Friday 13 December 2013

Kenyataan @JPJ_Malaysia Berhubung Tindakan SAMAN LORI MISI KEMANUSIAN #OPSBANJIR @HishammuddinH2O 


"KESAL pabila lori muatan barangan mangsa banjir ditahan selepas tol Gombak dan dikenakan saman atas alasan membawa lebih muatan". (Gambar diatas sekadar hiasan).

KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH JPJ BERHUBUNG Saman lori bantuan banjir.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan bertindak kejam apabila menyaman lori yang dikatakan membawa barangan bantuan banjir seperti yang disebar dalam media sosial baru-baru ini. Klik didini : Tindakan SAMAN LORI MISI KEMANUSIAN #OPSBANJIR @HishammuddinH2O 

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata tindakan itu diambil setelah pegawai penguat kuasa mendapati lori berkenaan membawa muatan berlebihan tanpa dimaklumkan bahawa ia merupakan barangan bantuan banjir.

"Pemandunya langsung tidak memaklumkan yang ia membawa muatan misi kemanusiaan banjir. Sepatutnya pemandu itu memaklumkan keadaan sebenar terlebih dahulu, dan bukannya bertindak mensensasikan keadaan itu di laman sosial," katanya kepada pemberita selepas penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Daerah Tumpat hari ini.

Beliau berkata pihaknya bersedia membatalkan saman itu bagi menamatkan kontroversi berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, mana-mana pihak yang melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dinasihat memaklumkan perjalanan mereka kepada JPJ selain menggantung bendera penaja bagi mengelak sebarang masalah.

Pada 7 Disember lepas, JPJ didakwa menyaman pemandu sebuah lori yang membawa muatan barangan bantuan banjir seperti pakaian, selimut, beras, gula, susu dan tepung di Tol Gombak, Selangor yang dikatakan dalam perjalanan ke Kuantan.

Pemandu kenderaan itu didakwa disaman RM150 manakala syarikat lori berkenaan RM450 kerana membawa muatan lebih ~ Bernama

No comments:

Post a Comment