Thursday, 9 August 2012

PANAS !!! APA ARTIS NI LAKUKAN BERSAMA KETUA PEMUDA UMNO.@BNYouthCyberTeam


Agak terkejut juga bila melihatkan artis popular tanah air bersama dengan pemuda umno. Jom kita apa diaorang buat sampaikan KJ dan rakan exco yang lain ni begitu teruja....



CyberTeam Pemuda BN - Siapa kami?



KenyataanAkhbar
YB KhairyJamaluddin Abu Bakar
PengerusiPemudaBarisanNasional

Pemuda BN sedar bahawa dalam lanskap politik hari ini, persepsi tidak dibentuk hanya melalui media konvensional, portal berita dan blog, tetapi kuasa pembentukan persepsi turut dikongsi oleh platform media sosial lain seperti facebook dan twitter. Bukan sahaja maklumat dan fitnah dapat dikongsikan melalui pelbagai bentuk bahan multimedia, malah ia juga dapat disalurkan dengan begitu pantas, melibatkan jumlah penyebar dan penerima yang begitu ramai sekali serta sukar dikesan. Menyedari kompleksiti penggunaan media siber dalam pembentukan persepsi pada hari ini, saya suka untuk mengumumkan satu lagi produk Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, iaitu Pasukan Siber atau CyberTeamPemuda BarisanNasional.

Tujuan utama penubuhan CyberTeam Pemuda BN ini adalah untuk menyatukan segala sumber bakat, tenaga dan fikiran yang ada di kalangan anggota Pemuda BN dan juga pihak yang bersimpati dengan perjuangan BN; dan mengkoordinasi gerak kerja siber agar makumat-maklumat berkenaan dasar, program dan fakta sebenar daripada pihak kerajaan dapat disampaikan dengan berkesan seterusnya membantu kempen BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 

Keahlian CyberTeam Pemuda BN terbuka kepada semua sukarelawan siber pro-BN dan pro-kerajaan, lelaki dan wanita dari semua peringkat umur, dari pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang, di kalangan penulis, penulis blog, pengendali vlogg, pengendali portal, pengendali media sosial, penggiat multimedia kreatif, kartunis dan sesiapa sahaja yang percaya bahawa kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melaksanakan tugas yang baik dan wajar di beri mandat untuk terus memimpin negara.

Bagi menghadapi PRU13 ini, melalui penubuhan CyberTeam Pemuda BN, beberapa program telah dirangka, iaitu bermula dengan pelancarannya jentera ini hari ini, disusuli dengan Makmal Pendampingan Siber Pertama melibatkan CyberTeam Pemuda BN Pusat, Makmal Pendampingan Siber Kedua melibatkan CyberTeam Pemuda BN di peringkat negeri dan Simulasi Pendampingan Siber PRU-13 dalam bulan September. 

Pasukan ini akan diketuai oleh saudara Tun Faisal Ismail bin Aziz dan akan dibantu oleh saudara Mohd Razlan Muhammad Rafii dan semua Ketua Penerangan atau Unit Media Sosial sayap Pemuda Parti-Partikomponen. 

Pemuda BN  sedar bahawa usaha untuk mendampingi seramai mungkin anggota masyarakat terutama golongan muda melalui gerak kerja siber yang berkesan bagi menghadapi PRU13 amat penting. Pemuda BN juga sedar bahawa masih terdapat ramai aktivis siber yang mahu menyokong dan menyumbang untuk BN di ruang siber. Melalui CyberTeam Pemuda BN, saya berharap kita akan dapat menarik bakat-bakat baru di kalangan anak muda yang menyokong BN di luar sana. Apa yang mengkagumkan, walaupun bukan merupakan ahli mana-mana parti di dalam BN, mereka begitu komited mempertahankan BN. Mereka sanggup melakukan segala ini di atas semangat kesukarelaan demi untuk memastikan kedudukan BN terus kukuh, terutamanya di kalangan pengundi muda. Melalui penubuhan CyberTeam Pemuda BN ini, Pemuda BN berharap ia akan membolehkan penggerak siber ini berkongsi maklumat dan bertukar-tukar fikiran seterusnya memantapkan hujah mereka apabila berdepan dengan aktivis parti lawan.

