Tahun
2014 merupakan tahun Melawat Malaysia. Namun, salah satu destinasi tarikan
utama pelancong ditutup kepada orang ramai.
Jambatan
Gantung Panorama Langkawi yang merupakan antara jambatan paling menggerunkan di
dunia telah ditutup hampir 20 bulan kerana kelewatan dalam mendapatkan dana dan
perunding luar untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.
Penutupan
itu mengecewakan kebanyakan pelancong sama ada di dalam mahupun luar negara
yang ingin merasai sendiri pengalaman berada di atas jambatan gantung sepanjang
700 meter di atas paras laut dari Gunung Mat Chinchang.
Jambatan
tersebut yang merupakan sebahagian daripada projek kereta kabel bernilai RM80
juta dijangka hanya dibuka pada lewat tahun ini.
Friends
of Langkawi Geopark atau FLAG
berkata kebanyakan pelancong asing khususnya amat kecewa kerana mereka sanggup
terbang ke negeri itu untuk merasai pengalaman melalui jambatan gantung
tersebut.
Timbalan
Presidennya, Pishol Ishak berkata; "kami tahu apa yang mereka katakan
kerana mereka sentiasa mengadu kepada kami."
TriAdvisor-
laman web penggembaraan terbesar dan terkemuka dunia - menyenaraikan Jambatan
Gantung Langkawi sebagai antara lima jambatan gantung paling menggerikan di
dunia.
Jambatan
gantung tersebut yang menarik kira-kira 400,000 pengunjung setahun, pernah
menghiasi pelbagai majalah dan laman web pelancongan di luar negara.
Jambatan
gantung itu turut menempa nama apabila pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan
melakukan penggambaran filem Don:The Chase Begins Again pada 2006.
Difahamkan
jambatan gantung yang beroperasi selama 10 tahun itu ditutup sejak 10 Julai
2012, sebulan sebelum Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) membeli Panorama
Langkawi Sdn Bhd atau PLSB yang masih mengendalikan jambatan gantung itu dan
kereta kabel dari Syarikat Prasarana Negara Berhad.
Ketua
Pegawai Operasi PLSB, Mohd Ali Makkit berkata, keselamatan pelanggan adalah
menjadi keutamaan mereka walaupun terpaksa menutup jambatan gantung itu sempena
Tahun Melawat Malaysia 2014.
"Kami
harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pereka dan
arkitek jambatan tersebut, dimana ia perlu ditutup untuk penyelenggaraan
selepas enam tahun," kata Ali kepada Sunday
Star.
PLSB
perlu memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan."Ia bukan muda
untuk mendapatkan peruntukan yang banyak untuk penyelenggaraan dan kebiasaannya
proses itu memakan masa selama setahun sebelum kami mendapat peruntukan. Kami
memohon peruntukan dengan serta-merta selepas pengambilalihan itu. Ia telah
diluluskan dan kerja-kerja penyelenggaraan dijangka bermula April ini,"
katanya.
Berhubung
kelewatan itu, beliau menjelaskan, ia turut disebabkan oleh keperluan untuk
mendapatkan khidmat kontraktor sebenar selain arkitek dan perunding reka bentuk
dari Switzerland untuk melakukan kajian.
"Kerja-kerja
penyelenggaraan akan dibahagikan kepada dua fasa, dengan fasa pertama adalah
membaik pulih struktur utama jambatan tersebut dengan kos lebih RM10 juta. Kos
itu turut termasuk menggantikan dan membaik pulih struktur keluli untuk stesen
kereta kabel di puncak," katanya.
Pada
fasa kedua, RM8 juta akan dibelanjakan untuk membina inclinator untuk membawa
pengunjung ke jambatan tersebut.
No comments:
Post a Comment