Showing posts with label sosial. Show all posts
Showing posts with label sosial. Show all posts

Monday, 22 September 2014

Kalau dulu !! 'Skit skit menjeling .. tu tak lagi bab mencubit..."


Dating tapi tak solat ?

Dating mmg best ... Masyuk .. lupa dunia ... semua wangi time ni .. Kalau berborak pun tisu senantiasa di tangan .. Ketawa je mesti tutup mulut .. Skit skit menjeling .. tu tak lagi bab mencubit .. " ala u niii " .. kan kan .. Bila masuk waktu solat, apa cita ? (Gambar sekadar Hiasan)

Ni aku mau cerita skit pengalaman aku dikenakan dek wife aku .. huhu.. dulu jahil giler aku .. Bab solat ni , tak jaga langsung .. Serius ni .. bukak pekung ni .. Tujuan untuk kebaikkan bersama yer.. Kalau takat nak solat pun , solat Jumaat n tunggu time raya je ..tu pun miss gak .. huhu .. berdosanyer .. huhu.. tak per ..cerita lama ..semoga Allah mengampuni dosa dosa aku dulu .. dan juga akan datang ..

Masa memula aku kenal wife aku ni , aku tau dia mek kelate ... orang kata ( orang yang kata ) mek kelate ni , bab agama jaga .. Wallahualam .. tapi awek yang aku kenal ni ( skang wife la ) dulu sekolah arab ( maahad muhammadi ) .. kira setiap kali aku nak kuar dating , aku kena telan air liur dulu .. kenapa ? huhu ..

Tak kira kat mana .. aku kena tau .. di mana surau ... kalau kat SOGO , di manakah surau .. Kalau di KLCC , semua orang tau kan .. Di Sg.Wang , dimanakah terletaknya surau .. maunya tak , masuk waktu .. tanya kat mana surau .. Kalau tak tau malu la kan ...

Nakak dijadikan cerita , satu hari tu dia tanya aku .. masuk waktu dah ni .. jom solat sekali .. huhu.. aku senyum je la .. aku bawak dia g surau .. sampai kat surau .. dia masuk , aku tunggu kat luar .. huhu.. bengong ...

Aku perasan dia tau aku tak masuk surau .. Satu hari tu .. dia ajak aku g makan satay kat Bangi .. Aku on je la .. dok dating ni .. hehe .. Masuk waktu maghrib , dia berenti kat stesen minyak Shell .. aku tanya wat pe ? Nak solat katanya ..

Dia turun .. dia ajak aku sekali .. suh teman .. aku follow jer la .. sampai kat surau tu ..

" Gi la solat dulu .. pastu baru g makan " .. Aku terkedu je la .. mau tak mau , amik wudhu , solat terus ...

Pilihan yang mana patut dijadikan teman hidup ... yang membawa ke syurga atau neraka ...

Sejak dari tu , haaaa... kuar mesti singgah masjid .. nak mudah .. dating area masjid putra je ... hahahaha ...

Aku cerita ni bukan nak bangga diri .. cuma nak peringat diri jer ..
sumber : Ben 

Friday, 14 February 2014

Pesta coli sempena hari kekasih Anjuran kerajaan DAPig "Khalifah Umar Abdul Aziz’. @UMonline



Takkan nak tengok saja kot.. Apa kita tunggulah apa yang terjadi dan tindakan yang akan dilaksana pejuang Parti Amalan Syiah ni... kerajaan pakatan bersekongkol dengan pesta bikini??



Exco Agama Adun PKR dan YDP Majlis Agama pemimpin Pas sedikit pun tak bersuara.. Ini sikap dan amalan PAS yang konan memperjuangkan Islam. Kesalahan orang dia nampak..tapi bila di Kangkang dia orang membusung bernanah pun jadi elok..“Lim Guan Eng mujaddid kah ? . Orang yang berusaha menjadikan Malaysia sebagai Republik. Orang yang nak jadi negara ini negara pluralisme. Orang yang jadikan negara ini bebas memilih agama.

