Sunday, 8 December 2013

Hairan !!! kenapa permohonan untuk dapatkan bantuan rumah masih tidak mendapat perhatian KEDA ? @shafieapdal @azeezputera


Bermacam ikhtiar dilakukan ketua keluarga ini yang berasal dari Kampung Teluk Durian, di sini, untuk mendapatkan sebuah kediaman lebih selesa sejak hampir 3 tahun lalu, namun semuanya hampa.

Memikirkan keselamatan ahli keluarga dan cucu yang tinggal bersamanya di rumah usang, beliau yang kecewa menanti selama hamper 3 tahun untuk memliki kediaman yang lebih selesa di atas tanah miliknya sendiri.  Beliau tidak dapat menyiapakan rumah kerana masalah kewangan.


Pemohon juga terpaksa menumpang anak yang sudah berkahwin untuk tinggal bersama mereka. Katanya, dia tidak mampu untuk menyiapkan rumah yang lebih selesa, kerana hanya bergantung pendapatan  hasil Pemandu “kuli”.

“Rumah sekarang tidak selamat kerana lantai banyak reput dan bumbung bocor tetapi, kami tidak ada pilihan, selain terus tinggal di rumah ini.

Pemohon juga, terpaksa gunakan wang pendapatannya untuk berulang-alik ke hospital bagi rawatan penyakit yang dialaminya.

Untuk maklumat sila hubungi JKKK Kampung Teluk Durian. Johari Latif




No comments:

Post a Comment