Sunday 26 August 2012

Peminat "Hijau Kuning" sanggup Potong anu"

Kenyataan 'berani mati' individu yang menggelar dirinya, Jat Raindy yang tersebar di Facebook, semalam, mengundang perasaan marah peminat bola sepak Kedah.

Selepas teruk mengkritik Hijau Kuning di atas prestasi yang kurang kosisten, Jat turut menambah komennya, "okyh aq krat XXXX sampai kat XXXX un xpa..aq dok as..mai cr aq law kdah lyak..."

Jat yang menulis kenyataan tersebut di laman sosial Facebook Penyokong Setia Hijau Kuning sanggup memotong kemaluannya sekiranya pasukan tersebut mara sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat suku akhir.

Bagaimanapun, komen beliau dipadamkan admin laman tersebut.

Kemudian, kenyataan itu dimuatkan kembali oleh laman sosial Persatuan Bola Sepak Kedah dan mendapat reaksi kurang senang peminat pasukan Kedah. Itulah luahan hati peminat bola sepak pasukan Kedah.

Keputusan Perlawanan Saingan Piala Malaysia 2012

BERIKUT adalah keputusan perlawanan kedua saingan Piala Malaysia 2012:

Kumpulan A

Johor 1 - 2 Johor FC

LionsXII 3 - 1 PKNS Kumpulan B

ATM 2 - 1 Terengganu

Kelantan 2 - 1 Kedah

Kumpulan C

N.Sembilan 4 - 0 Sime Darby

Perak 1 - 4 Felda United

Kumpulan D

T-Team 0 - 0 Sarawak

Selangor 2 - 2 Pahang.

# Sumber sinar dan mstar.

KK cuma nak bagitau Itulah hakikat yang perlu pihak Pengurusan KFA perlu tahu. Sebagai sebuah persatuan yang menjaga sukan no. 1 di Kedah. Peminat sentiasa mahu kejayaan. Bukan alasan setiap kali pasukan gagal mempersembahkan mutu permainan sebenar.

Pengurusan perlu peka bukan PEKAK. Bukan setakat Tranfomasi pasukan tetapi di Pihak Pengurusan...kalau yang ada hanya tahu mengiya dan menidakan..makan undurlah secara terhormat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment