Wednesday 29 August 2012

APA YANG TERSIRAT BILA YB NASHARUDIN BERSUARA.



RAHSIA BESAR HAJI HADI DAN YB NASHARUDIN.


Ramai orang tidak tahu, selepas PRU12 beberapa pemimpin utama PAS yang ProUlamak seperti Datuk Harun Taib, Mustapha Ali dan Haji Hadi menaiki kapal terbang dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur. 

Ke mana mereka pergi? Mereka telah pergi ke dua tempat, bertemu Perdana Menteri untuk merundingkan Kerajaan Campuran UMNO-PAS. Pada masa itu perbincangan lebih kepada mekanisme siapa MB Selangor dan Menteri PAS di pusat. 

Tempat kedua, Pesuruhjaya PAS Selangor pula berbincang dengan UMNO Selangor untuk membentuk Kerajaan Campuran UMNO-PAS. Di Perak mereka tidak sempat menemui MB Perak kerana Ngah dan Ngeh lebih awal memintas.

YANG TERSURAT DAN YANG TERSIRAT
Runner kepada semua ini sudah tentu YB Nasha, dengan dibantu oleh Datuk Harun Taib dan Datuk Mustapha Ali. Haji Hadi remute control. Jika Nik Aziz bising Haji Hadi akan remute balik supaya slow slow.

Apakah signifikan cerita di atas?

Signifikannya ada dua,

1. Berita Majlis SYura mempertahankan YB Nasharudin menunjukkan ikatan lama kerajaan Perpaduan masih kuat dalam benak dan darah Datuk Harun Taib, Mustapha Ali dan Haji Hadi. Tetapi tidak kepada Mahfuz Omar dan Mat Sabu kerana mereka berdua proDap. YB Nasha terselamat kerana ikatan lama itu. Datuk Harun Taib yang mewakili suara Haji Hadi awal-awal bercakap sebelum Mursyidul Nik Aziz bercakap. 

2. Kedua, keputusan Majlis Syura mempertahankan YB Nasha pasti akan ditentang oleh Nik Aziz yang dipengaruhi geng-geng Erdogan dan ProDAP. Apapun kesannya kini sukar dikawal, di mana kemasukan YB Nasha dalam team DS Najib semakin hampir. Saya sangat yakin, di hujung permainan Haji Hadi dan YB Nasha ialah untuk melihat PAS keluar segera dari kepompong DAP.

Apabila strategi Haji Hadi dan YB Nasha mengeluarkan PAS dari kepompong DAP berjaya, maka ketika itulah HJ Hadi akan turut menyertai YB Nasha ke dalam team Najib. Diikuti Datuk Harun Taib, Datuk MUstapha, termasuk Ustaz Azhar Idrus.

Inilah kesukaran yang dihadapi oleh Haji Hadi. Haji Hadi amat berhati-hati dalam hal ini.

*Artikel adalah sumbangan ahli PAS Terengganu.


sumber blog MyMassa

No comments:

Post a Comment