Showing posts with label jenayah. Show all posts
Showing posts with label jenayah. Show all posts

Saturday, 21 April 2018

[GEMPAR!] إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ . Imam Palestin ditembak di kepala ketika dalam perjalanan untuk Solat Subuh di Gombak.


Imam Fadi adalah Imam Palestin yang dibawakan oleh Aqsa Syarif dan MyCARE setiap bulan Ramadan sejak tahun 2014. Beliau ditembak di kepala dalam perjalanan ke surau Medan Idaman, Gombak untuk menunaikan solat Subuh.

Imam Fadi berusia 35 tahun dan meninggalkan 3 orang anak dan seorang balu.
Pastinya ramai yang sudah menjadi makmum beliau dan mendapat manfaat dalam ceramah-ceramahnya dalam jelajah Imam Palestin seluruh Malaysia anjuran kami.
Semoga syahid buat Imam Dr. Fadi M. R. Albatsh.


#Update Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung lelaki Arab berusia 35 tahun ditembak mati dipercayai oleh dua lelaki yang menaiki motosikal 6 pagi tadi.


“Siasatan awal mendapati suspek menaiki motosikal melepaskan lebih 10 das tembakan. Pemeriksaan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan dikesan pada badan mangsa.


“Polis turut menemui 2 slug peluru di lokasi kejadian. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sumber: Harian Metro

Monday, 11 November 2013

Panas lagi Biadab !! Blog Pro Pakatan Lindungi Penjenayah Pembunuh Ambank. @PDRMsia @Zahid_Hamidi @AnwarIbrahim


Amat Malang sekali kita sebagai Warganegara Malaysia, Sekiranya negara kita dditerajui oleh kerajaan Pakatan Haram. sehingga kini, tiada suatu pun kebaikan yang dibawa oleh PR kepada negara ini walaupun parti itu membawa slogan keadilan, kebebasan dan hak asasi manusia. PR begitu bangga apabila kerajaan tunduk kepada desakan mereka untuk menghapuskan Akta Pencegahan dan Akta Hasutan. Kononnya, dengan terhapusnya Akta tersebut maka keadilan, kebebasan dan hak asasi manusia dapat ditegakkan.


Begitulah lah jua terjadi kepada penyokong serta macai-macai yang sanggup memperjuangkan warga asing yang melakukan jenayah kejam ke atas rakyat Malaysia, Aku pun tak taulah apa yang ada dalam otak si pengendali Blog pakatan ini. Mungkin ini yang di "tarbiahkan" rakan sekutunya DAP mahun PAS. Apa yang pelik Media Pembangkang merasa simpati keatas pembunuh tersebut dengan  bertindak membela penjenayah pula. Malahan, mempertikai tindakan polis serta mempersoalkan hak asasi para penjenayah. PR langsung menghiraukan ancaman para penjenayah ini terhadap masyarakat.

Komen dari Pembaca Blog yang mengutuk pengendali Blog PRO Pakatan .


kita jangan terkejut jika melihat peguam-peguam dari kalangan pemimpin PR akan ke membantu pembunuh ini atau bekerjasama dengan kerajaan Indonesia nanti. sKita pasti PR akan terus mempertahankan penjenyah kerana gangsterisme merupakan sebahagian dari politik PR itu sendiri.

KK : Memang PR dan Anwar suka pekara pelik.... serta memburukan Malaysia.

BLOG MAZIDUL : "Bagaimanakah pendatang tanpa izin, PATI layak menjadi ahli RELA? -@PDRMsia @rakyatnews


sesungguhnya kematian Norazita Abu Talib @ Ita membawa seribu rahmat kepada negara. Betapa selama ini rupa-rupanya ramai warganegara Malaysia adalah warganegara palsu. Mudah sungguh rupanya proses memiliki taraf kewarganegaraan Malaysia ini. Mahal sedikit harganya daripada membeli sebungkus kuaci! Kematian Ita membuka mata rakyat (sepatutnya pemerintah) bahawa aktiviti sindikit i/c palsu telah lama berlaku, masih berlaku dan menjadi aktiviti bisnes paling menguntungkan.(petikan komen dari Blog)


