Calon PRU: Anwar Buat Rafizi Merajuk, Minta Punggung Ditepuk
ANWAR dalam kenyataanya kepada Bernama mengesahkan hanya dia yang setakat ini akan sah bertanding mempertahankan parlimen Permatang Pauh. Lain-lain calon PKR belum sah lagi kedudukkannya.
Kata Anwar, “Tiada sebarang pengesahan siapa akan bertanding di kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) mana, kecuali saya yang sah akan bertanding di Permatang Pauh”.
Mungkin ketika bercakap tentang hal ini, Anwar terlupa dengan ‘sayang’ jambunya si Rafizi yang sebelum ini diumumkan akan bertanding di Parlimen Pandan. Yang mengumumkan itu bukan calang-calang orang tapi jambu tuanya si Azmin Ali juga, Anwar sendiri pun berada di ceramah, tempat pengumuman tersebut dibuat.
Beritanya disini.
Soalannya sekarang apa sudah jadi? Tidakkah ketika mengeluarkan kenyataan tersebut Anwar tidak terfikir perasaan Rafizi setelah pengumuman pencalonannya di Pandan diketepikan oleh Anwar begitu saja dengan pengumuman kelmarin?
Atau ada sesuatu yang telah berlaku kepada senarai pencalonan Anwar sehingga semua kerusi pun dirombak semula, termasuk kerusi Pandan yang telah diumumkan untuk diserah kepada Rafizi bulan Jun lepas?
Penulis mendengar, memang ada perubahan besar-besaran kepada senarai calon PKR. Semuanya kerana kemasukan calon cina DAP yang akan bertanding atas tiket PKR dalam pilihanraya umum akan datang. Semua ini terpaksa dilakukan setelah rahsia DAP akan bertanding 90 kerusi parlimen terbongkar lebih awal.
Daripada menyusun balik senarai calon, jalan paling mudah ialah menyerap semua calon DAP yang telah dinamakan lebih awal ke dalam PKR. Lagipun amalan calon parti lain bertanding atas tiket PKR bukan perkara baru. Ia pernah berlaku sebelum ini membabitkan beberapa calon dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).
PKR, tahu sajalah, parti setaraf tandas awam, sesiapapun boleh keluar masuk.
Itu sebablah kerusi yang sudah sah diserahkan kepada Rafizi untuk bertanding (Pandan) pun terpaksa dirombak semula.
Masalah dengan strategi yang ini ialah ia mengguris perasaan Cabang PKR dimana calon DAP tersebut bertanding. Ia seolah-olah menafikan hak mereka untuk bertanding disitu. Tidak cukup dengan itu, terpaksa pula menyokong calon DAP yang entah datang dari hutan mana.
Jadi yang Azmin gesa-gesa Perdana Menteri untuk percepatkan tarikh pilihanraya tu kenapa? Calon pun tak finalize, lagi mau gebang hebat.
Penulis tak nampak motif lain melainkan propa saja. Konon macam dah bersedia sangat-sangat dah untuk menghadapi pilihanraya, hakikat sebenarnya calon pun tak dimuktamadkan lagi. SUMBER : My KMU
No comments:
Post a Comment