Wednesday 29 August 2012

DI TWETTER ARTIS PAS KATA SEJARAH TIPU.

Dalam apa keadaan sekali pun, tugas untuk membawa kebenaran bukanlah mudah. Ia tidak semudah tugas parti pembangkang yang boleh membuat sebarang tuduhan mengikut rasa dan perasaan. Ucapan berapi-rapi mereka lebih mudah mendapat sambutan kerana ia dipenuhi dengan kata-kata kasar dan biadab.

Sehingga ada yang berani mempertikaikan berkaitan sejarah negara yang mula mencetuskan rasa was-was  dan kekeliruan dalam kalangan rakyat malaysia berkaitan SEJARA KEMERDEKAAN NEGARA.

sehingga Mat Sabu ( Naib Presiden PAS) Menafikan kekejaman komunis dan kehebatan pahlawan negara, persoalan pembentukan kontrak sosial oleh pemimpin politik dan pejuang kemerdekaan dari pelbagai kaum, status penjajahan Tanah Melayu.


Dengan mudah dan selamba ustazah PAS ini berkata "sejarah tipu".... Aku merasa hairan dan pelik sekali. sehingga ketaksuban terhadap politik mereka ini sanggup membelakang sejarah.



Ketika kita merasa kemakmuran dan keamanan  untuk menyambut ulangtahun kemerdekaan ini haruslah kita ingat dan sedar bahawa kita ada maruah dan kedaulatan sebuah negara yang perlu dipertahankan. Menjaga kedaulatan negara bukanlah hanya terletak pada bahu seorang askar, anggota polis atau ahli politik. Tanggungjawab ini harus dipikul oleh setiap dari kita yang mengaku diri kita rakyat Malaysia.

Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

Marilah kita sama-sama menghayati erti kemerdekaan ini kerana sejarah telah membuktikan yang keharmonian hanya dapat dicapai dengan persefahaman dan pengertian akan erti hidup bermasyarakat.

No comments:

Post a Comment