Sebuah laman Facebook yang mendakwa berlakunya pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa pegawai serta anggota polis.
PDRM Nafi Bukit Aman Diserang.
Polis
Diraja Malaysia (PDRM) menafikan catatan yang tersebar di laman sosial Facebook
kononnya berlaku serangan ke atas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini yang
menyebabkan kematian dan kecederaan.
Urusetia
Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Supt Lai Lee Ching berkata
keadaan di Bukit Aman tenang dan ia beroperasi seperti biasa.
Beliau
menegaskan bahawa penyebaran berita palsu adalah perbuatan keji dan polis akan
bertindak tegas terhadap pelakunya.
"Susulan
penyebaran khabar angin itu, satu laporan polis telah dibuat dan kes akan
disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak
menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada
awam," katanya dalam kenyataan, Selasa.
Kesalahan
tersebut boleh membawa hukuman penjara dua tahun dengan denda atau kedua-duanya
sekali, kata Lai.
Beliau
meminta orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu seumpama itu atau
berdepan tindakan undang-undang jika berbuat demikian.
Catatan
di Facebook itu antara lain mendakwa Bukit Aman diserang sekumpulan pengebom
berani mati yang mengakibatkan kematian dan kecederaan anggota polis. -
BERNAMA
No comments:
Post a Comment