kenyataan paling Popular Pok Nik.
KK tak nak komen pasal benda ni sebab ia membabitkan Akidah...so KK peti saje kenyataan seorang sahabat....yang KK harap dapat membantu pembaca untuk menilai " Ulama PAS"
KEMAMPUAN NIK AZIZ MEMBERI FATWA
Saya ingin berbalik kepada persoalan tentang kemampuan Nik Aziz untuk memberi fatwa. Adakah beliau menguasai dengan mendalam ilmu-ilmu yang berkaitan dengan fatwa dan ijtihad seperti ilmu fiqh, usul al-fiqh, qawa'id al-fiqh, maqaasid al syariah dan seterusnya, yang mana ia dipelajari secara mendalam dalam jurusan Syariah dengan pengkhususan dalam ilmu usul al-fiqh. Menurut al-Syaukani, ilmu usul al-fiqh merupakan tiang seri kepada ijtihad dan menjadi asas untuk tegak segala sendinya. Al-Fakh al-Razi menegaskan: "Sesungguhnya ilmu yang paling penting bagi seseorang yang ingin berijtihad ialah ilmu usul al-fiqh". Pandangan yang sama juga dikemukakan oleh Imam Ghazali: "Sesungguhnya pengetahuan yang paling penting dalam berijtihad mengandungi tiga cabang ilmu, iaitu Hadis, Bahasa Arab, dan usul al-fiqh" (lihat al-Syaukani, Irsyad al-Fuhul). Persoalan pengkhususan tidak boleh dipandang ringan dalam berurusan dengan hukum Allah. Ini kerana terdapat peringatan yang agak berat daripada Rasulullah melalui sebuah Hadis yang bermaksud: "Sesiapa yang memberi fatwa tanpa ilmu yang mencukupi, ia akan dilaknat oleh Malaikat di langit dan di bumi" (Ibnu 'Asakir).
Kenyataan kedua oleh Haji Nik Aziz yang boleh mengelirukan jika tidak diberi penjelasan ialah tentang keharusan berkawan dengan syaitan untuk mencapai matlamat perjuangan Islam. Ini ialah memandangkan Quran dan Sunnah dengan jelas dan tegas memerintahkan umat Islam supaya menjadikan syaitan sebagai musuh mereka yang paling utama tanpa sebarang kompromi. Kerana syaitan itu sendiri merupakan punca kejahatan yang tidak boleh diharapkan apa-apa kebaikan daripadanya pada bila-bila masa dan keadaan sekalipun, seperti yang ditegaskan dalam firmannya yang bermaksud: "Sesungguhnya laknat itu tetap menimpamu (iblis) sampai hari kiamat" (Thoha. 35). Menurut Ibnu al-Qayyim: "Sesiapa yang meneliti Quran dan Sunnah akan mendapati kedua-duanya memberi penekanan yang lebih banyak dalam memperingatkan manusia tentang tipu helah syaitan dan keperluan memeranginya, berbanding dengan peringatan tentang bahaya nafsu" (Ighathah al-Lahfan, jld. 1). Ibnu Kathir, ketika mengulas ayat yang memerintahkan umat Islam berbuat baik terhadap manusia yang bermusuh dengan mereka (Fushshilat: 34), beliau menyatakan: "Allah memerintahkan umat Islam supaya berdamai dengan musuh yang terdiri daripada manusia serta berbuat baik kepada mereka; supaya dengan itu permusuhan dapat dijernihkan disebabkan terdapat asas kebaikan dalam diri setiap manusia. Tetapi Allah memerintahkan supaya mereka memohon perlindungan daripada syaitan, kerana permusuhannya dengan manusia bersifat total dan tidak ada sebarang kemungkinan untuk berdamai dan berbaik-baik lagi. Ini ialah memandangkan seluruh usaha syaitan ditumpukkan untuk membinasakan anak Adam disebabkan permusuhan yang sangat ketat antaranya dengan bapa mereka Adam sebelum ini" (Tafsir al-Quran al-'Azim, jld. 1).
Apa yang disebutkan oleh Ibnu Kathir ini dapat disaksikan dalam banyak ayat Quran, antaranya firman yang bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu, maka jadikanlah dia sebagai musuh; kerana sesungguhnya syaitan itu hanya menyeru puaknya supaya mereka menjadi penghulu neraka sa'ir" (Faathir: 6). Menurut AI-Quran, hanya orang yang tidak beriman sahaja yang menjadikan syaitan sebagai pembantunya, seperti yang dinyatakan dalam surah al-A'raaf ayat yang bermaksud: "Sesungguhnya kami jadikan syaitan itu sebagai pembantu-pembantu kepada orang-orang yang tidak beriman". AI-Quran seterusnya menegaskan bahawa orang-orang yang menjadikan syaitan sebagai kawan tidak akan mendapat apa-apa kecuali kerugian di dunia dan di akhirat: "Dan sesiapa yang menjadikan syaitan sebagai penolong selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata" (Maksud ayat 119 surah Annisaa').
