Tuesday 31 December 2013

#BR1M hanya menggalakkan sikap pemalas rakyat Malaysia ? @NajibRazak @myberita


Adakah ini langkah terbaik dari kerajaan?

Ini telah menunjukkan tahap kebodohan penasihat-penasihat yang dibayar tinggi untuk menasihati PM. Langkah ini tidak menunjukkan keberhasilan negara dalam meningkatkan produktiviti dan pendapatan. Langkah ini adalah kegagalan Najib sebagai PM mengawal ekonomi negara dan menunjukkan perbelanjaan negara sangat besar sehinggakan terpaksa menyekat beberapa perbelanjaan.

Tidakkah terdapat bijak pandai di keliling beliau boleh mengusulkan untuk meningkatkan pendapatan negara?

Sehingga kini tiada petunjuk pendapatan negara akan meningkat. Tiada perniagaan baru untuk negara, tiada acara-acara yang boleh merangsang ekonomi negara dan lain-lain agenda peningkatan ekonomi rakyat. BR1M hanya menggalakkan sikap pemalas rakyat Malaysia.

Sampai bila rakyat perlu digula-gulakan?

Dari mana sumber kewangan kerajaan untuk menampung perbelanjaan pemberian BR1M?
Berapa peratus keuntungan kerajaan dari program BR1M?

BR1M hanyalah projek peningkatan imej politik dan tidak langsung merangsang ekonomi negara. Ke mana arah tuju Proton, Petronas, Sime Darby dan lain-lain GLC?

Berapa ramai pendatang asing sama ada secara sah dan haram yang mengakibatkan pengeluaran wang negara keluar secara besar-besaran?

Apa peranan kerajaan dalam mengawal pengeluaran wang ini?

Tiada langsung inisiatif dari kerajaan! Di mana kerugian kerajaan?

Kerugian kerajaan berpunca dari pegawai-pegawai kerajaan sendiri. Bayangkan pembelian kerajaan sangat merugikan kerana margin keuntungan pembekal boleh mencecah dari 300% ke melebihi 1,000%. Contohnya kipas angin berkaki nilai dipasaran paling tinggi adalah RM 130.00 sahaja, tetapi kerajaan membuat bayaran sehingga mencecah RM 700.00. Ke mana agihan keuntungan jualan boleh dipersoalkan kepada kakitangan-kakitangan kerajaan itu sendiri.

Ini adalah contoh dan bayangkan berapa banyak pembelian yang dilakukan oleh kerajaan dalam masa setahun dan berapa billionkah kerugian yang ditanggung oleh kerajaan atas sistem pembelian yang sangat merepek ini?

Sudah sampai masanya najib memecat penasihat-penasihat yang serba bodoh ini. Malaysia perlukan perubahan drastik bagi mengubah ekonomi negara. Jangan merasakan rakyat memilih BN kerana mereka rela. Rakyat terpaksa memilih kerana tiada pilihan. Berubahlah untuk rakyat.

Sumber : Ahmad Albab

Agak menarik komen yang dilontarkan... fikir2 kanlah.....

No comments:

Post a Comment