Saya telah berulang kali menghubungi Ibu Pejabat RELA di Putrajaya tetapi gagal untuk menyampaikan maklumat berhubung lelaki warga Sulawesi, Indonesia, kini menjadi ahli RELA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Arshanikum Endeyn juga dipercayai menggunakan MyKad palsu dengan nama Hamdan Hamid dan kononnya berasal dari Sabah. Saya kemudian menghubungi Pengarah RELA Wilayah Persekutuan, Rahim Abdul Rahman dan menerangkan kepada beliau perincian kes ini.  SAMBUNG BACA KLIK DISINI [ PENDATANG ASING LAYAK MENJADI AHLI RELA? ]

Sunday, 10 November 2013

Tahniah !! @PDRMsia : Pengawal Keselamatan Tembak Mati Pegawai Ambank Akhirnya Ditangkap.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan Ops Cantas Bukit Aman berjaya menahan lelaki berkenaan di Johor Baru awal pagi Ahad. Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank itu ketika merompak cawangan bank berkenaan dalam kejadian di Jalan USJ 2, Subang Jaya, Selangor.


Pengawal keselamatan itu yang sebenarnya bertugas di bank lain, hadir bertugas di Ambank cawangan berkenaan bagi menggantikan orang lain yang tidak datang bekerja.


Suspek berjaya melarikan wang berjumlah RM450,000 dengan menaiki sebuah motosikal. Polis telah menahan tujuh individu termasuk saudara serta rakan suspek pengawal keselamatan berkenaan.

Mstar

Wednesday, 6 November 2013

@PDRMsia Edar Gambar Wanita DipercayaiTerbabit Kes Samun Kedai Emas. #rakyatnews


Gambar Norena Lamuddin, 27, dari Filipina, dipercayai teman wanita pengawal keselamatan yang disyaki merompak kedai emas di pusat beli-belah KL Festival City, Setapak, 31 Oktober lepas.


Polis, pada Rabu mengedarkan nama dan gambar seorang wanita dipercayai teman wanita pengawal keselamatan yang disyaki merompak kedai emas di pusat beli-belah KL Festival City, Setapak, 31 Oktober lepas.

Wanita yang dikenali sebagai Norena Lamuddin, 27, berasal dari Lambitan, Filipina itu disyaki menyimpan sebahagian besar barang kemas bernilai kira-kira RM150,000 yang disamun itu.


"Kami percaya wanita itu merupakan teman wanita kepada suspek utama dan menggunakan kad pengenalan palsu dengan nama Hasnah Hassan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mengenali atau pernah melihat wanita terbabit untuk tampil memberikan kerjasama di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, pada Rabu, beliau berkata polis hanya menemui semula 10 utas daripada 100 barang kemas yang telah disamun lelaki terbabit. Ahad lepas, pengawal keselamatan yang disyaki menyamun kedai emas itu ditahan di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), Sepang. Lelaki rakyat Filipina berusia 27 tahun itu ditahan pada pukul 7 pagi bersama seorang rakannya yang juga rakyat Filipina ketika menunggu penerbangan untuk ke Sabah. Ku berkata siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang ditahan pada 3 Nov lepas memiliki kad pengenalan milik orang lain yang dipalsukan.

"Sebelum ini, polis menahan seorang penyelia di syarikat keselamatan yang mengupah suspek bekerja dan dia disiasat di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana membenarkan individu lain memegang senjata api miliknya. "Senjata api itu merupakan milik penyelia syarikat keselamatan berkenaan," katanya sambil memberitahusyarikat keselamatan itu memiliki lesen yang sah. -

BERNAMA

Thursday, 24 October 2013

Pengawal Keselelamatan "LAHANAT" Belaku KEJAM Pada Noazita Bt Abu Talib (gambar). @rakyatnews @inspirasiislami



" kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank no.5&7, jln usj sentral2 usj sentral subang jaya. Mangsa kerja sebagai opration officer ambank nama Noazita bt abu talib u/37thn.kerja selama 16thn dgn ambank. Kejadian pada 23.10.13 jam l/kurang 1818hrs di bilik kebal telah berlaku kejadian tembakan daripada saspek nama Ardi bin Hamza u/37thn beralamat jalan apas batu 2 no70 tawau sabah, senjata jenis pumpgun, sebanyak 1 das tembakan mengenai muka mangsa jetija sedang membuka peti jebal dan nelarikan wang dlm jumlah yng tidak diketahui, kenderaan saspek gunakan sedang di kesan disyaki motosikal, pihak forensik ipk selangor telah dimaklumkan dan dlm perjalanan.senasa kejadian seramai 5 staf termasuk saspek, laporan lanjut akan menyusul.tel sasoek no. 01133070204.tk tuan ( Baca selanjutnya di Medan Tempur Kedah )


Menurut sumber polis, mangsa seorang wanita berusia 37 tahun, difahamkan bersama suspek serta empat lagi pegawai bank berada di dalam bilik kebal dipercayai mahu menyimpan sejumlah wang kira-kira pukul 6.18 petang.