Bakat-bakat baru ini dapat memberi sumbangan kepada CyberTeam Pemuda BN dalam bentuk buah pemikiran strategik, idea, arikel, kartun, video, vlog dan segala kepakaran sama ada dalam bidang ekonomi, sukan, pembangunan, sains, undang-undang mahu pun apa saja bidang kemahiran yang dimiliki. Sumbangan yang diberikan tidak hanya tertakluk kepada kriteria yang dinyatakan tadi, tetapi sesiapa sahaja tetap mampu untuk memberi sumbangan yang berharga dalam bentuk ‘Like’ di Facebook Fan Page, Retweet di Twitter atau berkongsi dan menyebarkan segala bahan, info atau fakta yang dilihat berguna kepada rakyat Malaysia.

Untuk menyertai CyberTeam Pemuda BN aktivis-aktivis siber boleh mendaftarkan diri dengan menyertakan butiran peribadi ke email bnycyberteam@gmail.com atau melalui :-

TWITTER : @BNYouthCyberTeam - https://twitter.com/BNYCyberTeam






BN Cyber Team - Siapa kami?


Siapa kami…?

BN Youth Cyber Team (BNYCT) yang ditubuhkan 8 Ogos 2012, terdiri dari anak muda yang bergiat aktif dengan penggunaan media siber dan bakat-bakat kreatif dari kalangan Pemuda BN, masyarakat prihatin yang pro-BN dan pro-kerajaan.


Siapa kami perlukan sebagai pasukan BNYCT…?

Anak muda yang mempunyai bakat dalam pelbagai bidang dari seluruh Negara.


Misi kami…?

Mencari dan mengumpulkan seramai mungkin anak muda yang bergiat aktif dengan media siber dan mereka yang berbakat dalam menghasilkan karya kreatif dari kalangan Pemuda BN, masyarakat prihatin yang pro-BN serta pro-kerajaan.

Bergerak dalam koordinasi yang lebih tersusun dalam menyampaikan maklumat berkaitan dasar, program serta fakta dari pihak BN dan kerajaan agar ianya berjaya disampaikan dengan lebih berkesan kepada rakyat Malaysia seterusnya bertindak sebagai jentera siber BN dalam PRU13.

Sumbangan anda amat diperlukan. Kami memerlukan

Buah pemikiran strategik, idea hebat, artikel, kartun, video, vlog dan segala kepakaran anda sama ada dalam bidang ekonomi, sukan, pembangunan, sains, undang-undang mahu pun apa saja bidang yang anda mahir mengenainya.

Jika anda merasakan anda tidak memiliki kriteria yang dinyatakan, anda tetap mampu menyumbang sesuatu yang berharga iaitu  ‘like’ facebook fan page, Retweet, atau berkongsi dan menyebarkan segala bahan, info atau fakta yang dilihat berguna kepada rakyat Malaysia.


Bagaimanainginmenjadisebahagiandari kami…?

Jika anda ialah penulis blog, pengendali vlog, penggiat facebook, twitter dan pengamal media sosial semasa yang terdiri daripada anggota Pemuda BN, masyarakat prihatin yang pro-BN atau rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong dan mempercayai segala usaha kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan yakin beliau wajar diberikan mandat menerajui negara maka anda amat dialu-alukan menyertai kami dengan hanya menyertakan butir-butir diri seperti tertera kepada alamat emel bnycyberteam@gmail.com


Jika anda menjadi sebahagian daripada kami, anda berpeluang untuk:

Menerima maklumat berguna dan fakta untuk menentang hujah pihak lawan.

Ruang untuk anda berkongsi artikel, karya, video, vlog atau segala kebolehan anda dengan semua sahabat sukarelawan Pemuda BN (BNYV) dan masyarakat khususnya.

Berpeluang menambahkan kenalan, berkongsi idea bersama barisan pejuang siber yang lain.

Berpeluang menyertai program dan aktiviti kemasyarakatan anjuran sukarelawan Pemuda BN serta menjadi sebahagian daripada jentera siber BN dalam PRU13.


Kami ingin menjemput anda untuk bersama kami jika..

anda percaya kerajaan sedia ada telah melaksanakan tanggung jawab mereka sebaik mungkin untuk anda.

anda yakin dengan gagasan ‘1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ idea YAB Perdana Menteri Datuk Seri Tun Razak.

anda menyokong Program Tranformasi Kerajaan, Program Tranformasi Ekonomi, NKRA yang dilaksanakan dan NKEA yang diberikan tumpuan oleh kerajaan sekarang.

anda percaya dan yakin bahawa YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mampu membawa perubahan dan pembangunan kepada negara.

anda sayang Perdana Menteri yang sentiasa menepati janji dan mesra serta bersikap terbuka dalam mendengar pandangan golongan muda.

anda mahukan perpaduan, keamanan dan kestabilan

No comments:

Post a Comment