“Ini adalah persetujuan PEMIMPIN PAS.. MENGGELARKAN Lim Guang ENG sebagai Khalifah. Apasal tak demo plak mana pergi ORANG MELAYU PAS di penang....

DASYAT !! REMAJA HINA IBU GARA-GARA #ArianaRose . @



Walaupun tidak ditulis secara penuh, semua orang boleh mengagaknya, betul tak? Kepada adik-adik di luar sana, kalau marah sekali pun, gunalah akal sikit. Jangan lupa, insan yang kita beri gelaran tak elok itulah yang melahirkan kita ke dunia. Kalau tak kerana dia, tak mungkin anda kenal dunia termasuklah ‘Ariana Rose’. CopyPaste


Wednesday, 12 February 2014

"I M NOT single, Tapi Belum Berpunya" @n_izzah


"LEPAS KAN KU KERANA TERPAKSA". Andai awak jodoh saya pasti awak milik saya ".... Hidup Single Siap-Siaga..

"kesian jugak dengan pihak Editor Majalah Nona ni. Nampak sangat diorang tak kenal siapa Si Nurul Izzah tu. Biarpun satu dunia dah tau siapa dia, tapi diorang ni je yang 'Blur'.Sejak bila pulak Si Nurul Izzah tu jadi Ahli Parlimen Pantai Dalam? Setahu kita, dalam Parlimen Malaysia mana ada Parlimen PantaiDalam. Lembah Pantai ada la." Semuthitam


So..tungu apa cepatlah-cepat 'apply' wahai pencinta wanita sekalian.. leh tahan juga si Nurul Izzah ni...

KK : hahaha... cayalah Nurul.... sekadar berseloka..

Saturday, 8 February 2014

Pilu- Mesej terakhir seorang ayah kepada anaknya di Facebook. @Inspirasiislami



Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.

Ditatap isinya,

"Salam.

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu. 

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak...

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.

Apapun. Maafkan abah atas curahan hati abah ini.

Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman. 


Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya."

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.

petikan dari - TT


Thursday, 6 February 2014

BODOH BIUL !! KALAU NAK TUNJUK KESETIAAN JANG SAMPAI MERANA "BODY". @UMonline #fb


Remaja zaman memang penuh cabaran dan dugaan. Bagi akal yang pendek selalunya tindakkan yang mereka lakukan akan memakan dan meusnakan diri mereka sendiri.

Remaja Perempuan Muatnaik Gambar Kelar Tangan Tag EX-BF Dalam FB | Zaman percintaan remaja memang penuh suka duka. Perkara itu adalah normal kerana pergaulan yang lebih bebas sesama lelaki dan perempuan banyak berlaku diluar rumah.

Namun, jika tidak di awasi oleh ibu bapa, remaja boleh bertindak diluar jangkaan. Itu lah apa yang berlaku pada seorang remaja perempuan yang sanggup mengelar lengan kirinya kerana gagal dalam percintaan.

"aq ckp aku wat (teman lelaki)...!!! nak aq matikn ko wt aq mcm patung.. ya allah ksakitan ini xskit lg skit ati aq bleh ko hiris ati aq...!!!" Caption gambar perempuan itu.

Screenshot gambar lengan dan kesan kelar dan darah itu tersebar di media sosial dan blog-blog. Ramai yang mengutuk tindakan bodoh perempuan itu. Namun setelah disemak semula, profile remaja ini masih aktif. Mungkin remaja ini mahu menarik perhatian bekas teman lelakinya dengan tindakannya yang pendek akal.

Semoga remaja lain diluar sana mengambil iktibar akan kejadian ini. Memang betul pengalaman mendewasakan kita namun jika ingin melakukan sesuatu tindakan, berfikirlah berulang kali.

sumber

Wednesday, 5 February 2014

"Oh...Tidak Nape awak suka Peluk ANJING "!!



Lebih gemar memelihara anjing berbanding kucing. Barangkali Aida Iskandar mempunyai sebab tersendiri untuk memelihara haiwan lazimnya ditugaskan untuk menjaga harta benda manusia itu.

Info Lanjut klik Disini

MESTI ADA SEBABKAN ?

Thursday, 16 January 2014

Ibu Bomoh Anak. @inspirasiislami


Saya cuba untuk tidak bersifat menghakimi pada kisah pengakuan minggu ini. Bagi saya kalau kisah rumah tangga, ia adalah asam garam dalam kehidupan dan dilalui semua pasangan yang telah berkahwin. Sikap ibu mentua pula sebolehnya ditangani sebaiknya oleh anak dan menantu itu sendiri tanpa perlu campur tangan pihak lain.(gambar hiasan)

Kisah kali ini dikongsikan oleh Rohaida (bukan nama sebenar) berusia lingkungan 30-an benar-benar membuka mata bahawa masih wujudnya perangai tipikal ibu mentua seakan filem hebat Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee, Ibu Mertuaku dalam zaman ini.

Bagi Rohaida perkongsian ini bukan untuk membuka pekung di dada tetapi lebih kepada kisah kesedaran supaya lebih ramai bakal menantu terutamanya menantu wanita lebih peka akan perubahan yang berlaku kepada rumah tangga mereka.

"Saya mendirikan rumah tangga dengan suami Ashraff (bukan nama sebenar) atas pilihan kami sendiri. Ashraff merupakan anak sulung lelaki daripada empat beradik dan juga merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarganya.

"Perkahwinan kami dikurniakan Allah dengan dua orang cahaya mata lelaki berusia sembilan dan enam tahun. Di awal perkahwinan, kami bahagia walau tidak seperti pasangan romantis lain.

"Pergaduhan suami isteri memang biasa tetapi saya anggap itu semua asam garam. Saya memang tidak pernah menceritakan kepada sesiapapun terutama adik beradik saya dan rakan-rakan kerana saya tidak mahu membuka aib suami di hadapan mereka.

"Saya juga mahukan ahli keluarga saya menghormati suami saya, sebab itu segala masalah rumah tangga saya simpan sendiri dan berdoa rumah tangga saya dipelihara Allah daripada sebarang kemudaratan," cerita Rohaida yang ditemui di sebuah restoran di pinggir Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Mentua kaki shopping


Rohaida yang merupakan seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat pembekal perubatan swasta, turut mempunyai perniagaan sambilan bagi menjana pendapatan keluarga.

Kisah tragis Rohaida bermula apabila ibu mentuanya sering bertandang ke kediaman dia anak beranak dan menganggap segala harta benda dimiliki Rohaida adalah diberi anak lelakinya.

"Saya menganggap ibu mentua seperti ibu sendiri. Malah cuba untuk tidak berkira dengan apa yang saya miliki demi kegembiraan dia. Tidak mengapa jika dia menganggap semua aset yang ada di rumah kami pembelian suami saya walaupun hakikatnya semua dari pendapatan saya sendiri.

"Suami memang membantu tapi dia hanya membayar ansuran rumah dan kenderaan kami. Selebihnya semuanya tanggung jawab saya. Atas dasar ikhlas dan keinginan membantu suami yang telah saya sematkan dalam minda sejak mengambil keputusan berkahwin, maka saya reda.

"Cuma hari demi hari saya dapat merasakan ibu mentua saya bersikap queen control sebolehnya dia mahukan lebih daripada anaknya. Daripada sebulan sekali dia datang ke rumah kami hingga menjadi seminggu sekali. Saya suka juga begitu kerana anak-anak saya juga memang sayangkan nenek mereka tapi ibu mentua saya boleh dikatakan macam berubah perwatakan.

"Kalau dulu dia jarang suka membeli belah, kini saya boleh katakan dia amat suka membeli belah. Cakaplah mana saja pusat membeli belah yang menganjurkan jualan murah atau diskaun ibu pasti akan memujuk anak lelaki tunggalnya menemaninya.

