Saturday 11 August 2012

KONTROVESI VIDEO NAMAWEE HINA LIN DAN LIBATKAN DATUK LEE CHONG WEI.

Namewee sekali lagi mencetuskan kontrevesi, kali ini ia melibatkan jaguh Badminton negara apabila beliau bertindak menghina Juara Olimpik 2012 . Dia dengan sengaja memuat naik video di youtube menunjukan ketidakpuasan hati apabila Lin Dan berjaya menewaskan Datuk Lee Chong Wei pada aksi final Badminton Olimpik London.

Baca selanjutnya :-

Namewee hina Lin Dan, Chong Wei mohon maaf

BEIJING 11 Ogos - Datuk Lee Chong Wei memohon maaf berhubung klip video penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee yang menghina bintang badminton China, Lin Dan.

"Saya memohon maaf atas video tersebut, saya juga tidak tahu apa-apa tentang lagu itu, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua, diharap peminat (badminton) China boleh memaafkannya," kata Lee dalam laman web peribadinya di

microblogging weibo, laman web di China yang bersamaan dengan Twitter.

Baru-baru ini, Namewee memuat naik klip video ciptaannya di laman web yang mengandungi maki-makian dalam bahasa Hokkien terhadap Lin Dan selepas Chong Wei kalah 21-15, 10-21, 19-21 kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik London, di Arena Wembley.

Klip itu kemudiannya, tersebar ke seluruh forum utama dan telah menimbulkan kemarahan di kalangan peminat badminton di China.

Media dalam talian China, Souhu melaporkan bahawa Namewee mempertahankan dirinya dengan berkata, dia hanya meluahkan perasaannya seperti seorang peminat biasa.

"Biasanya, peminat akan hanya marah di rumah, tetapi saya buat dalam bentuk video untuk menunjukkannya," dakwa beliau. - BERNAMA

#macam2 yer.... Apa lagi si Namewee.. selalu bikin kecoh...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment