Showing posts with label Blogger prihatin. Show all posts
Showing posts with label Blogger prihatin. Show all posts

Thursday, 14 November 2013

Subhanallah ! [Video] Hebatnya adik kecil @inspirasiislami


Amat terharu melihatkan semangat adik kecil ini. Semoga Allah menjadikannya seorang manusia berguna SUATU HARI NANTI.



Ya Allah...tunjukkanlah kebenaranMU
semoga hati-hati kami sentiasa terikat bersamaMU
thabatkan jiwa kami dalam perjuangan ini
hanya padaMu kami berharap
hanya padaMU kami bertawakal
hanya padaMU kami memohon pertolongan
hanya padaMu...Ya Allah


Wednesday, 14 August 2013

Kanak-kanak HILANG !! @PDRMsia #rakyatnews #1Malaysia


(Dari kiri) Syarafuddin Syazwan Rizauddin, 11, Syarir Syafi Rizauddin, 8, and Syauratul Syafiah Rizauddin, 6, dilaporkan hilang selepas meninggalkan rumah mereka di Taman Meru 2B, Ipoh, Perak antara pukul 2 petang dan 6 petang Selasa.

Ibu tunggal, Safarela Azwa Ishak berharap tiga orang anaknya yang hilang lebih 24 jam akan kembali dengan selamat.

Safarela Azwa, 36, pegawai di sebuah kilang berkata, dia terkejut setelah mendapati ketiga-tiga anaknya hilang selepas pulang ke rumah dari tempat kerja pada petang Selasa.

Dia percaya anaknya, Syarafuddin Syazwan Rizauddin, 11, Syarir Syafi Rizauddin, 8, and Syauratul Syafiah Rizauddin, 6, meninggalkan rumah mereka di Taman Meru 2B antara pukul 2 petang dan 6 petang.

"Saya percaya mereka meninggalkan rumah selepas adik perempuan saya yang menjaga mereka pada sebelah pagi keluar kira-kira pukul 1.30 petang.

"Mereka tidak pernah meninggalkan rumah tanpa penjaga di sisi mereka dan sudah semestinya mereka tidak tahu menggunakan pengangkutan awam," katanya.

"Saya tidak dapat menghubungi mereka kerana mereka tidak mempunyai telefon bimbit," katanya.

Safarela Azwa berkata dia sudah mencari ketiga-tiga anak mereka bersama bekas suaminya tetapi tidak tahu ke mana mereka pergi.

"Kami sudah mencari mereka di terminal bas Amanjaya dan pasar raya Mydin tetapi usaha kami hanya sia-sia," katanya.

Adik lelaki Safarela Azwa, Saiful Azril Ishak, 30, berkata mereka mengesyaki ketiga-tiga kanak-kanak itu berkunjung ke rumah rakan-rakan mereka untuk berhari raya.

Katanya, keluarga mereka turut memuat naik gambar ketiga-tiga kanak-kanak itu di laman Facebook dan sesiapa yang menjumpai mereka boleh menghubungi keluarga itu.

Sumber.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 5 August 2013

TAHNIAH @PDRMsia : Kanak-kanak Mangsa culik Aisyah, di temui di Pulau Pinang. #FINDAISYAH #rakyatnews #1Malaysia



Polis Pulau Pinang menjumpai seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang di sebuah pasar raya di Rawang baru-baru ini.

Seorang wanita yang menghantar Wan Aisyah Wan Exzam ke balai polis Sungai Nibong kira-kira pukul 11.30 pagi Isnin berkata, anak lelakinya membawa kanak-kanak tersebut ke rumahnya di Teluk Kumbar pada pukul 5 pagi Isnin.

Wanita tersebut berkata anak lelakinya, 44, memberitahunya supaya menghantar kanak-kanak tersebut ke balai polis berhampiran.

Anak lelakinya terus menghilangkan diri selepas insiden itu.
Kanak-kanak itu dipercayai anak perempuan seorang guru matematik, Arbaiyah Md Zin yang mengajar di Rawang.