"Saya cuba memujuk diri dengan mengatakan anak memang seharusnya menghiburkan hati ibu. Namun sejauh mana kesabaran saya kalau suami sampai langsung kehabisan duit untuk membayar ansuran rumah dan kereta. Semuanya saya terpaksa sediakan hingga saya terpaksa mengeluarkan simpanan saya untuk menampung segala perbelanjaan wajib," luah Rohaida.


Suami jadi panas baran


Pernah Rohaida mengajak suaminya berbincang tentang pengurusan kewangan keluarga mereka tersebut namun Ashraff naik berang pula.

"Tidak tahu kenapa Ashraff pun berubah sikap, saya cuba berbaik sangka dengan menganggap dia juga tertekan dengan sikap ibunya. Namun sia-sia saja saya beranggapan demikian, rupa-rupakan Ashraff semakin membenci saya dan memang saya fikirkan ia satu perkara yang tidak lojik langsung kerana saya telah dengan ikhlas membantunya dalam perbelanjaan harian keluarga kami. Tidak pernah sekali pun saya mengungkit walau Ashraff memang saya boleh anggap seperti tidak pedulikan kami anak beranak lagi.

"Pernah satu hari ketika saya bertanya kenapa tidak menghubungi saya kerana balik kerja lambat, saya telah ditolak di bahu hingga tubuh saya tercampak ke dinding.

"Ini memang satu peristiwa yang mengejutkan saya kerana Ashraff memang tidak pernah menggunakan kekerasan terhadap saya sebelum ini," cerita Rohaida sambil air mata berlinang di pipinya.

Dalam pada itu, Rohaida mula perasan akan kehilangan beberapa pakaian miliknya tetapi beranggapan dia tersalah letak atau apa saja kelalaian yang berpunca daripada dirinya.

Hinggalah pada satu cuti umum dia sekeluarga pulang ke kampung ibu mertuanya dan terjumpa beberapa helai pakaian dalam miliknya di rumah ibu mentua.

Lebih memusykilkan pakaian tersebut diikat secara berantai dan disorok dalam almari di bilik milik Ashraff ketika bujang dahulu.

"Saya pasti pakaian dalam itu bukan tertinggal kerana sudah lama saya tidak pulang ke kampung dan pakaian dalam itu dibeli selepas kali terakhir saya balik kampung sebelum yang kali ini. Bermakna ada yang membawa pulang pakaian dalam saya ke kampung.

"Tidak saya pasti untuk tujuan apa, mungkin ada yang berminat atau ada tujuan lain. Hinggalah satu petang saya melayari berita di Internet dan terbaca satu artikel tentang sihir pemisah yang melibatkan penggunaan pakaian peribadi, terus fikiran saya menerjah akan perwatakan suami yang semakin panas baran dan dingin terhadap saya.

"Saya memberanikan diri bertanyakan tentang perkara tersebut kepada adik ipar yang agak rapat dengan saya dan akhirnya dia membuka cerita.

"Menurut adik ipar saya memang ibu mentua saya ada menceritakan niatnya untuk memastikan saya tidak curang terhadap anaknya. Ibu mentua bercerita pada anak-anak perempuannya dia khuatir kerjaya saya di sebuah syarikat besar dan kebolehan saya mencari duit sendiri dengan menjahit membuatkan saya lupa diri dan boleh memijak kepala anaknya. Jadi dengan sebab itu maka dia melakukan ikhtiar songsang dengan meminta tolong bomoh untuk tujuan yang kononnya dianggap murni.

"Kini tahulah saya kenapa Ashraff dingin dengan saya, tentu ibu mentua ada membuat spekulasi tentang saya atau mungkin juga sikap ibu mertua yang minta bantuan bomoh itu telah mengundang kekacauan lain dalam rumah tangga saya.

"Sungguh pelik dengan ibu mentua kerana dia seorang yang rajin solat tapi dalam masa yang sama masih membenarkan perkara khurafat dalam diri ahli keluarganya," kata Rohaida lagi.

