasai' apa-apa pun gegaran...

Lantas, KK cuba mendapatkan seorang seorang sahabat yang juga pemberita di Daerah. Beliau memaklumkan salah seorang guru, yang mengajar di daerah Baling merasai gegaran yang berlaku pagi tadi. Insyaallah nantikan berita yang akan dikeluarkan nanti...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 19 June 2013

Salah siapa ? Hasil Padi Gagal dituai





Peserta mini estet rugi besar


Peserta mini estet rugi besar


Seramai lapan daripada 16 peserta mini estet Kampung Iboi terpaksa menanggung rugi besar setelah tanaman padi mereka rosak.

Semua mereka mendakwa kerosakan padi itu disebabkan kelewatan mesin padi mengangkut padi yang sepatutnya diambil sejak sebulan lalu.

Padi yang rosak melibatkan kawasan seluas 1.12 hektar sehingga 4.4 hektar dan setiap petani terpaksa menanggung rugi RM4,000 sehingga hampir RM10,000 seorang.

Peserta, Razak Che Ahmad, 52, dari Kampung Iboi mendakwa, kelewatan mesin padi adalah punca utama berlakunya kerosakan padi ini.
Peserta mini estet rugi besar
Razak (kanan) bersama peserta lain menunjukkan hasil padi yang rosak.
“Kalau mesin ambil tepat pada masanya, semua ini tak akan berlaku. Sekarang, peserta terpaksa berputih mata. Kami penat usaha padi, tapi tak ada hasil. Memang kami kecewa,” katanya yang mengusahakan padi di tanah seluas 3.64 hektar itu.

Seorang lagi peserta, Abdul Wahab Samaah, 61, berkata, pihaknya berharap masalah itu dapat diselesaikan secepat mungkin untuk kebaikan semua pihak.

“Kami bukan nak buruk sesiapa, tapi nak beritahu perkara sebenar, dan petani mempunyai hak untuk menyuarakan kekecewaan kami,” katanya.

sinarharian.