Showing posts with label polis. Show all posts
Showing posts with label polis. Show all posts

Wednesday, 25 December 2013

Pelajar tingkatan empat antara tiga ditahan rosakkan kereta peronda polis. @PDRMsia @PDRMsia @Zahid_Hamidi @myberita


Makin berani !! kurang ajar dengan segelintir masyarakat yang tidak menghormati Undang-undang negara. Sikap mereka dipelapori dan di rasuk dengan ideologi yang dibawa oleh pemimpin politik "pembangkang" . ini berlaku semalam, 25 Dis Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan empat yang melakukan vandalisme terhadap kenderaan awam dan kereta peronda polis dalam kejadian di Teluk Cempedak, tengah malam semalam.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superitendan Abdul Aziz Ahmad berkata dalam kejadian 12.04 tengah malam itu suspek berusia antara 16 dan 23 tahun terbabit dipercayai mabuk.



"Polis menerima aduan awam mengenai kejadian dan bergegas ke lokasi. Sebaik tiba jalan di situ sesak dengan orang ramai yang meraikan Hari Natal," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.



Menurutnya mereka yang berkumpul di situ turut menyembur buih sabun dan melontar tin serta botol air mineral ke arah kereta peronda yang dinaiki dua anggota polis berkenaan.



"Keadaan menjadi tidak terkawal menyebabkan dua anggota polis terbabit meminta bantuan tambahan dari anggota cawangan jenayah sebelum berjaya mengawal keadaan," katanya.



Abdul Aziz berkata siasatan awal mendapati semua suspek tiada rekod jenayah.



"Dalam kejadian itu juga tiada sebarang kecederaan dilaporkan, bagaimanapun kereta peronda polis mengalami kerosakan di bahagian belakang dipercayai disepak suspek selain lampu, bonet dan cermin retak akibat dibaling objek keras," katanya.



Katanya semua suspek kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis daerah Kuantan sehingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 186/427 Kanun Keseksaan. BERNAMA


Apa tidak sikap mereka seolah-olah di rasuk dengan semangat "bencikan kerajaan" ini berlaku semasa diperhimpunan bersih. Perbuatan merekan di "Halalkan" oleh pemimpin pembangkan dengan untuk menghuru-harakan negara dan merosakan kesatbilan politik. 

Ya Allah ya tuhanku... Kau beri lah kesedaran kepada yg mereka yg tidak berfikir dgn waras dgn membuat rusuhan di negara ini ya allah... Kau lindungilah pasukan2 yg mempetahankan negara ini ya allah... Kembalikan lah keamanan kepada seluruh rakyat malaysia ya allah.. Sesungguhnya hanya pada kau aku meminta dan kepada kau aku memohon perlindungan ya allah... Amin2 ya rabbal alamin.... #fb



Friday, 13 September 2013

Lelaki ugut bunuh Ketua Polis Negara @KBAB51 serah diri. #Malaysia @PDRMsia @Zahid_Hamidi #rakyatnews #1Malaysia #Merdeka56


Seorang peniaga jualan langsung, N. Murugan, 33, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan bunuh terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam.

Lelaki yang berasal dari Negeri Sembilan dan menetap di Melaka itu hadir di IPD berkenaan pada pukul 9.30 pagi ini.

Dalam kejadian itu, seorang individu yang menggelarkan dirinya Murugan Nagaretinam di laman sosial Facebook menulis kenyataan berbahasa Inggeris iaitu "Can anyone just hire gunman to shoot down this police or IGP?" (Bolehkah seseorang mengupah penembak untuk menembak mati polis atau KPN?")

Kenyataan itu dipercayai dipaparkan susulan kejayaan polis menembak mati dua lelaki dipercayai ahli kongsi gelap Geng 36 di Cheng, Melaka, semalam.

Berikutan itu, satu laporan polis Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini pada pukul 9.35 malam tadi bagi membolehkan siasatan dilakukan pasukan itu. - UTUSAN ONLINE

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 26 March 2013

'Ibarat hujan peluru' VAT 69 bertempur dengan Pengganas #LahadDatu. @PDRMsia #OpsDaulat #Pray4Sabah #Pahlawanku





VAT 69 Bravo Selamatkan Lebih Ramai Anggota Lain Daripada Terkorban

'Ibarat hujan peluru' itulah ungkapan angota-anggota Komando VAT69 bagi menggambarkan pertempuran dengan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu 1 Mac lepas.Insp Azwanazlee Saffiai, 33, berkata terdapat dua pasukan yang bertempur dengan kumpulan militan itu iaitu Pasukan Gerakan Khas (PGK) VAT 69 Bravo dan Charlie.Bertindak sebagai komander kumpulan bagi sektor Bravo terdiri daripada 34 anggota dan pegawai, beliau berkata pertempuran berlaku selepas pengganas cuba mengepung pasukan keselamatan Charlie.