Kini Rohaida mengambil inisiatif berikhtiar dengan perubatan Islam bagi memastikan segala unsur sihir dalam rumah tangganya ditawarkan.

Bagi Rohaida setiap perubahan drastik pada satu kerukunan rumah tangga bukanlah sesuatu yang biasa dan pasti ada unsur lain yang telah menjadikan ia sebegitu rupa.

"Nasihat saya, jadi seorang yang peka dan minta bantuan daripada mereka yang menjalankan ikhtiar mengikut cara Islam dan bukan bomoh," katanya mengakhiri bicara.

sumber Utusan

Friday, 10 January 2014

Wanita Bernafsu Songsang. @inspirasislami


Didikan agama diberi keluarganya jauh melebihi kebanyakan individu lain, namun itu rupa-rupanya belum cukup untuk menghalang seorang wanita daripada tewas dengan godaan nafsu.

Lebih mengaibkan, wanita berusia 25 tahun yang mahu dikenali sebagai Hani itu terjebak dan terperangkap dengan aktiviti seksual sejenis. 

Di sebalik penampilannya yang berjubah dan bertudung litup, pasti tiada yang menyangka sudah 10 tahun dia terbabit dengan aktiviti menjijikkan itu. 

Hani berkata, bukan dia tidak berusaha untuk meninggalkan amalan songsang itu, namun sering kali tewas di pertengahan jalan dan kini dia sekali lagi mencuba dengan mendapatkan khidmat kaunselor profesional. 

“Saya malu dengan Allah dan tidak sanggup menerima azab-Nya di akhirat kelak. Doakanlah semoga usaha saya kali ini berjaya,” katanya ketika ditemui di sebuah pusat kaunseling di sini, semalam.

sumber hmetro  



Pilu : Remaja Perempuan Jadi Mangsa Penghambaan. @MukhrizMahthir PERLU Selesaikan.


Lembu dipegang pada tali pintal diikat di hidung haiwan itu, manusia dipegang pada kata-kata mereka.


Gambar itu bukti sahih, Datuk masih belum mengotakan kata seperti disiarkan oleh Berita Harian. Sekaligus memberikan isyarat jelas, pihak pengurusan PTA memang memandang remeh AMARAN atau kata dua Menteri Besar Kedah itu.


isu pemilikan kenderaan rasmi Datuk terlalu kecil berbanding usaha menyelamatkan kanak-kanak lebih 10 tahun dieksploitasi di negeri Kedah. Sebagai pemimpin berkarisma, kata harus dikota andai ingin terus dihormati dan dipercayai.Sambung baca : mazidulakmal

Monday, 6 January 2014

KISAH DATUK & CUCU DUKA DALAM PASRAH. @inspirasiislami @Muhyiddin_yassin



Pagi - pagi saya terima whatsapp gambar  ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur. Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru - guru ' topup' untuk pelajar tersebut. Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.

Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini. Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak. Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka. Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta - minta untuk menagih simpati ramai. Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.

Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak - anak ini. Comel - comel dan gembira sahaja rupanya. Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin  juga pemberian orang lain. Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan - rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi. Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.

Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain. Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak - anak, mana tahu ada rakan - rakan yang tidak bernasib baik. Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak - anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.

Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014. Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk membantu. Jika ada sebarang pertanyaan dan masalah, sila ajukan kepada saya atau komen di bawah.

email : zunairahagi@gmail.com

Tuesday, 31 December 2013

#RakyatPilihDataranMerdeka31Dis : Musnah !! Dia Bukan Artis Cuma Gadis Manis yang jadi Mangsa ? @PDRMsia @KBAB51 @myberita #TURUN



Menjelang Pengakhiran Tahun 2013 disaat pelbagai lapisan masyarakat bersedia untuk menyambut kehadiran tahun 2014. Tiba-tiba Media sosial dikejutan dengan paparan Imej gadis ayu bertudung ini.