Jadi persoalan syaitan sebagai musuh utama umat Islam dan tidak boleh dijadikan kawan atau pembantu dalam mencapai cita-cita perjuangan Islam adalah merupakan perkara yang qat'ei (tidak terdapat perbezaan pandangan atau tafsiran mengenainya). la termasuk dalam hukum yang dikategorikan oleh ulama sebagai "al-ma'lum min al-din bi al-dharurah" (hukum yang diijmak oleh ulama dan dapat diketahui dengan mudah tanpa perlu kajian yang mendalam). Hukum seperti ini tidak boleh dipermainkan; kerana mengingkarinya boleh membawa kepada kekufuran. Oleh itu sebarang bentuk kenyataan yang boleh menampakkan percanggahan dengan keterangan Quran yang jelas dan qateiini boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan orang ramai, memandangkan ia menyentuh persoalan akidah yang tidak boleh ada sebarang ijtihad lagi mengenainya.
Mudah-mudahan dengan penjelasan ini saya berharap telah dapat melaksanakan tanggungjawab menyampaikan apa yang perlu disampaikan. Bagi pihak orang ramai pula, mereka berpeluang meneliti manakah pandangan yang benar dan menyakinkan untuk dijadikan pegangan dan amalan, yang mana mereka akan bertanggungjawab di hadapan Allah kelak terhadap pegangan tersebut secara bersendirian - bukan secara berparti. Wallahu A'Iam.
Wan Zahidi Wan Teh
SUMBER
#ramadhan bulan mulia.
kita jika ulama pun kita asyik nk pertikaikan serta menjatuhkan....kenpa.?korng tengok video pun yg dah kena cup..cuba tengok video tu smpai habis..baru thu..org karang pandai nk betul kn org.padahal kita sendiri pun x betul..fikirla
ReplyDeleteRasanya x payah tengok panjang2 video tua nyanyok ni. Mengucap pun bukan panjang tetapi cukup utk menjadikan seseorg itu islam! Ayat tua nyanyok tu pendek jer tp cukup bg kita bg menggambarkan kesesatan bahlul. Syaitan dah berjanji dgn Allah SWT akan menyesatkan umat Adam. Siapa tua nyanyok ni nak menghalalkan bantuan syaitan. Ko dengar baik2 yer "Ulama kepala hotak ko tua nyanyok ni! Hahahaha.
ReplyDeleteingatlah syaitan itu musuh kamu yang nyata seperti kebanyakkan firman2 allah..so kalau syaitan beri bantuan maksudnya ape tu?bantuan untuk menjahanamkan manusia supaya menyertainya dineraka kelak adalah..
ReplyDeleteMusuh-musuh Islam terdiri daripada iblis, syaitan, taghut, orang munafik, orang kafir yang memerangi Islam dan orang Islam yang tidak berilmu.
ReplyDeleteTakbir raya yang dilaungkan adalah untuk mengakui Kebesaran Allah Subhanawataala. Semua perkara yang hendak dilakukan hendaklah kerana Allah. Semua perintah Allah hendaklah dituruti. Syahadah yang dilafazkan hendaklah dipelihara dengan melakukan perkara yang diperintah oleh Allah swt dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah swt.
Keimanan bukan sahaja diasaskan dengan tidak melakukan kemungkaran dan melakukan kebajikan. Tetapi dengan membenci orang yang melakukan kemungkaran dan menyukai orang yang melakukan kebajikan.
Kita lihat pemimpin Islam diseluruh dunia, adakah mereka melaksanakan hukum Allah atau menggunakan hukum yang ditulis oleh manusia? Adakah isteri-isteri pemimpin tersebut menutup aurat seperti yang disyariatkan oleh Allah swt? Adakah laungan Allahuakbar semata-mata hanya dilafazkan semasa solat dan menyambut hari raya aidil fitri dan aidil adha? Dan diluar waktu solat atau hari raya kita meninggalkan Kebesaran Allah swt dengan meninggalkan perkara yang diperintah dan melakukan perkara yang dilarang?
Banyak lagi perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk menegak Agama Allah. Dan yang paling utama adalah dengan menuntut ilmu supaya jurang perselisihan dapat dikurangkan. Dan setiap amalan hendaklah didasari dengan ilmu supaya amalan tersebut tidak berdasar ikiut-ikutan atau budaya.
Bukan untuk menghukum tetapi untuk membetulkan keadaan.
Wallahu'alam.