Bagaimanapun suspek yang berasal dari Sabah yang bersenjatakan 'pump gun' itu telah melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa.

Suspek kemudiannya telah melarikan diri bersama sejumlah wang dengan menaiki motosikal.

Bagaimanapun, jumlah wang yang dilarikan tidak diketahui.


Pada hemat saya, pegawai operasi Ambank di Subang Jaya, Selangor,  Norazita Abu Talib, 37 tahun, tidak perlu ditembak. Jika sekadar ingin merompak wang di dalam peti besi bilik kebal, pengawal keselamatan bank kini berstatus perompak hanya perlu mengacukan senjata pump gun digunakan ke arah beberapa kakitangan di sekitar, ambil wang dan kemudian beredar dengan segera.

Dilaporkan, ketika kejadian singkat itu berlaku, mangsa tidak melawan.



Semua wang disimpan di dalam peti besi itu diinsurankan. Sebagai pekerja bank lebih 16 tahun, mangsa tentunya arif, lebih baik membiarkan wang itu dirompak berbanding mempertaruhkan nyawa sendiri. Barangkali ibu kepada 2 anak itu  tidak mempunyai pilihan kerana dia ditembak pada jarak dekat mengakibatkan kepala kirinya bersepai.


Saya percaya, suspek, Ardi Hamza, 37 tahun, berasal dari Tawau, Sabah, tidak merancang rompakan itu secara teliti. Dia hanya sempat mengaut sejumlah daripada wang di dalam peti besi dan memasukkan wang terbabit ke dalam beg sandang dipakainya. 

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Rahim Jaafar, Ardi didapati memiliki kad pengenalan palsu.

Malam tadi tersebar berita, dia berjaya diberkas di LCCT namun berita itu belum disahkan oleh pihak polis. 

Takziah kepada keluarga mangsa. SUMBER

Saturday, 7 September 2013

Bahana gajikan pengawal keselamatan 'Durjana' main gesel-gesel di sekolah. #rakyatnews #1Malaysia


SETIAP ibu bapa pasti menitikberatkan keselamatan anak mereka. Hanya ibu bapa tidak waras tidak mementingkan keselamatan anak.Tugas pengawal keselamatan bukan setakat buka dan tutup pintu pagar sekolah saja. Setiap pengawal keselamatan perlu tahu tugas mereka dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan sekolah. Tetapi lain pula berlaku di sebuah sekolah di Selatan tanah air.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun mendakwa pengawal keselamatan sekolah meletakkan kepala serta menggeselkan janggut di paha selain memeluknya dalam dua kejadian berasingan pada Ogos lalu.

Ibu kanak-kanak berkenaan yang mahu dikenali sebagai Zainab, 35, berkata, anaknya yang dikenali sebagai Amira memaklumkan kejadian itu kepadanya selain tidak mahu ke sekolah sejak kejadian terbabit.

"Saya bekerja di sekolah tempat anak saya belajar dan Amira akan menunggu saya habis bekerja di pondok pengawal keselamatan berkenaan setiap hari.

"Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa kerana turut mengenali pengawal keselamatan itu. Bagaimanapun, ada guru dan rakan sekerja menasihati berhati-hati selain tidak membenarkan anak saya menunggu di situ," katanya, semalam.

Menurut Zainab, dia bagaimanapun tidak mengendahkan nasihat itu sebelum terkejut apabila Amira memaklumkan kejadian terbabit kepadanya pada 28 Ogos lalu.

Zainab berkata, sebelum itu, Amira secara tiba-tiba tidak mahu ke sekolah selain menangis.
"Amira memaklumkan seorang pengawal keselamatan lingkungan 50-an meletakkan kepala selain menggesel janggutnya di atas pahanya.

"Bimbang perkara sama berulang, saya melaporkan kejadian di Balai Polis Larkin pada 29 Ogos lalu," katanya.

Menurut Zainab, selepas dipujuk, Amira akhirnya ke sekolah, tetapi pergerakannya sentiasa dipantau ahli keluarga bagi memastikan tiada perkara buruk berlaku.