Melihatkan dari pemilik FB ini, Nama Ali Hanifa al Qadahi. Apa yang memeragukan status yang ditulisnya seolah-olah berfahaman Syiah. Mutaah adalah satu zina yang cuba dihalalkan oelh pengangut Syiah.. atau,

Pemilik FB cuba memburukan gadis ini... sekarang ni apa nak heran banyak gambar anak melayu yang bersepah dalam google. 



Tuesday, 17 December 2013

FOTO MISTERI !! JELMAAN WANITA GEMPARKAN PENDUDUK. @inspirasiislami


Penyebaran imej seorang wanita berambut panjang di sekitar Kota Kemuning, di sini, sejak beberapa hari lalu, menimbulkan misteri dalam kalangan penduduk setempat.

Imej dalam foto itu kini dikatakan tersebar luas pengguna telefon pintar dan dipercayai dirakam di sebuah kawasan pembinaan sekitar bandar raya ini sebelum diperoleh seorang penduduk.

Beberapa penduduk yang melihat gambar itu memberi pelbagai reaksi kerana sehingga kini tidak diketahui siapa merakam imej berkenaan.

Penduduk Shamsudin Daim, 40, berkata, imej dalam foto itu dipercayai dirakam pada waktu siang ketika beberapa pekerja menyiapkan kerja menambak tanah di sebuah tapak pembinaan. Bagaimanapun, katanya, ketulenan foto itu tidak dapat disahkan kecuali selepas ia dinilai pakar dalam bidang teknologi fotografi atau grafik jika gambar berkenaan menggunakan teknik pertindihan.

“Memang foto imej wanita berambut panjang itu tersebar meluas di sekitar Kota Kemuning. Cuma kita tidak tahu siapa merakamnya. Mungkin ia tulen atau mungkin juga tidak. Hanya pakar dapat menentukannya.

“Namun berdasarkan imej diperoleh, memang tertera imej seorang wanita berambut panjang,” katanya yang tidak mengetahui identiti perakam gambar itu.

Sementara itu, Bilal Surau Al-Hidayah Jalan Kebun Jamal Sanusi, 50, yang turut melihat imej berkenaan berkata, tiada yang mustahil dalam kehidupan manusia, terutama membabitkan sesuatu yang ghaib atau di luar pengetahuan.

“Cuma kita tidak boleh terlalu taksub selagi kita tidak tahu kesahihan gambar berkenaan atau sebaliknya.“Perkara begini kadangkala boleh menjejaskan akidah kalau kita tidak berhati-hati jika orang ramai mempercayainya bulat-bulat,” katanya.

KK : Mudah sangat percaya benda tahyul ni....

Monday, 16 December 2013

DAUN KETUM HARAM !! @PDRMsia


Kekerapan penggunaan daun ketum boleh menjadi satu tabiat. Penyalahgunaan daun ketum juga boleh menimbulkan gejala-gejala seperti keganasan, permusuhan, pengeluaran air mata yang kerap, sakit lenguh-lenguh di otot dan sendi, kerap membuang air kecil dan boleh menghadapi sembelit. (najis selalunya kelihatan gelap, keras dan kecil).

Penggunaan daun ketum dalam jangka masa yang panjang boleh menghasilkan gejala tarikan/gian fizikal sepertimana yang dihasilkan dari penggunaan heroin, seperti merasa seram sejuk, muntah, cirit-birit, mudah marah dan sering menjadi letih-lesu. 

Kesan dan akibat

Penggunaan daun ketum secara jangka panjang boleh menyebabkan kulit pipi menjadi gelap. Penagihan ketum juga boleh menyebabkan mereka mendapat sawan dan menjadi hilang akal (psikosis ketum).


Jawatankuasa Fatwa Perlis Haramkan Daun Ketum

Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan penggunaan daun ketum dan produknya kerana pengunaan tumbuhan itu membawa kerosakan kepada mereka yang menggunakannya.

Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pada 30 Oktober lepas dan sudah disembah maklum kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

Jawatankuasa memandang serius masalah ketagihan ketum yang boleh mengancam masa depan ummah dan akhir-akhir ini didapati menular dalam kalangan generasi muda termasuk murid sekolah rendah, katanya kepada pemberita, di sini Isnin.


Sehubungan itu juga kata Juanda, jawatankuasa tersebut mengusulkan kepada kerajaan agar mewujudkan undang-undang dan hukuman lebih berat seperti tindakan penyalahgunaan dadah, bagi mengekang ketagihan ketum.

"Letakkan penyalahgunaan daun ketum dan produknya di bawah Akta Dadah Berbahaya berbanding sekarang di bawah Akta Racun 1952 yang hanya membawa hukuman denda sehingga RM10,000 dan/atau penjara selama empat tahun bagi mereka yang disabit memiliki, memproses atau menjual daun ketum," katanya.

Selain itu katanya, pihak polis juga menghadapi masalah untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap suspek kerana mereka yang ditahan atas kesalahan berkaitan daun ketum tidak boleh direman, sebaliknya dibebaskan sementara menunggu didakwa.

Diharapkan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Perlis ini akan memantapkan lagi tugas pihak berkuasa dalam mengawal penyalahgunaan daun ketum yang pada satu ketika dulu pernah dijadikan ubat tradisional, katanya.

Juanda juga menegaskan keputusan Jawatankuasa Fatwa Perlis itu dibuat selepas mendengar penjelasan pihak polis dan Jabatan Kesihatan negeri berhubung penggunaan daun ketum.

Ketagihan daun ketum ini bukan sahaja memudaratkan kesihatan individu terbabit tetapi juga menyebabkan seseorang itu agresif dan cepat marah, kata Juanda lagi. 

BERNAMA

Tuesday, 3 December 2013

Pelajar Report Polis Kekasih Upload Gambar Memalukannya .#FB . @inspirasiislami

GARA-GARA ingin memutuskan cinta dengan teman lelakinya, seorang penuntut universiti kini menanggung akibat perbuatan bekas teman lelakinya telah memalukan dirinya di internet dengan memuatnaik gambar mereka berdua dalam keadaan berpelukan ke laman sosial Facebook.

Gambar itu sudah menjadi antara tajuk utama laman blog mengutuk serta mengecam penuntut berkenaan kerana dikatakan sebagai orang yang memuatnaik semua gambar berkenaan.
Dia sudah membuat laporan polis semalam berkenaan penyebaran gambar berkenaan.
Di sebuah laman blog mymedialab.blogspot.com, dua laporan polis dibuat wanita itu didedahkan.
Laporan pertama dibuat pada April tahun ini dan laporan kedua bertarikh semalam.
Dalam laporan polis pertama, penuntut itu mengadu dia sering diugut bunuh oleh teman lelakinya melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS).
Sms ugutan itu diterima pada 24 April pada pukul 3.09 minit petang yang berbunyi.. “Bunuh awak bagi saya macam bunuh semut, awak tunggulah kau dalam tu kejap lagi saya sampai dan jangan harap awak keluar hidup-hidup. Perempuan tak dengar cakap dan mak ayah kita akan menyesal lahirkan kita.
“Saya heret awak, saya cabut kepala awak dan badan awak dan bawa kepala awak sendiri ke balai polis. Tak menyesal langsung bunuh awak, saya puas hati,” .
Menurut laporan penuntut itu lagi, lelaki itu ada berjumpa dengannya dan pernah membawa pisau serta meletakkannya di sisi  semasa mereka berada di kafe universiti.
Laporan polis kedua pula penuntut itu mengadu bahawa dia telah mendapat tahu diaibkan melalui tindakan jenayah siber apabila gambarnya di laman Facebook telah disebarkan serta diambil oleh beberapa laman blog.
2
Penuntut berkenaan menyedari kejadian itu ketika berada dirumahnya.
Wanita itu berkata akaun Facebook itu bukan miliknya dan status berkenaan mencabar pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengambil tindakan juga bukan ditulis olehnya.
Kita berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan ke atas kes ini dan selesaikan dengan segera.
Buat mangsa, nasi sudah menjadi bubur. Biarpun sehebat mana cinta janganlah sampai gambar yang memalukan diambil dengan kamera kerana sekali ia sudah berada dalam kamera ia mempunyai risiko besar tersebar ke merata tempat sekiranya apa-apa berlaku dalam perhubungan.
Risiko lain juga ialah jika kamera atau telefon pintar, dicuri atau kehilangan gambar-gambar peribadi anda juga sudah tersebar. Hati-hati lah dalam menjalinkan perhubungan.