Jika sebelum berita kehilangan tersebar luas di Media Baca di sini

Sumber: Mstar


Panas ! Ibu Aisyah rancang kahwin dengan suspek anak jadi Mangsa culik. #FINDAISYAH #rakyatnews #1Malaysia @PDRMsia


Di saat bahang sambutan Aidilfitri semakin terasa, seorang ibu memohon bantuan rakyat Malaysia dalam usaha mengesan anak perempuannya berusia tiga tahun, Aisyah Wan Exzan yang dilaporkan hilang di Rawang pada Selasa.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata ibu Aisyah, Arbaiyah Md Zin didakwa bertemu dengan penculik tersebut menerusi laman sosial Facebook pada Mei dan menjalin hubungan dengan suspek serta merancang untuk berkahwin.

Walupun hanya mengenali lelaki tersebut selama beberapa minggu, Arbaiyah, seorang guru matematik berusia lewat 30-an, meninggalkan anak perempuannya itu dibawah jagaan suspek pada 30 Julai.

Suspek memberitahu Arbaiyah bahawa dia ingin memperkenalkan Aisyah kepada kakaknya.

Ibu kanak-kanak itu turut memberikan suspek sijil kelahiran Aisyah kerana mereka berdua merancang untuk pergi berbulan madu bersama kanak-kanak tersebut selepas mereka berkahwin.

"Pada 2 Ogos, Arbaiyah turut memberi wang tunai RM25,000 kepada lelaki tersebut untuk pelaburan perniagaan emas di sebuah pusat membeli-belah di Rawang.

"Keesokan harinya, Arbaiyah menunggu suspek untuk membawa Aisyah pulang ke rumah. Suspek berjanji untuk membawanya keluar dan membeli barang keperluan perkahwinan mereka. Namun suspek tidak muncul dan panggilan ke telefon bimbitnya tidak berjawab," kata Abdul Rahim kepada The Star.

Beliau berkata ibu mangsa turut pergi ke rumah suspek di Taman Tun Dr Ismail dalam usaha mencari anak perempuannya itu tetapi alamat rumah tersebut milik orang lain.

Kes itu diklasifikasikan polis sebagai penculikan kanak-kanak.

Abdul Rahim berkata siasatan masih dijalankan dan menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu sehingga maklumat lanjut diketahui.

Sementara itu, #findaisyah tersebar pantas di laman Twitter dengan pengguna Internet seluruh negara menggunakan medium tersebut untuk mencari kanak-kanak tersebut selepas berita penculikannya disebarkan dalam laman media sosial awal pagi Isnin.

Sumber : Mstar.com.my

Monday, 29 July 2013

#ramadhan : "Warkah Sadis Guru Besar SK Seri Pristana" . Pemfitnah tetap dimaafkan. #rakyatnews #demirakyat

Mohamad Nasir Mohd Noor

Maksudnya : 

Daripada Abu Hurairah RA berkata, telah bersabda Rasulullah SAW :” 7 golongan yang akan dinaungi oleh ALLAH SWT pada hari tiada naungan melainkan di bawah naunganNYA, Iman yang adil, pemuda yang hidupnya di dalam ibadah…” 

(Riwayat Imam Bukhari) 
Memaafkan dan ihsan terhadap perbuatan keji orang lain terhadap kita. Para pemimpin biasanya terdedah kepada pelbagai kecaman dengan beraneka ragam manusia. Selalunya gangguan dan serangan ditujukan kepada orang yang dipimpin melalui diri pemimpin. Jadi, wajiblah pemimpin menghiasi dirinya dengan sifat pemaaf, menahan kemarahan dan ihsan asalkan tidak membawa kepada kerendahan, kehinaan ataupun kerosakan yang menimpa maslahat syariat. 


Klik disini : Gempar #ramadhan: Pelajar Makan dalam 'Tandas' Gambar tersebut pertama kali dimuatnaik di Facebook oleh Guneswari Kelly, ibu kepada salah seorang murid dan kemudiannya disensasikan oleh blog.

WARKAH DARIPADA GURU BESAR SK SERI PRISTANA : 

En Mohamad Nasir b. Mohd Noor.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat rakan-rakan fb semua..

