Tuesday 21 August 2012

BERITA PILIHAN BLOG: Mati Lemas Di Kolam Kelab

Kanak-Kanak Perempuan Tiga Tahun Mati Lemas Di Kolam Kelab


KOTA KINABALU: Seorang budak perempuan berusia tiga tahun mati lemas dalam sebuah kolam (gambar hiasan ) ketika keluarganya sedang meluang masa pada hari pertama Hari Raya di sebuah kelab di Tanjung Aru di sini.

Walaupun terdapat usaha untuk menyelamatkan kanak-kanak itu secara tergesa-gesa, namun Miti Ashlee disahkan mati sewaktu tiba di Hospital Queen Elizabeth di sini.

Ibu kanak-kanak itu, Erna Rohana Abd Aziz membuat laporan polis pada pukul 6.45 petang selepas insiden yang berlaku di kolam di Kinabalu Yatch Club kira-kira pukul 5.20 petang Ahad.

Menurut saksi, terdapat ramai kanak-kanak yang berenang dan bermain di kolam dengan paras paling dalam 1.5 meter.

Sekumpulan kanak-kanak yang berenang di kolam itu tidak naik ke permukaan dan segera melaporkan kepada ibu bapa berhampiran.

"Kami tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku tetapi tiba-tiba saya terdengar bunyi jeritan meminta tolong," kata seorang ahli kelab, yang tidak mahu dikenali.

Kami percaya kanak-kanak itu mungkin pergi ke paras paling dalam dan mengalami masalah.

Lelaki itu berkata, kanak-kanak itu masih hidup apabila diangkat keluar dari kolam dan ada ahli yang memberikan bantuan pernafasan (CPR) tetapi keadaannya semakin buruk.

"Tiada apa yang boleh dilakukan oleh sesiapa setakat itu. Amat menyedihkan," tambahnya lagi.

Sementara itu, komodor bagi Kinabalu Yatch Club, Louis Tseu ketika dihubungi berkata, kanak-kanak itu dan keluarganya merupakan ahli kelab.

Beliau berkata, kelab tidak menyediakan sebarang pengawal keselamatan kerana ia merupakan kolam yang kecil dan setiap keluarga perlu memerhatikan anak-anak mereka.

Difahamkan, ahli keluarga dan seorang pembantu rumah membawa Miti Ashlee ke kelab itu. Mereka bagaimanapun tidak dapat dihubungi.

Timbalan Ketua Polis Kota Kinabalu, Superitendan M. Chandra mengesahkan kejadian itu dan berkata bahawa polis tidak mensyaki sebarang perbuatan khianat tetapi bedah siasat akan dijalankan.sumber Mstaronline.

KK_ sentiasalah mengawasi anak-anak serta ahli keluarga. Malang tidak berbaur.di musim di perayaan marilah kita tangisi kegembiraan bersama ahli bukan tangisi pemergian mereka.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment