Friday, 27 December 2013

Imam Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi dipecat Dari Universiti Al-Azhar . @InspirasiIslami @myberita


Akademi Kajian Islam Universiti Al-Azhar Rabu lalu telah memecat seorang ulama terkenal, Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi. 

Dalam satu kenyataannya, akademi tersebut berkata Sheikh Yusuf Qaradhawi telah dipecat kerana beliau "telah dirujuk ke sebuah mahkamah jenayah, melanggar ideologi Al-Azhar dan mengeluarkan fatwa menghasut terhadap institusi-institusi negara". 

Minggu lalu, pihak berkuasa Mesir telah mengarahkan Sheikh Qaradhawi, bersama dengan 129 orang lain, termasuk presiden negara itu yang telah digulingkan, Encik Mohamed Mursi, dihadapkan ke sebuah mahkamah jenayah atas dakwaan kejadian lari dari penjara. 

Anggota akademi itu, Sheikh Mohamed al-Shahat, berkata keputusan untuk memecat Sheikh Yusuf Qaradhawi itu telah dibuat "sebulat suara" kerana pendirian ulama itu terhadap Al-Azhar dan Mesir, tanpa memberikan butir lanjut. - Agensi


No comments:

Post a Comment