Tuesday, 7 August 2012

SHILA AMZAH DAH BERUBAH ?


PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah akhirnya nekad memakai tudung selepas mencuba imej berkenaan pada 1 Ramadan lalu.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata, dia membuat keputusan tersebut pada Sabtu lalu selepas 15 hari melalui “tempoh percubaan” dan berazam untuk berimej sedemikian sehingga ke akhir hayat.
"Pada mulanya penghijrahan ini bermula pada 1 Ramadan sebagai tempoh percubaan dan ingin mendapat kepastian adakah saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan tersebut.
"Dua hari lalu (Sabtu) saya sibuk dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Fauzana, tetapi ketika itu saya terpaksa membuka tudung.
"Kemudian, di sebelah petang pula Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap, tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini Isnin.
Tambah Shila, kekasihnya, Sharnaaz tidak sangka perubahan drastik yang dilakukannya namun gembira dengan imej terbaru itu.
Dalam pada itu, ibunya juga ingin kepastian adakah benar keputusan yang dibuat itu kerana risau jika Shila akan membuka semula tudungnya pada masa akan datang.
"Apabila memberitahu hasrat ingin bertudung kepada ibu, banyak kali dia tanya, adakah saya yakin dengan keputusan ini kerana apabila dah pakai, kita tak boleh nak buka semula tudung sehingga mati.
"Alhamdulillah, memang saya ingin berubah dan mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Malah, saya mula berubah sedikit demi sedikit dengan mengubah cara pemakaian yang lebih sopan," ujarnya.
Sementara itu, walaupun tampil dengan imej berkenaan, Shila tetap meneruskan kariernya sebagai seorang penyanyi dan bakal muncul dengan album terbaru pada awal tahun depan.
"Saya masih lagi menyanyi, tetapi tak adalah nak menari sakan macam dahulu. Pemilihan lagu pula lebih ke arah balada dan pop. Semoga perubahan diri ini membawa keberkatan yang lebih bermakna," tuturnya.
Foto milik Shila amzah diambil di laman Twitter miliknya.
SUMBER MSTAR

KK..
MOGA TERUS BERJAYA....DALAM BIDANG NYANYIAN. JANGAN PULA JADI MACAM SEORANG BEKAS ARTIS TU...... LEPAS BERHIJRAH BOLEH PLAK KUTUK SEMASA ARTIS....

No comments:

Post a Comment