Zainab turut berharap pengawal keselamatan terbabit dikenakan tindakan di atas perbuatan tidak bermoral itu demi keselamatan murid di sekolah berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

"Kami sudah merekodkan keterangan individu berkaitan dan setakat ini, siasatan masih dijalankan," katanya. sumber.

Anak adalah permata berharga bagi setiap insan yang bergelar ibu bapa dan menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan anak sentiasa berada dalam keadaan selamat biar apa jua keadaan.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.












Friday, 6 September 2013

BONGKAR !!! Mana Mau lari lagi dah !! #Malaysia @PDRMsia @KBAB51 @Zahid_Hamidi #rakyatnews #1Malaysia #Merdeka56


Nama ketua dan ahli kumpulan kongsi gelap tempatan Geng 04, 08 dan 36 yang masih aktif dibeberapa kawasan didedahkan.

Senarai Nama Ketua Kumpulan Kongsi Gelap Tempatan Didedahkan.

Bernama memetik sumber Kementerian Dalam Negeri, berkata mereka terdiri daripada,

Geng 04:

Tiram Sasi (Johor), 

Sungai Way Sugu (K.L),
 
Green Line Samy (Penang), 

Prai Bala (Penang)  

Langkap Sasi
(yang dipercayai terlibat dengan kes tembak di Kampar, Perak melibatkan seorang bapa dan anak lelaki, Selvam terbunuh dalam kejadian tembak di Taman Perdana, Batu Gajah. 

Ragu (Ayer Tawar) 

Sudha (Sitiawan).

Ketua Geng 08:

Indren (P. Pinang), 

Jiva (P. Pinang), 

Dark (KL), 

Siva Guru (KL),
 
Muthu (Ipoh),
 
Skey (Johor), 

Shoby (KL) 
 
Gobi (KL)

Geng 36:

Cendol Kanna (KL),
 
Ratenan (KL), 

Devan (jutawan yang terlibat dengan perdagangan dadah),
 
Kajang Balan (orang kanan kepada Devan), 

Seremban Denial (Seremban),
 
Pelai (Taiping), 

M.G Buntong (Perak),
 
Satia (Perak),
 
Kajang Kalai (Kajang), 

Santhanem (KL), 

Ulu Tiram Api (Johor Baharu), 

Rama (Johor Baharu), 

Sadam (Butterworth), 

Satish (Butterworth), 

Arvin (Kulim)

Avi.

Sumber.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 31 August 2013

#KesTembak : Ketua Kumpulan Kongsi Gelap Ditembak Mati Dalam Kuil Di Johor. @PDRMsia @KBAB51 @Zahid_Hamidi #rakyatnews #1Malaysia


Seorang ketua kumpulan kongsi gelap berusia 37 tahun ditembak mati dihadapan ahli keluarganya ketika sesi upacara sembahyang di sebuah kuil di Gelang Patah dekat sini pada Jumaat.

Ketika kejadian K. Jeganathan sedang berada dalam kuil bersama isteri dan tiga anaknya.

Kira-kira pada pukul 7.30 malam, dua lelaki yang memakai topi keledar masuk ke dalam kuil berkenaan dan melepaskan beberapa das tembakan terhadap mangsa.

Suspek kemudiannya segera meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki motosikal.

Semuanya berlaku dalam beberapa minit sahaja.

Jeganathan, dipercayai ketua kumpulan Geng 21, dikejarkan ke sebuah klinik di Gelang Patah dan namun dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sana.

Mayatnya di bawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat.

Jurucakap polis meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu segera menghubungi hotline polis, di talian 07-2212999.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 29 August 2013

Bongkar !! KDN Umum 49 Pertubuhan Haram. @PDRMsia @KBAB51 @Zahid_Hamidi #rakyatnews #1Malaysia

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan 49 petubuhan haram di bawah Akta Pertubuhan 1966.


Senarai itu dikeluarkan pada Khamis oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan mengandungi beberapa kumpulan terkenal seperti Geng 04, Geng 08 dan Geng 36.



