Kekerapan penggunaan daun ketum boleh menjadi satu tabiat. Penyalahgunaan daun ketum juga boleh menimbulkan gejala-gejala seperti keganasan, permusuhan, pengeluaran air mata yang kerap, sakit lenguh-lenguh di otot dan sendi, kerap membuang air kecil dan boleh menghadapi sembelit. (najis selalunya kelihatan gelap, keras dan kecil).
Penggunaan daun ketum dalam jangka masa yang panjang boleh menghasilkan gejala tarikan/gian fizikal sepertimana yang dihasilkan dari penggunaan heroin, seperti merasa seram sejuk, muntah, cirit-birit, mudah marah dan sering menjadi letih-lesu.
Kesan dan akibat
Penggunaan daun ketum secara jangka panjang boleh menyebabkan kulit pipi menjadi gelap. Penagihan ketum juga boleh menyebabkan mereka mendapat sawan dan menjadi hilang akal (psikosis ketum).
Jawatankuasa Fatwa
Perlis Haramkan Daun Ketum
Jawatankuasa Fatwa
Perlis mengharamkan penggunaan daun ketum dan produknya kerana pengunaan
tumbuhan itu membawa kerosakan kepada mereka yang menggunakannya.
Mufti Perlis Datuk Dr
Juanda Jaya berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pada 30
Oktober lepas dan sudah disembah maklum kepada Raja Perlis Tuanku Syed
Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.
Jawatankuasa memandang
serius masalah ketagihan ketum yang boleh mengancam masa depan ummah dan
akhir-akhir ini didapati menular dalam kalangan generasi muda termasuk murid
sekolah rendah, katanya kepada pemberita, di sini Isnin.
Sehubungan itu juga
kata Juanda, jawatankuasa tersebut mengusulkan kepada kerajaan agar mewujudkan
undang-undang dan hukuman lebih berat seperti tindakan penyalahgunaan dadah,
bagi mengekang ketagihan ketum.
"Letakkan
penyalahgunaan daun ketum dan produknya di bawah Akta Dadah Berbahaya
berbanding sekarang di bawah Akta Racun 1952 yang hanya membawa hukuman denda
sehingga RM10,000 dan/atau penjara selama empat tahun bagi mereka yang disabit
memiliki, memproses atau menjual daun ketum," katanya.
Selain itu katanya,
pihak polis juga menghadapi masalah untuk menguatkuasakan undang-undang
terhadap suspek kerana mereka yang ditahan atas kesalahan berkaitan daun ketum
tidak boleh direman, sebaliknya dibebaskan sementara menunggu didakwa.
Diharapkan dengan
keputusan Jawatankuasa Fatwa Perlis ini akan memantapkan lagi tugas pihak
berkuasa dalam mengawal penyalahgunaan daun ketum yang pada satu ketika dulu
pernah dijadikan ubat tradisional, katanya.
Juanda juga menegaskan
keputusan Jawatankuasa Fatwa Perlis itu dibuat selepas mendengar penjelasan
pihak polis dan Jabatan Kesihatan negeri berhubung penggunaan daun ketum.
Ketagihan daun ketum
ini bukan sahaja memudaratkan kesihatan individu terbabit tetapi juga
menyebabkan seseorang itu agresif dan cepat marah, kata Juanda lagi. -
BERNAMA
No comments:
Post a Comment