Terlebih dahulu saya rakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada kalian yang menyokong serta menyuntik semangat dan azimat dalam isu terhangat kini kononnya saya telah memaksa murid-murid bukan islam makan di dalam tandas semasa bulan Ramadhan yang mulia ini.

Tiada siapa pun dapat menghalang lidah-lidah manusia menghamburkan kata-kata di laman-laman fb dan twitter bagi menghentam dan mengutuk saya semahunya berhubung isu dan kemelut tersebut.

Setelah beberapa ketika saya menyepikan diri bagi mengubati hati yang terhiris luka angkara fitnah dan tomahan yang melanda akhirnya saya terpaksa keluar dari kepompong dan persembunyian bagi menghargai perjuangan murni rakan-rakan fb yang telah menghidupkan semangat saya setelah mati seketika.

Tetiba saya dikejutkan oleh kelahiran Laman Kami Menyokong Encik Mohamad Nasir b. Mohd Noor : Headmaster of SK Seri Pristana di dunia maya oleh kumpulan yang amat prihatin terhadap kemelut dan dilema dihadapi."Rohku bagaikan kembali kepada jasadnya". (TERIMA KASIH KEPADA PENGENDALI LAMAN INI)

Kepada pelayar-pelayar fb yang menghentam dan mengutuk habis-habisan, anda semua tetap dimaafkan kerana anda semua tidak pernah pun berada di lokasi ini(SK Seri Pristana) untuk melihat dgn mata kepala anda sendiri apalagi untuk membuktikan situasi dan kronologi yg berlaku sehingga kini.

Anda mungkin mendapat info yang tidak tepat, mengelirukan dan salah sama sekali.Barangkali info yang diberi oleh orang yang menyebarkannya adalah dari sumber yang salah atau orang yang berkepentingan diri.Sandainya lidah-lidah yg menghentam dan memfitnah tidak mahu berhenti sampai bila-bila sekalipun(hembusan nafas yang terakhir) fikirlah sehabis baik...................

(i)Pastikah anda mempunyai kesempatan untuk memohon maaf kepada 1350 orang murid-murid beragama islam di SK Seri Pristana?

(ii)Pastikah anda boleh berjumpa dan memohon maaf kepada 80 orang warga pendidik di SK Seri Pristana sebelum anda menghembus nafas terakhir?

(iii)Bolehkan anda memohon maaf ibu-bapa dan penjaga murid-murid SK Seri Pristana atas keterlanjuran dan mengaibkan maruah ibu-bapa dan penjaga yang menghantar anak di sekolah ini?

(iv)Anda semua tidak perlu menemui saya untuk memohon maaf.Saya sudah maafkan anda semua.

Kepada isteri dan anak-anakku. Ku Najiha Ku Jaafar, Syahril Da Rocha(Melbourne), Mohd Syukrinazren(Cyberjaya), Farah Asyikin(London), Suhaimi Nasir(Egypt), Faziera Diana(Jordan) dan Farina Alisya. Bersabarlah menghadapi dugaan dan sesamalah kita berdoa ke hadrat ALLAH SWT agar ditunjukkan kebenaran.

Saya memohon maaf jika kandungan warkah dan peringatan saya di atas menyebabkan perasaan anda terhiris serta terguris. Semoga ALLAH SWT memberi keampunan dan berkat sempena bulan Ramadhan yg mulia ini.Mudah-mudahan kita jugak akan mendapat syafaat junjungan Nabi Muhammad SAW.Sekian wabilahitaufik wal hidayah wa'assalamualaikum w.b.t......................

KK : Menjadi seorang Pemimpin harus bijaksana dan tidak pilih kasih serta tidak mudah percaya dengan lingkungannya dan harus mempunyai prinsip ke Imanan yang kuat.

Thursday, 11 July 2013

[video] Tudia !! "Dah ler tak puasa lepas tu berlagak alim". @inspirasiislami




Mak aii.. Apa dah nak jadi kepada remaja sekarang... dah kena tahan baru nak sedar diri, baru nak ingat Tuhan... Masa nak buat tak mau pula nak fikir macam tu... Video kat atas sekadar nasihat dan peringatan kepada mereka diluar sana yang sedang, ingin dan akan berpuasa.

