Tuesday 10 December 2013

"Dakwaan seorang pemimpin PAS terbabit dengan ajaran #Syiah " @Zahid_Hamidi @dsjamilkhir


Tersangatlah sesat gologan ni ! Tolong umat Islam jangan keliru ! berpegang lah pada Al-Quran dan Hadis.

Jakim Bincang Dengan KDN Dakwaan Pemimpin Politik Terlibat Syiah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membincangkan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dakwaan seorang pemimpin PAS terbabit dengan ajaran Syiah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perkara itu perlu diteliti sebelum sebarang tindakan diambil.

"Majlis Fatwa Kebangsaaan sudah mengharamkan Syiah, itu di sudut hukum. Di sudut pendakwaan pula kita memerlukan kepada pembuktian, jadi kami akan bincang bersama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2013 di sini, Selasa.

Turut hadir Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha; Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) Datuk Anan C. Mohd; dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Datuk Zainal Abidin Jaafar.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno Sabtu lepas mendakwa pemimpin nombor dua PAS terlibat dengan ajaran Syiah dan akan mendedahkan bukti mengenai perkara itu.

Jamil Khir berkata tindakan tetap akan dikenakan ke atas pihak yang terlibat tanpa mengira siapa mereka termasuk ahli politik. "Siapa yang terlibat dengan Syiah, asalkan dia orang Islam di Malaysia, akan diambil tindakan dan boleh didakwa di Mahkamah Syariah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata perlembagaan Umno akan dipinda secepat mungkin untuk memasukkan Islam sebagai agama persekutuan yang bertunjangkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Dengan ini, kita akan lebih memperkukuhkan perjuangan Umno itu sendiri," katanya.
Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Fasal 3.3 Perlembagaan Umno akan dipinda bagi mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan dan mentakrifkan Islam sebagai apa yang menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pada majlis itu seramai 1,500 orang terdiri amil zakat, pegawai agama dan wakil agensi berkaitan menghadiri sambutan sehari itu bertujuan berkongsi pengalaman dalam aspek pengurusan kutipan dan agihan zakat di negara ini. -BERNAMA


Syiah mengamalkan ajaran yang lari dari ajaran Ahli Sunnah dan jauh dari wahyu, golongan ini mereka-reka hukum dan mengadakan perkara bid’ah yang sesat dan menyesatkan, moga-moga kita dijauhi daripada golongan Syiah ini yang merosakkan akhidah umat Islam.

Sejak berlakunya revolusi Syria barulah kita mengetahui tentang niat mereka sebenarnya, mereka cukup membenci kaum Ahli Sunnah sehingga mereka menghalalkan darah ahli sunnah. Dan kita sebagai Umat Islam janganlah membenarkan mereka ( Syiah ) daripada berpijak di bumi tercinta ini.

No comments:

Post a Comment