Imej dan
klip video yang mendakwa berlakunya kejadian 'puting beliung' di Johor tersebar
di Internet pada petang Rabu. Facebook
dan Twitter kecoh, apabila ramai yang melahirkan rasa bimbang mereka dengan
kejadian puting beliung berkenaan.
Bagaimanapun,
tidak lama selepas itu kejadian tersebut dimaklumkan sebagai belalai air dan
dilaporkan berlaku di kawasan pesisir pantai Lido pada pukul 4 petang.
Seorang
pelajar, Mohd Aqil Mohd Faiz, 17, berkata ini merupakan kali pertama dia
menyaksikan suasana seperti itu. Kejadian
itu berlaku ketika dia sedang memandu di sepanjang Jalan Skudai dekat sini pada
pukul 4 petang. "Ia
muncul tidak tahu dari mana dan saya dapat melihatnya dengan jelas daripada
dalam kereta saya," katanya sambil menambah dia sangat teruja dan agak
takut ketika menyaksikan fenomena berkenaan.
Hasliana
Mohamed, 33, berkata dia melihat kejadian berkenaan daripada pejabatnya di
Hospital Sultanah Aminah pada pukul 4.40 petang.
"Saya nampak ia membentuk angin yang sangat kuat. Saya sangat takut dan bergegas ke arah kereta dan segera memandu pulang ke rumah," katanya. Sementara itu, jurucakap Jabatan Meterologi mengesahkan fenomena yang berlaku ialah belalai air.
"Belalai air ialah pusaran angin yang terbentuk di permukaan air dan kerap berlaku di iklim tropika.
"Ia sering terjadi ketika ribut petir berlaku. Kekutan angin yang dibawa tidak sekuat puting beliung," katanya.
Beliau menambah jabatan berkenaan menerima beberapa panggilan telefon berkaitan dengan kejadian tersebut, namun tidak ada yang dicatatkan berlaku pada satelit mereka.
"Kami kemudiannya menganalisis gambar dan video berkaitan dengan insiden itu dan mengesahkan ia bukan fenomena puting beliung sebaliknya belalai air. Jurucakap itu menambah belalai air hanya muncul dalam tempoh masa yang singkat dan beliau menggesa penduduk supaya bertenang.
No comments:
Post a Comment