ceritaapakah.com/

Friday, 15 November 2013

Masyaalah [Video] Mencuri Ketika Jemaah Sedang Menunaikan Solat !! @inspirasiislami @rakyatnews




Sebuah kejadian kecurian telah dilaporkan berlaku di Masjid Jamiatus Solahiah yang terletak di Kampung Sungai Tua Baru, Selangor baru-baru ini. Seperti yang dipaparkan dalam video rakaman CCTV di dalam masjid berkenaan, si pelaku (pencuri) adalah seorang lelaki. Lelaki berkenaan dilihat mencuri sebuah beg milik seorang jemaah wanita sebelum berjalan keluar dari perkarangan masjid dengan selamba..Sekiranya ada sesiapa yang mengenali suspek, sila hubungi pihak berkuasa atau masjid kejadian di sini.




Monday, 11 November 2013

Pak Guard konterversi dah pandai berlakon. @MyMeleTOP


“Saya akan tetap teruskan pekerjaan ini walaupun sudah bergelar pelakon,” kata pengawal keselamatan di Subang Skypark Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Azman Md Nayan.


Menurutnya buat masa ini, dia tidak bercadang untuk berhenti kerja dan menjadikan bidang lakonan sebagai sumber pendapatan utama kerana sedar di mana kedudukannya dan tempat dia mula bekerja.

“Tambahan pula, majikan pun membenarkan saya berlakon secara sambilan dan kebetulan esok pagi (hari ini) pun saya terima satu lagi tawaran berlakon memegang watak pengawal keselamatan dari sebuah syarikat bas.

“Walaupun masih bekerja, majikan beri saya pelepasanuntuk watak tersebut yang mungkin hanya selama beberapa minit,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Semalam, Azman, 49, sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila gambarnya bersama pelakon Izara Aishah dan Dazrin Kamarudin di kawasan parkir di LTSAAS tersebar luas.

“Ketika itu saya sedang rehat dan tiba-tiba seorang lelaki datang meminta saya berlakon sebagai sebagai pengawal keselamatan dan saya pun bersetuju,” katanya sambil menambah menerima bayaran RM100 untuk watak kira-kira dua minit itu.

Azman mula mencetuskan perhatian umum selepas rakaman insiden kekecohan dengan isteri pemain bola sepak negara Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo, Siti Aisya Adam, 24, tersebar di Internet sejak 23 September lalu.

KK : Mudah-mudahan bertambahlah rezeki pakcik.. Siapa boleh dugakan rezeki masing-masing.
Sumber.

Tuesday, 3 September 2013

Apa Kaitan Kenaikan Harga Minyak dengan Kes Bakar #JalurGemilang @PDRMsia @KBAB51 @Zahid_Hamidi #rakyatnews #1Malaysia


Harga minyak naik Orang pun naik minyak ????

Di khabarkan kejadian ini berlaku di Malayisia ataupun Luar Negara.. Apa kes ??? Apa kaitanya dengan kenaikan Harga minyak. 

Sikap taat setia dan penakut berkata benar yang keterlaluan ini mungkin akhirnya merugikan Rakyat Malaysia.

Hormatilah bendera kita. Janganlah diperjudikan nasib rakyat Malaysia yang cintakan Negara kerana Kedungulan anda wahai si sepet pertualang Negara.

Cissss...si sepet..