12 Ogos 2012 Majlis amal Jalur Gemilang yang meraikan anak-anak yatim dari Persatuan Kelab-Kelab Belia Daerah Baling (MAYC) belansung di Kg Teluk Durian. Dengan kerjasama MAYC daerah Baling, JKKKP, persatuan Belia Mayc Teluk Durian, Penyelaras DUN Kupang.
Menurut Pengerusi MAYC Daerah Baling, program yang julung kali diadakan melibat sumbangan dari BMPC (Bez Motorsport Persona Club) dan AMC yang hadir dengan Konvoi 30 buah kereta Pesona.
Menurut wakil BMPC, safiruldin (mael BMC) yang berasal dari Kampung Lela, Kuala Pegang ini adalah program ke 2 yang di laksanakan di Kawasan Kupang. Program ini bertujuan mengeratkan silaturahim serta meraikan anak-anak yatim sempena Aidilfitri 2012. Sumbangan yang di berikan adalah hasil dari 'sponsor' ahli-ahli kelab sendiri.
Hampir 50 orang anak yatim serta belia-beliawanis menerima sumbangan yang di sampaikan oleh wakil dari MAYc kebangsaan dan YDP BMPC.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment