Tuesday 24 December 2013

" Kerajaan UMNO/BN gadai harta negara " Memang auta lah @1Malaysia !! @NajibRazak


" PKR menggesa agar satu sidang tergempar Parlimen dilangsungkan untuk membincangkan kemungkinan aset negara yang telah dijual sebagai langkah terakhir kerajaan BN untuk mencapai sasaran defisit negara."

Itu pembohongan yang dihebohkan puak-puak pembangkang dengan mencanang ke seluruh pelosok kampung kononnya Kerajaan BN “gadai” harta negara bernilai lebih RM4 bilion. Habis tercengang dan merah muka pakcik makcik di kampung-kampung mendengar “cerita dongeng” Pakatan Haram itu.

Bila ditanya dari mana sumber “cerita” itu, mereka menuding jari pada gambar Pengarah Strategik PKR yang montel gebu, Rafizi Ramli, yang kononnya dipetik dari laporan terkini Bank Dunia bertajuk “Malaysia Economic Monitor: December 2013″. Rupanya, Rafizi punya cerita. Padanlah…

Memetik laporan tersebut di mukasurat 10, ia tertulis…

LaporanBankDunia
“Daripada tambahan RM11.8 bilion pendapatan yang dijangka diperoleh berbanding anggaran bajet, RM7.4 bilion berasal daripada sumber-sumber bukan cukai, termasuk RM1.4 bilion hasil daripada penjualan aset dan RM4.2 bilion daripada pensekuritian gadai janji kerajaan.”

Sudah lumrah Melayu, bila disebut perkataan “GADAI”, maka mereka akan terus terfikir membayangkan “kedai pajak gadai”. Maklumlah, bila ekonomi dalam poket mereka “sesak”, kedai itulah tempat mereka tuju bersama gelang atau rantai yang “dipinjam” dari isteri tersayang…


Rafizi jelas “bijak” menggunakan tanggapan tipikal Melayu itu dengan mempergunakan laporan Bank Dunia itu bagi menjual “auta politik”nya pada rakyat. Maklumlah, Rafizi fikir masyarakat di kampung amat mudah ditipu oleh politikus licik sepertinya, lulusan universiti “oversea”…

Namun bagi mereka yang belajar ekonomi, mereka awal-awal lagi sudah terbahak-bahak ketawa melihat “strategi” Rafizi menipu orang kampung. Nampak sangat menipunya.
Bukan apa. Apa yang dijelaskan oleh laporan Bank Dunia mengenai “gadai janji” Kerajaan yang bernilai RM4.2 bilion itu merupakan satu transaksi biasa yang menjadi kelaziman di seluruh negara dunia, tidak terkecuali Malaysia.

Maksud di sebalik pensekuritian “gadai janji” kerajaan itu ialah pihak kerajaan menjual pinjaman yang dikeluarkan pada pelabur bagi mendapatkan semula keuntungan dalam bentuk wang tunai yang dikeluarkan sebagai pinjaman. Malah transaksi “gadai janji” itu juga menjanjikan keuntungan yang bukan sedikit marginnya.

Jelaslah di sini bahawa “gadai” yang dimaksudkan laporan Bank Dunia itu bukanlah sebagaimana yang Rafizi bayangkan pada pakcik dan makcik kita di kampung. Tiada satu pun harta negara digadai kerajaan. Lagipun saya yakin, tiada satu kedai “pajak gantung” pun yang sanggup terima gadaian seperti itu. Jadi tak payah risau…

Apa yang perlu dirisaukan ialah tentang sikap Rafizi yang suka mempermainkan rakyat dengan pembohongan dan “auta” bodoh yang tidak masuk dek akal.

Pada saya, jika benar kerajaan BN menggadai harta negara, jangankan RM4 bilion, walau hanya RM10 sekali pun digadai, sudah tentu ramai di kalangan para penyokong BN yang akan “mengamuk” sakan pada kepimpinan kerajaan. Orang BN, khususnya UMNO memang pantang kalau ada cubaan “menggadai” negara…


Misalnya, ketika krisis mata wang 1997-1998 dulu, kita memiliki seorang pemimpin yang cuba menggadai negara pada pihak IMF. Beriya-iya dia cuba melobi dan mempengaruhi Perdana Menteri ketika itu untuk “gadai”kan negara pada “sahabat karib”nya. Mujurlah nasihat “pengkhianat” itu tidak dipeduli…

Tapi pakcik dan makcik kita di kampung tak perlu risau. Pemimpin yang dimaksudkan itu sudah tidak ada lagi dalam kepimpinan kerajaan sekarang. Sudah lebih 10 tahun dia “dinyahkan” dari persada kepimpinan negara. Memang pemimpin khianat itu punya masalah “moral” dan tak layak memimpin kita pun…



Cuma apa yang perlu pakcik dan makcik lebih risaukan ialah bekas pemimpin kerajaan itu sekarang sedang “gila kuasa” nak jadi Perdana Menteri. Kalau dia jadi PM, diyakini Malaysia akan tergadai jua akhirnya. Nak tahu siapa? Itulah dia “boss” Rafizi Ramli, Wallahu’alam…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Post a Comment