Thursday, 23 August 2012

GANJARAN PUASA DI BULAN SYAWAL (PUASA 6)


Niat Puasa 6 (Enam) Di Bulan Syawal | Kemeriahan Aidilfitri masih lagi terasa dan ramai yang masih berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai tetapi dalam keseronokan menyambut Hari Raya jangan lupa pula amalan sunat Puasa Enam. Melaksanakan puasa enam akan memberi nilai tambahan kepada amalan puasa Ramadhan.

Dari Abi Ayyub Al-Anshari ra bahawasanya Rasullullah S.A.W. bersabda : 
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti nya puasa itu dengan puasa enam (6) hari pada bulan Syawal, maka pahalanya akan sama dengan puasa setahun” – (Hadis Riwayat Muslim)
Puasa enam boleh dilaksanakan bermula pada 2 syawal secara berterusan atau juga berselang seli sebanyak enam hari dalam bulan Syawal.

Kita boleh lihat betapa besarnya ganjaran bagi mereka yang mampu dan berupaya melakukan dan melaksanakan puasa 6 hari di bulan Syawal ini seperti mana yang telah dinyatakan didalam hadis di atas. Betapa besar pahala yang akan diterima oleh mereka yang melakukan 6 hari sahaja puasa dengan menerima ganjaran sama dengan setahun berpuasa. Jadi pada sesiapa yang mahu berpuasa enam (6) itu anda boleh lihat dibawah niat puasa enam di bulan Syawal. 

Niat Puasa 6 (Enam)

Niat Puasa 6 (Enam) Di Bulan Syawal

No comments:

Post a Comment