Berikut adalah senarai penuh pertubuhan haram itu:



1) Geng 04  2) Geng 08 3) Double 7 4) Tiga Line  5) Geng 30  6) Geng 38 7) Geng 24  
8) Geng 18  9) Geng 36 10) Geng 21 11) Ang Soon Thong 12) Wah Kee 13) Sio Sam Ong
14) PNEH  15) Hong Hong San  16) Hai San  17) Sin Ang Bin  18) New Cell 20  
19) Jit It Hai 20) Sio Koon Tong  21) Gee Lam Kor  22) Gee Ah Eng  23) Loh Kuan  
24) Tiang Yee Tong 25) Geng Leng Hor  26) Geng 35  27) Geng 303  
28) Geng Satu Hati  29) ATAP  30) Hung Ann  31) Sui Yup  32) Otai  
33) Borneo Red EMP  34) Ah Ngau  35) Batu Tiga 36) Ah Feng  37) Batu 10  
38) Sibu Ti   39) Ah Seng  40) Ah Chin  41) Lee Lung  42) Lo Han 43) Sg Merah  
44) Sg Badut  45) Ting Ching Lee  46) Tua Cak Lee  47) Teksi Station  
48) Pintu Merah  49) Krokop

Tuesday, 27 August 2013

#KesTembak : Penternak Lembu Cedera Ditembak Di Sungai Petani, Kedah @PDRMsia @KBAB51 @Zahid_Hamidi #1Malaysia #rakyatnews #fb


Seorang penternak lembu nyaris maut selepas ditembak ketika memandu lori yang sarat dengan muatan makanan lembu, di Sungai Division, Bukit Selambau dekat sini, Isnin.

Dalam kejadian 5 petang itu, M. Yogeswaran, 30, cedera pada jari, terkena tembakan yang dilepas oleh suspek yang membonceng motosikal.

Mangsa kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani, kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Khalil Arifin kepada pemberita, di sini.

"Besar kemungkinan suspek merupakan individu yang dikenali mangsa," katanya.

Khalil berkata pihaknya percaya kejadian tiada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap atau kes-kes tembakan yang dilaporkan berlaku sebelum ini.

Beliau berkata polis bagaimana pun masih mengumpul maklumat mengenai kejadian itu.Difahamkan dua suspek yang menunggang motosikal itu datang dari arah belakang lori yang dipandu mangsa, sebelum melepaskan tembakan ke arahnya. - BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 19 August 2013

Penjualan Senjata Api Menerusi Facebook. @PDRMsia @KBAB51 @Zahid_Hamidi #1Malaysia #rakyatnews #fb


Bukan sahaja murah tetapi juga senang diperoleh, itu tanggapan yang dapat diungkap terhadap dua akaun Facebook yang mendakwa menjual senjata api dalam talian, di negara ini.

Satu daripada akaun itu mendakwa menawarkan pelbagai senjata api termasuk pistol, revolver dan 'assault rifle' dalam lingkungan harga antara RM500 dan RM15,000.

Menurut akaun Facebook itu, raifal AK-47 dijual dengan harga RM12,000 manakala pistol Smith & Wesson RM500 dan revolver termasuk dua kotak peluru dijual pada harga RM15,000.

Satu lagi akaun Facebook mendakwa menawarkan kira-kira 10 jenis senjata api antaranya E&C M16A4, airsoft gun Tercel M1911 serta S&T Mosin Nagant Gas Rifle (Real Wood) dengan harga antara RM600 dan RM1,250.

Berdasarkan gambar yang dipapar, senjata terbabit menyerupai senjata sebenar. Akaun Facebook itu diwujudkan Februari lalu dan mendapat 688 'likes' di samping menjadi topik perbualan 141 pengguna yang melayari akaun berkenaan.

Pengendali akaun juga dapat dihubungi menerusi nombor telefon mudah alih yang dipapar pada akaun itu serta memberi respons kepada khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh wartawan Bernama ini.

Kewujudan dua akaun Facebook itu menimbulkan persoalan mengenai penguatkuasaan undang-undang di negara ini apabila orang ramai dilihat dapat memperoleh senjata api dengan mudah tatkala kejadian tembak meningkat kebelakangan ini. Sepanjang Julai lepas beberapa kes tembak dilaporkan termasuk yang berprofil tinggi membabitkan pengasas Ambank Hussain Ahmad Najadi yang maut ditembak ketika keluar dari sebuah tokong di Lorong Ceylon dekat sini.

Sehari sebelum itu pada 28 Julai, aktivis pemantau jenayah R. Sri Sanjeevan parah ditembak dua lelaki dalam kejadian di Bahau, Negeri Sembilan.

