Wednesday 25 December 2013

Pelajar tingkatan empat antara tiga ditahan rosakkan kereta peronda polis. @PDRMsia @PDRMsia @Zahid_Hamidi @myberita


Makin berani !! kurang ajar dengan segelintir masyarakat yang tidak menghormati Undang-undang negara. Sikap mereka dipelapori dan di rasuk dengan ideologi yang dibawa oleh pemimpin politik "pembangkang" . ini berlaku semalam, 25 Dis Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan empat yang melakukan vandalisme terhadap kenderaan awam dan kereta peronda polis dalam kejadian di Teluk Cempedak, tengah malam semalam.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superitendan Abdul Aziz Ahmad berkata dalam kejadian 12.04 tengah malam itu suspek berusia antara 16 dan 23 tahun terbabit dipercayai mabuk.



"Polis menerima aduan awam mengenai kejadian dan bergegas ke lokasi. Sebaik tiba jalan di situ sesak dengan orang ramai yang meraikan Hari Natal," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.



Menurutnya mereka yang berkumpul di situ turut menyembur buih sabun dan melontar tin serta botol air mineral ke arah kereta peronda yang dinaiki dua anggota polis berkenaan.



"Keadaan menjadi tidak terkawal menyebabkan dua anggota polis terbabit meminta bantuan tambahan dari anggota cawangan jenayah sebelum berjaya mengawal keadaan," katanya.



Abdul Aziz berkata siasatan awal mendapati semua suspek tiada rekod jenayah.



"Dalam kejadian itu juga tiada sebarang kecederaan dilaporkan, bagaimanapun kereta peronda polis mengalami kerosakan di bahagian belakang dipercayai disepak suspek selain lampu, bonet dan cermin retak akibat dibaling objek keras," katanya.



Katanya semua suspek kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis daerah Kuantan sehingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 186/427 Kanun Keseksaan. BERNAMA


Apa tidak sikap mereka seolah-olah di rasuk dengan semangat "bencikan kerajaan" ini berlaku semasa diperhimpunan bersih. Perbuatan merekan di "Halalkan" oleh pemimpin pembangkan dengan untuk menghuru-harakan negara dan merosakan kesatbilan politik. 

Ya Allah ya tuhanku... Kau beri lah kesedaran kepada yg mereka yg tidak berfikir dgn waras dgn membuat rusuhan di negara ini ya allah... Kau lindungilah pasukan2 yg mempetahankan negara ini ya allah... Kembalikan lah keamanan kepada seluruh rakyat malaysia ya allah.. Sesungguhnya hanya pada kau aku meminta dan kepada kau aku memohon perlindungan ya allah... Amin2 ya rabbal alamin.... #fb



No comments:

Post a Comment