Showing posts with label #info islam. Show all posts
Showing posts with label #info islam. Show all posts

Saturday, 21 April 2018

[GEMPAR!] إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ . Imam Palestin ditembak di kepala ketika dalam perjalanan untuk Solat Subuh di Gombak.


Imam Fadi adalah Imam Palestin yang dibawakan oleh Aqsa Syarif dan MyCARE setiap bulan Ramadan sejak tahun 2014. Beliau ditembak di kepala dalam perjalanan ke surau Medan Idaman, Gombak untuk menunaikan solat Subuh.

Imam Fadi berusia 35 tahun dan meninggalkan 3 orang anak dan seorang balu.
Pastinya ramai yang sudah menjadi makmum beliau dan mendapat manfaat dalam ceramah-ceramahnya dalam jelajah Imam Palestin seluruh Malaysia anjuran kami.
Semoga syahid buat Imam Dr. Fadi M. R. Albatsh.


#Update Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung lelaki Arab berusia 35 tahun ditembak mati dipercayai oleh dua lelaki yang menaiki motosikal 6 pagi tadi.


“Siasatan awal mendapati suspek menaiki motosikal melepaskan lebih 10 das tembakan. Pemeriksaan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan dikesan pada badan mangsa.


“Polis turut menemui 2 slug peluru di lokasi kejadian. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sumber: Harian Metro

Sunday, 9 February 2014

Subhanallah !! SUATU "EPIK" Nukilan Wan Suhaijie Aupn . #HanyaDiKedah #ThisIsDarulaman

Perjalanan cinta kepada Pencinta....Nukilan Wan Suhaijie Aupn

Oklah..aku mahu mulakan status aku pada pagi ini dengan satu perkataan..E.P.I.K..ya..semalam adalah adalah malam yg paling EPIK sekali..satu pengalaman baru bagi aku khususnya pabila berada di dalam gelombang puluhan ribu rakyat..yg aku jangkakan hampir mencecah 60k umat Islam Kedah berhimpun di dalam stadium Darul Aman utk satu majlis yg dinamakan sbg Mahabbatur Rasul..kami bersolat maghrib,bersolat isyak dan berselawat secara berjamaah..para peserta majlis mula berarak masuk ke dalam stadium drp 8 checkpoint yg ditetapkan..MB Kedah bersama EXCO YB Haji Badrol Hisham berarak drp Wisma Darulaman..manakala yg lain ada yg berarak drp Stadium Suka Menanti dan pelbagai tempat lain lagi..

Untuk aku gambarkan suasana malam semalam..cukuplah utk aku.menggambarkan Stadium Darulaman semalam seperti Woodstock..tua,muda,yg berkeluarga,awek,jejaka jejaki semuanya kelihatan sgt larut ber sing along selawat yg dipimpin oleh Habib Syeikh Assagoff..ada yg mengibarkan panji2..ada yg kelihatan sgt kusyuk dgn ekspresi wajah yg sgt teruja..bulu roma aku berdiri tegak di saat kalimah syahadah bergema di dlm Stadium Darulaman..jelas..ini adalah malam yg paling epik skali..

Sebaik usai saja majlis..ribuan anak2 muda yg aku kira drp Sekolah Pondok menyerbu hadapan pentas sambil memanggil2 nama Habib..ketika Habib Syeikh Assagof turun drp pentas keadaan mula tak terkawal..anak2 muda tadi mula merempuh hadangan drp pihak Polis utk bersalaman dgn Habib Syeikh Assagof..ada yg mengalirkan airmata apabila dpt bersalam dan memeluk Habib Syeikh Assagof..bulu roma aku sekali lagi berdiri..nampaknya Habib Sheikh Assagof ni benar2 rockstar..dah mcm Kurt Kobain pulak tgk para peminat2 beliau merempuh hadangan..

Bagi aku..ini adalah majlis yg benar2 berjaya..ini adalah majlis yg paling epik yg pernah aku hadiri..walaupun pemimpin2 Pas Kedah ataupun lebih senang dipanggil sbg bapak iblis hijau cuba mensabotaj majlis Mahabbatur Rasul ini dgn mengarahkan ahli mereka memboikot majlis ini..namun..ianya tetap mendapat sambutan yg PADU drp rakyat Kedah..bagi aku..majlis ini wajib dijadikan acara tahunan bagi Kerajaan Kedah..tahniah buat penganjur..tahniah buat semua yg hadir semalam..kalian adalah sebahagian drp sejarah..

Oh ya..kelihatan Adam AF turut serta bersama jemaah lan bersila di atas padang rumput stadium..beliau kelihatan larut dalam selawat..nanti aku akan publishkan semua gambar2 menarik malam semalam..semalam tak sempat upload sbb bateri tab kong dan sebaik sampai Kuala Nerang aku terus tidur sebab asyik bertawaf keliling stadium mencari momen2 menarik bagi diabadikan di dln lensa kamera..tunggu dan lihat yaa..ya hanana..ya hanana.. 

#ayat asal dikekakan sebagai pernghargaan kepada penulisnya.. TQ BROSS..

