Sunday 9 February 2014

Subhanallah !! SUATU "EPIK" Nukilan Wan Suhaijie Aupn . #HanyaDiKedah #ThisIsDarulaman

Perjalanan cinta kepada Pencinta....Nukilan Wan Suhaijie Aupn

Oklah..aku mahu mulakan status aku pada pagi ini dengan satu perkataan..E.P.I.K..ya..semalam adalah adalah malam yg paling EPIK sekali..satu pengalaman baru bagi aku khususnya pabila berada di dalam gelombang puluhan ribu rakyat..yg aku jangkakan hampir mencecah 60k umat Islam Kedah berhimpun di dalam stadium Darul Aman utk satu majlis yg dinamakan sbg Mahabbatur Rasul..kami bersolat maghrib,bersolat isyak dan berselawat secara berjamaah..para peserta majlis mula berarak masuk ke dalam stadium drp 8 checkpoint yg ditetapkan..MB Kedah bersama EXCO YB Haji Badrol Hisham berarak drp Wisma Darulaman..manakala yg lain ada yg berarak drp Stadium Suka Menanti dan pelbagai tempat lain lagi..

Untuk aku gambarkan suasana malam semalam..cukuplah utk aku.menggambarkan Stadium Darulaman semalam seperti Woodstock..tua,muda,yg berkeluarga,awek,jejaka jejaki semuanya kelihatan sgt larut ber sing along selawat yg dipimpin oleh Habib Syeikh Assagoff..ada yg mengibarkan panji2..ada yg kelihatan sgt kusyuk dgn ekspresi wajah yg sgt teruja..bulu roma aku berdiri tegak di saat kalimah syahadah bergema di dlm Stadium Darulaman..jelas..ini adalah malam yg paling epik skali..

Sebaik usai saja majlis..ribuan anak2 muda yg aku kira drp Sekolah Pondok menyerbu hadapan pentas sambil memanggil2 nama Habib..ketika Habib Syeikh Assagof turun drp pentas keadaan mula tak terkawal..anak2 muda tadi mula merempuh hadangan drp pihak Polis utk bersalaman dgn Habib Syeikh Assagof..ada yg mengalirkan airmata apabila dpt bersalam dan memeluk Habib Syeikh Assagof..bulu roma aku sekali lagi berdiri..nampaknya Habib Sheikh Assagof ni benar2 rockstar..dah mcm Kurt Kobain pulak tgk para peminat2 beliau merempuh hadangan..

Bagi aku..ini adalah majlis yg benar2 berjaya..ini adalah majlis yg paling epik yg pernah aku hadiri..walaupun pemimpin2 Pas Kedah ataupun lebih senang dipanggil sbg bapak iblis hijau cuba mensabotaj majlis Mahabbatur Rasul ini dgn mengarahkan ahli mereka memboikot majlis ini..namun..ianya tetap mendapat sambutan yg PADU drp rakyat Kedah..bagi aku..majlis ini wajib dijadikan acara tahunan bagi Kerajaan Kedah..tahniah buat penganjur..tahniah buat semua yg hadir semalam..kalian adalah sebahagian drp sejarah..

Oh ya..kelihatan Adam AF turut serta bersama jemaah lan bersila di atas padang rumput stadium..beliau kelihatan larut dalam selawat..nanti aku akan publishkan semua gambar2 menarik malam semalam..semalam tak sempat upload sbb bateri tab kong dan sebaik sampai Kuala Nerang aku terus tidur sebab asyik bertawaf keliling stadium mencari momen2 menarik bagi diabadikan di dln lensa kamera..tunggu dan lihat yaa..ya hanana..ya hanana.. 

#ayat asal dikekakan sebagai pernghargaan kepada penulisnya.. TQ BROSS..

No comments:

Post a Comment