Pada 5 Julai seorang guru di Kelantan cedera parah selepas ditembak di leher.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika diminta mengulas mengenai kewujudan akaun terbabit, berkata pihaknya akan menyiasat mengikut Seksyen 11 Akta Senjata 1960 jika benar mereka menawar dan menjual senjata api di negara ini.

"Jual senjata api tanpa lesen yang sah adalah kesalahan serius," katanya yang dihubungi Bernama.

Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata tindakan mereka yang menjual senjata api secara terbuka menunjukkan mereka tidak gentar dengan undang-undang sedia ada.

"Hukuman berat perlu dikenakan supaya mereka tidak sesuka hati menjual senjata api. "Malahan, sebagai negara yang mempunyai undang-undang ketat, pihak berkuasa dan kerajaan juga harus menjalankan siasatan terperinci agar mereka dapat ditahan dan menjadi pengajaran kepada penjenayah lain," katanya. Bernama.

KK : Mewujudkan kembali undang-undang pencegahan bagi menentang jenayah serius di negara ini.Pencegahan terbaik untuk membenteras jenayah yang melibatkan penggunaan senjata adalah 'ISA' dan EO. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#KesTembakan : Pasangan suami isteri nyaris terkena peluru sesat. #1Malaysia #rakyatnews


Satu lagi kejadian yang melibatkan penggunaan senjata api. Kejadian yang yang berlaku di Kota Tinggi melibatkan, Sepasang suami isteri nyaris terkena peluru sesat yang dilepaskan oleh orang yang tidak dikenali dalam kejadian di Taman Daiman Jaya dekat sini awal hari ini.  

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Mohd Nor Rasid berkata, kejadian berlaku kira-kira 9.40 pagi ketika kedua-dua mangsa yang mengusahakan katering sedang memasak di dapur.

"Siasatan awal mendapati suspek menggunakan pistol jenis 9 milimeter dan kami percaya mangsa bukanlah sasaran tembakan jarak jauh itu," katanya kepada pemberita di sini.  

Menurutnya seorang penduduk juga terlihat sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna kelabu tanpa nombor pendaftaran beredar dalam keadaan tergesa-gesa sejurus selepas tembakan itu.

Berikutan kejadian itu, Mohd Nor berkata polis akan meningkatkan rondaan di kawasan perumahan berkenaan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi di talian 07-8831222 bagi membantu siasatan.

Sementara itu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Jamuri berkata beliau bersama isterinya sedang berada di ruang dapur di tepi rumahnya.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan dan apabila diperiksa ada satu kesan peluru di jeriji bahagian dapur rumah, nasib baik tidak terkena kami," katanya.

Meskipun terselamat, pasangan tersebut masih trauma dengan kejadian itu.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 16 August 2013

[Gambar] Lelaki 'Ganas' Belasah Wanita Dalam Lif di Tahan @PDRMsia Tetapi Tidak Mengaku Bersalah. #rakyatnews #1Malaysia @inspirasiislami


Pegawai Veterinar, Mohammad Affandi Ismail dibawa ke Mahkamah Majistret untuk didakwa atas tuduhan membelasah isterinya dalam lif sebuah hospital swasta Bandar Perda dekat Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Isnin lepas. Mohammad Affandi didakwa mengikut seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan pada isterinya (benama)

Semalam Polis telah mengenal pasti kawasan persembunyian penjawat awam yang menghilangkan diri selepas rakaman CCTV yang menunjukkan dia membelasah isterinya di dalam lif tersebar di laman web sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata polis juga mendapat beberapa maklumat terkini mengenai lelaki berusia 36 tahun yang bertugas di Jerantut, Pahang itu.

"Berdasarkan maklumat yang diperoleh, lelaki itu dipercayai bersembunyi di sebuah negeri tetapi bukan di Pulau Pinang atau Pahang dan pasukan kita hanya menunggu masa untuk menahannya.

"Kami percaya dapat menyelesaikan kes itu dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan program kepolisan berprofil tinggi di sebuah rumah mangsa samun di Kampung Belah Dua, di sini hari ini.
Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebar secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam dekat sini.


KK : Tahniah PDRM diatas kecekapan dan kebijaksanaan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 15 August 2013

Tersebar [Gambar] Wanita 'Cun' dibantai dengan Rakus. #rakyatnews #1Malaysia @inspirasiislami


Polis telah mengenal pasti kawasan persembunyian penjawat awam yang menghilangkan diri selepas rakaman CCTV yang menunjukkan dia membelasah isterinya di dalam lif tersebar di laman web sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata polis juga mendapat beberapa maklumat terkini mengenai lelaki berusia 36 tahun yang bertugas di Jerantut, Pahang itu."Berdasarkan maklumat yang diperoleh, lelaki itu dipercayai bersembunyi di sebuah negeri tetapi bukan di Pulau Pinang atau Pahang dan pasukan kita hanya menunggu masa untuk menahannya.