Wednesday, 6 November 2013

Mana ‘telur’ kita? @NajibRazak @MuhyiddinYassin



‎(Sinar Harian 4 Nov 2013)


Sampai bila mahu Islam dihina oleh musuh-musuh Islam yang kita kenali?


Mana 'telur' kita?

Apakah kita sudah tidak ada 'telur' lagi disebabkan oleh kepentingan politik menutupi segala-galanya? Jika ahli politik sudah tidak ada 'telur', mohon Raja-Raja Melayu masuk campur tangan. Jika tidak, kita akan menyesal kemudian hari. Kita akan dikutuk oleh generasi akan datang, Kita terus melukut di tepi gantang. 

UMNO dan PAS sudah tidak boleh diharap. PKR kita tolak ketepi. Tidak ada menteri yang bercakap atau bangun mempertahankan soal penghinaan terhadap korban atau sembelihan di sekolah.


Banyak lagi isu lain yang menyentuh sensitiviti agama Islam yang jelas-jelas termaktub dalam perlembagaan sebagai agama persekutuan, dihina dan dikeji? Apa kita buat? Kami sebagai rakyat, amat sedih, hiba dan sakit hati, bercampur geram. 

Kenapa kita begitu dayus?

Inikah sifat seorang negarawan? 
Kita terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris. Apakah memang benar sembelihan kurban dan mempertahankan kalimah Allah itu satu kesalahan? Katakan! Jangan membisu seribu bahasa. Berdosa. Sekadar ahli parlimen bercakap, masih tidak kuat. Apapun saya ucapkan tahniah kepada sahabat saya YB Shahbudin Yahya, MP Tasek Gelugor.


Saya pelik, dekat pilihan raya sahaja sama ada umum (PRU) atau kecil (PRK), kita menjadi kecut. Kita tidak berani memberi komen penghinaan yang dilakukan. Malah kita beri apa yang mereka minta sebanyak -banyak. Nak kata mereka mengundi kita, tidak juga. Saya amat bimbang dengan desakan cuti dua hari untuk perayaan minoriti di- luluskan, sedangkan perayaan besar agama persekutuan seperti Hari Raya Kurban hanya diberikan satu hari sahaja. Bayangkan selepas ini, bangsa- bangsa minoriti pribumi Sabah Sarawak, yang mana mereka lebih berhak, turut menuntut cuti dan cuti tambahan hari kebesaran dan perayaan mereka. Maka berpestalah kita dengan cuti sepanjang tahun. Cuti-cuti Malaysia katanya.

Ingatan saya, jangan jadi seperti bangsa Maori di New Zealand. Pribumi Maori merempat di tanahair sendiri, bila orang lain menguasai.


Penting sangatlah kerusi DUN Sg Limau sehingga kita sanggup serahkan segalanya. Jika UMNO tidak memenangi DUN Sg Limaupun, UMNO masih memerintah negeri Kedah. Tetapi jangan tawarkan bulan dan bintang. Sakit hati melihatnya. Saya tidak bantah peruntukan lebih RM2 juta diberikan kepada SJKC di Sg Limau.

Saya difahamkan peruntukan tersebut datang daripada wang cukai judi, arak dan sebagainya yang diharamkan dalam Islam. Tetapi itu bukan bermakna, wang tersebut hanya disalurkan ke situ sahaja. Masih ada tempat lain yang boleh disalurkan untuk kegunaan awam, walaupun sumber haram, seperti membina jambatan di Sabah Sarawak dan banyak lagi. SJKC sudah kaya raya di seluruh negara dengan kekuatan dan perpaduan NGO-NGO mereka. Tanya Dong Zong dan Jiao Zong. Buatlah audit. Begitu juga dengan PAS. 

Jangan kerana marahkan UMNO dan kini sudah tidur sebilik dengan DAP dan PKR, kita turut menjadi penakut. Bersuaralah. Ini tidak, sikit sangat suaranya dalam isu sembelihan korban dan isu yang menyentuh maruah Islam. Isu kalimah Allah, janganlah cerita. Kepemimpinan pusat tidak membantah apa-apa, kecuali Harun Taib dan Harun Din. Kedua-dua Harun ini memang hebat dan sepatutnya memimpin PAS, bukan yang lain.


Saya sudah ulas isu kalimah Allah dalam tulisan yang lalu, tidak perlu diulang. Kalimah ini boleh digunakan mereka, jika tidak ada niat jahat. Tetapi saya tahu perancangan mereka, sebab dahulunya saya tidak bersunat. Saya pernah menjadi Kristian buat seketika.

Ingatan kepada PAS dan UMNO, jangan kerana dendam dan sudah mendapat kawan baharu, kita menjadi dayus seolah-olah tidak ada 'telur'.

Rakyat sudah bosan dengan permainan kedua-dua parti politik Melayu ini. Jika kedua parti politik tidak mengorak langkah untuk berbincang dan tegas pendirian berkaitan Islam, maka kerelevanan dipertikaikan.

Saya setuju dengan cadangan sudah sampai masa sebuah parti politik ditubuhkan menggantikan UMNO dan PAS sebagai alternatif kepada umat Islam, yang sedang hangat diperkatakan dalam laman sosial seperti face book hari ini.

