Tuesday 17 December 2013

ELEKTRIK !!! "Nak naik naiklah" Kuasa rakyat akan menghukum. @mpkotamarudu #Lifestye


BIL elektrik naik sikit jer... Tak perlu nak kalutlah, nanti dekat PRU kerajaan bagi gula-gula senyaplah...

Pelanggan yang dihormati,

Berkuatkuasa 1 Januari 2014, tarif elektrik baru akan dilaksanakan sejajar dengan langkah Kerajaan melalui Program Rasionalisasi Subsidi. Berikut adalah fakta penting mengenai tarif baharu elektrik :

# 70.7 % ( 4.6 juta ) pelanggan domestik  tidak terjejas

# TIADA KENAIKAN TARIF untuk penggunaan bulanan 200kWj pertama - sejak 1997

#TIADA KENAIKAN TARIF untuk penggunaan bulanan daripada 201kWj untuk 300kWj - sejak 2009

# Rebat daripada kerajaan untuk pelanggan dengan bil bulanan sebanyak RM20 atau ke bawah masih dikekalkan.

# Jalur Tarif telah dikurangkan kepada 5 jalur kepada 9 jalur untuk pemahaman bil yang lebih baik
Metodologi penetapan tarif baharu elektrik adalah berdasarkan kepada rangka kerja kawal selia ekonomi dipanggil Kawalselia Berdasarkan Insentif (IBR – Incentive Based Regulation). 

Diperkenalkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk meningkatkan kecekapan operasi dan ketelusan ke arah mengekalkan bekalan elektrik yang berdaya harap dan mampan.

Semakan semula tarif elektrik adalah keperluan bagi membolehkan TNB untuk memenuhi kenaikan kos bekalan, pelaburan semula dalam peralatan yang usang dan terus membuat penambahbaikan dalam menyediakan bekalan elektrik yang berdaya harap dan berkualiti. Sumber TNB

Tahun 2014 akan jadi satu tahun yang amat mencabar dan membebankan. Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie dah berbunyi tentang adanya kemungkinan tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik. Dah tentu ini akan jadi satu lagi beban untuk rakyat.

No comments:

Post a Comment