"Sewaktu cuba mengepung pasukan keselamatan Charlie yang juga dianggotai 34 anggota dan pegawai, pengganas memasuki kawasan sektor Bravo dan mereka kemudian mengeluarkan arahan supaya sektor kami (Bravo) beredar meninggalkan kawasan.

"Kami (Bravo) enggan berganjak sebaliknya cuba mendapatkan arahan daripadaKomander untuk melepaskan tembakan. Pihak pengganas yang sebelum itu memberiamaran 'berambus Tiger, balik' (kepada kami) telah melepaskan tembakan keranakami tidak mahu berundur," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

"Mereka (pengganas) cuba rapat dengan kami dan mengacukan senjata sertamelepaskan tembakan bertubi-tubi dalam jarak kira-kira 10 meter," katanya.Pertempuran yang berterusan selama sejam itu mengorbankan dua anggota polisiaitu ASP Zulkifli Mamat, 29, dan Sjn Sabaruddin Daud, 46. Pasukan keselamatanmenembak mati 15 musuh.

Azwanazlee berkata dalam pertempuran di kawasan kelapa sawit yang berpayaitu, beliau mendapati beberapa anggota pengganas sukar ditumpaskan walaupunditembak bertubi-tubi.
"Kami rasa mereka seolah-olah memakai ilmu kebal kerana walaupun telahditembak berkali-kali tetapi tidak jatuh. Arahan untuk menembak di bahagiankepala diterima dan ia akhirnya berjaya menumpaskan pengganas itu," katanya.

Berkongsi pengalaman sama, Kpl Muhammad Imran Abd Talib, 28, yang diaturgerak dalam satu lagi pasukan iaitu sektor Alpha di Kampung Tanduo, berkatabeliau dapat menumpaskan pengganas dalam jarak yang paling dekat iaitu kira-kiradua meter.EMPUR 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR

"Saya masuk kampung Tanduo pada 28 Feb dan pada pagi 1 Mac saya dan rakan lain diletakkan dalam keadaan siap siaga. Ketika itu kami sedang menyediakan makanan sebelum mendengar bunyi tembakan di kawasan sektor Bravo," kata anakbekas komando itu.

Beliau berkata pokok kelapa sawit menjadi tempat perlindungan daripada serangan pengganas."Bertempur dalam hutan tidak sama dengan bertempur di kawasan ladang kelapasawit dengan binaan rumah yang tidak banyak. Pemandangan menjadi lebih luas dania mudah untuk dilihat musuh, itu antara cabaran yang harus ditempuhi ketikaitu.

"Selepas bertempur saya lihat tempat perlindungan saya dipenuhi kesantembakan. Saya bersyukur kerana peluru yang datang seperti hujan itu tidakmengenai saya," katanya.
Muhammad Imran yang terpaksa menangguhkan pertunangannya, berkata beliau bangga kerana dapat menyumbang kudrat demi mempertahankan negara.


-BERNAMA






Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 25 March 2013

Video Eksklusif #OpsDaulat di #LahadDatu : Sempenana Sambutan Hari @PDRMsia 206. #Pray4Sabah #Pahlawanku


Hari ini merupakan sambutan Hari Polis yang ke-206 sejak ia ditubuhkan pada 1807. Sambutan ini bertujuan menghargai jasa-jasa yang telah ditabur oleh setiap anggota Polis di-Raja Malaysia (PDRM) sejak  dahulu sehingga kini. Sungguhpun ia tidak dapat membalas jasa dan pengorbanan setiap anggota polis, namun ia merupakan satu pengiktirafan yang tidak terhingga kerajaan dan rakyat.


Sambutan hari Polis kali ini bertemakan ‘Komuniti Sejahtera Komitmen Kami’. Ini kerana PDRM sentiasa penuh dengan komitmen dalam menjalankan tugas mereka, meski pun terpaksa berkorban nyawa dan kehidupan mereka sendiri untuk rakyat negara ini.




Kewujudannya adalah sebelum negara Malaysia mencapai kemerdekaan lagi iaitu ketika mana sebelum timbulnya saat sukar dan genting zaman darurat di Persekutuan Tanah Melayu. Dahulu ianya ibarat suatu penglibatan masyarakat setempat atau penempatan desa dan juga pinggir bandar bagi maksud membantu pihak berkuasa iaitu Federation of Malaya Police, dan tiada istilah khusus mengenainya.


Pihak kolonial ketika itu memanggilnya dengan panggilan “Auxiliary Police” atau Polis Bantuan. Keanggotaannya ketika itu terdiri daripada masyarakat awam yang sukarela untuk berbakti tanpa menuntut saraan bulanan. Auxiliary Police atau Polis Bantuan dan Polis hari ini adalah dua pertubuhan berbeza dari segi penugasan dan juga pembatasan kuasanya.

sambung Baca di INFOGRAFIK