Justeru, sudah sampai masanya sebuah parti politik baharu diwujudkan. Bukan menjenamakan semula parti BERJASA. Tetapi menubuhkan sebuah parti politik baharu.

Saya yakin sambutannya menggalakkan. Apa perlu dilakukan adalah dengan menggabungkan kepemimpinan NGO-NGO Islam yang lantang mempertahankan hak-hak Islam (Melayu). Antaranya adalah ISMA, PERKASA, JATI, MUAFAKAT, MACMA, ACCIN dan lain-lain lagi. Saya harap ia boleh dijadikan suatu realiti.


Kepemimpinan hari ini perlu ingat, bahawa kemenangan PRU13 sebelum ini adalah kerja keras semua NGO-NGO ini. Mereka bertungkus-lumus memastikan Pakatan Rakyat yang ditunjangi oleh DAP dan PKR tidak memerintah.


Jika PAS yang memerintah, masih sedap hati ini. Ini tidak, PAS hanya berjaya mempertahankan Kelantan. Negeri lain, PAS seolah-olah melukut ditepi gantang. DAP dan PKR tidak mempercayai PAS.

Agenda Islam dan negara Islam ditentang habis-habisan. Dakwaan PAS bahawa DAP sudah lembut terhadap Islam, bersama-sama menggantung dan mengibarkan bendera PAS ketika pilihan raya, hanya lakonan palsu semata-mata.

Saya sudah lama menyarankan UMNO dan PAS berbincang demi masa depan Islam, tetapi PAS menolak mentah-mentah. Hujahnya mudah, UMNO tidak mahu Islam. PAS sanggup bersekongkolkan penentang Islam dari orang Islam sendiri. Makin kuat PAS mendekati DAP dan PKR, makin kuat mereka menentang Islam.

Apakah ini bermakna mereka sudah lembut?

Mereka tidak lembut. Lembutnya mereka untuk mempergunakan PAS. Jika begitulah keadaannya, semua parti politik Islam Melayu sudah tidak ada 'telur', maka sudah sampai masanya sebuah parti Islam yang berani mempertahankan Islam (Melayu) ditubuhkan. Marilah sama-sama kita merealisasikannya. Kita perlukan parti politik yang benar-benar ada 'telur'.


RIDHUAN TEE

Thursday, 23 August 2012

GANJARAN PUASA DI BULAN SYAWAL (PUASA 6)


Niat Puasa 6 (Enam) Di Bulan Syawal | Kemeriahan Aidilfitri masih lagi terasa dan ramai yang masih berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai tetapi dalam keseronokan menyambut Hari Raya jangan lupa pula amalan sunat Puasa Enam. Melaksanakan puasa enam akan memberi nilai tambahan kepada amalan puasa Ramadhan.

Dari Abi Ayyub Al-Anshari ra bahawasanya Rasullullah S.A.W. bersabda : 
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti nya puasa itu dengan puasa enam (6) hari pada bulan Syawal, maka pahalanya akan sama dengan puasa setahun” – (Hadis Riwayat Muslim)
Puasa enam boleh dilaksanakan bermula pada 2 syawal secara berterusan atau juga berselang seli sebanyak enam hari dalam bulan Syawal.

Kita boleh lihat betapa besarnya ganjaran bagi mereka yang mampu dan berupaya melakukan dan melaksanakan puasa 6 hari di bulan Syawal ini seperti mana yang telah dinyatakan didalam hadis di atas. Betapa besar pahala yang akan diterima oleh mereka yang melakukan 6 hari sahaja puasa dengan menerima ganjaran sama dengan setahun berpuasa. Jadi pada sesiapa yang mahu berpuasa enam (6) itu anda boleh lihat dibawah niat puasa enam di bulan Syawal. 

Niat Puasa 6 (Enam)

Niat Puasa 6 (Enam) Di Bulan Syawal

Wednesday, 8 August 2012

Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar



Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar
Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar
Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Tanda malam qadar ialah :
  1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
  3. Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.
sumber: myibrah.com

Saintis Membuktikan Nabi Musa Membelah Laut

Post ini telah dilihat sebanyak 2,827 kaliDi antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah.Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadis Nabi menerangkannya.
Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa (lihat youtube). Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir zaman-Ahmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku. Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain.
Apa beza dengan umat Islam yang berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat bubur asyura malah mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi menolak ajaran al-Quran selain puasa?
Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda bertanya; ‘Hari apa yang kamu puasa ini?’
Jawab Yahudi: ‘Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Aasyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.’ Sabda Nabi SAW : ‘Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada kamu.’ Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga. At-Tirmizi berkata:
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda bersabda: ‘Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi’. Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms 163)
Hadis tentang Yahudi di atas ada perbahasannya seperti yang disebut oleh Imam Nawawi dalam syarah hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat atau membuat bubur asyura dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat dan menghayati Islam secara syumul, bukan hanya buburnya. Demikian juga mukjizat Nabi Musa as yang mendahului bukti saintifik. Kita membenarkan mukjizatnya walaupun tiada bukti saintifik.
Lakaran artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.

Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi
sumber: nizarazu.com