"Kami percaya dapat menyelesaikan kes itu dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan program kepolisan berprofil tinggi di sebuah rumah mangsa samun di Kampung Belah Dua, di sini hari ini.

Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebar secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam dekat sini.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.Mazlan berkata polis telah menjalankan siasatan kes itu selepas wanita berusia 36 tahun berkenaan membuat laporan polis pada jam 4.40 Isnin lepas.

"Saya minta pihak yang mendakwa polis tidak menjalankan siasatan supaya hentikan tomahan itu, kami jalankan siasatan menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan selepas mangsa membuat laporan polis," katanya.

Sementara itu, Mazlan berkata beliau melawat mangsa samun Fatimah Che Din, 64, hari ini untuk memaklumkan perkembangan kes itu kepada wanita berkenaan.

Dalam kejadian 2 Ogos lepas, Fatimah yang tinggal seorang diri di rumah selepas suaminya Razali Md Rejab, 67, keluar solat Jumaat berhadapan detik mencemaskan apabila disamun seorang lelaki bersenjatakan parang di rumahnya pada jam 1.45 petang.

Mazlan berkata lelaki itu meluru masuk dan meletakkan parang di leher mangsa serta mengikat tangan, menutup mulut dengan kain sebelum melarikan diri dengan motosikal setelah merampas seutas rantai leher dan gelang tangan bernilai RM7,000.

Polis berjaya mengesan perompak terbabit setelah menemui beg yang dipercayai milik suspek dalam rumah mangsa dan lelaki berusia 20 tahun itu merupakan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam di Johor yang sedang mengikuti latihan pratikal di Bandar Perda, di sini sejak dua bulan lepas. 

- Bernama

KK : Manusia berhati Binatang...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.










Wednesday, 14 August 2013

Kanak-kanak HILANG !! @PDRMsia #rakyatnews #1Malaysia


(Dari kiri) Syarafuddin Syazwan Rizauddin, 11, Syarir Syafi Rizauddin, 8, and Syauratul Syafiah Rizauddin, 6, dilaporkan hilang selepas meninggalkan rumah mereka di Taman Meru 2B, Ipoh, Perak antara pukul 2 petang dan 6 petang Selasa.

Ibu tunggal, Safarela Azwa Ishak berharap tiga orang anaknya yang hilang lebih 24 jam akan kembali dengan selamat.

Safarela Azwa, 36, pegawai di sebuah kilang berkata, dia terkejut setelah mendapati ketiga-tiga anaknya hilang selepas pulang ke rumah dari tempat kerja pada petang Selasa.

Dia percaya anaknya, Syarafuddin Syazwan Rizauddin, 11, Syarir Syafi Rizauddin, 8, and Syauratul Syafiah Rizauddin, 6, meninggalkan rumah mereka di Taman Meru 2B antara pukul 2 petang dan 6 petang.

"Saya percaya mereka meninggalkan rumah selepas adik perempuan saya yang menjaga mereka pada sebelah pagi keluar kira-kira pukul 1.30 petang.

"Mereka tidak pernah meninggalkan rumah tanpa penjaga di sisi mereka dan sudah semestinya mereka tidak tahu menggunakan pengangkutan awam," katanya.

"Saya tidak dapat menghubungi mereka kerana mereka tidak mempunyai telefon bimbit," katanya.

Safarela Azwa berkata dia sudah mencari ketiga-tiga anak mereka bersama bekas suaminya tetapi tidak tahu ke mana mereka pergi.

"Kami sudah mencari mereka di terminal bas Amanjaya dan pasar raya Mydin tetapi usaha kami hanya sia-sia," katanya.

Adik lelaki Safarela Azwa, Saiful Azril Ishak, 30, berkata mereka mengesyaki ketiga-tiga kanak-kanak itu berkunjung ke rumah rakan-rakan mereka untuk berhari raya.

Katanya, keluarga mereka turut memuat naik gambar ketiga-tiga kanak-kanak itu di laman Facebook dan sesiapa yang menjumpai mereka boleh menghubungi keluarga itu.

Sumber.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.