Kesihatan, ketahanan jiwa antara nikmat ibadat puasa


BERPUASA Ramadan bukan sekadar berlapar atau dahaga, malah mempunyai rahsia dan nikmat lebih daripada itu. Dr Yusuf Qardhawi dalam kitabnya al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini. 





  • Menguatkan Jiwa 

    Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu. Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.


    Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya, bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi. Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia pada kesesatan. 

    Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud : “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jaathiyah, ayat 23) 

    Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga segala doanya dimakbulkan Allah.


    Rasulullah bersabda, ertinya : “Ada tiga golongan orang yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat Tirmidzi). 

  • Mendidik keinginan ke arah kebaikan. 

    Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik. 

    Rasulullah menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Puasa itu sebagai benteng (daripada serangan keburukan).”


    Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi. Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit. 

  • Menyihatkan badan 

    Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan. 

  • Mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur 

    Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat kerana menginginkan dua. Dapat dua tidak terasa nikmat kerana menginginkan tiga dan begitulah seterusnya. 

    Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita. 

    Di sinilah, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya. 

    Allah berfirman bermaksud : “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7). 

  • Mengingati dan merasakan penderitaan orang lain 

    Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir. Dari sini puasa akan melahir dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita. 

    Oleh kerana itu, sebagai simbol dari rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir. 

    Allah berfirman bermaksud : “Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah at Taubah, ayat 103) - anteh@pkrisc.cc.ukm.my
  • Thursday, 4 July 2013

    BAHAYA !!! Seorang Lelaki berbangsa CINA di Cari @PDRMsia @1malaysia

    ORANG DIKEHENDAKI POLIS


    SEBARKAN !!!!
    Bilik Gerakan JSJ D9 IPK Kuala Lumpur ditalian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakancop) ditalian 03-21159999 atau SMS Polis KL (Rakancop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.



    Friday, 28 June 2013

    'AYAH, BAGILAH BALIK TANGAN ITA !' @inspirasiislami


    Ita....nama panggilannya sejak dari kecil. Ita sangat minat melukis. Ibu dan ayahnya juga suka melihat lukisan Ita. Suatu hari, Ita terjumpa sebatang paku karat ketika bermain buaian.
    Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi tidak kelihatan kerana diperbuat daripada marmar. Ita tida puas hati. Dicubanya pula pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi, kanak-kanak ini pun melakarlah dengan gembira dan melahirkan kreativitinya.

    Hari itu, ibu dan ayahnya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tidak disedari pembantu rumahnya, Narti. Petang itu, terkejut besar ibu dan ayah Ita melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis dibayar, berbatik-batik.

    Si ayah yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "siapa punya kerja ni?" Narti yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, Narti menjawab perlahan "tak tahu... ! Saya tak tahu Tuan". "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri pula.

    Ita yang sedang tidur dibiliknya terjaga mendengar suara kuat ibu dan ayahnya. Ita begitu gembira dan tidak sabar menunjukkan lukisan terbaru kepada ibu dan ayahnya. Dia berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan?". Ucapnya manja sambil terus menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

    Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa melaung kesakitan kesakitan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

    Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia juga sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Narti segera memeluk Ita dengan penuh kasih sayang, cepat-cepat menggendong anak kecil itu dan membawanya ke bilik.

    Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak kedua-duanya di dalam bilik. Narti memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik kesan sebatan terkena air.Narti kemudiannya menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama Narti. Rasa marahnya masih belum hilang.

    Keesokan harinya, kedua-dua belah tangan Ita bengkak. Narti berasa bimbang dan mengadu kepada ayah Ita. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya. Ibu dan ayah Ita bergegas ke pejabat tanpa menjenguk Ita di kamar. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik Narti. Si ayah kononnya mahu mengajar Ita. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu.

    Tanpa pengetahuan Ita, setiap hari ibu dan ayahnya akan bertanya kepada pembantu rumah."Ita demam...". Jawab Narti ringkas. "Bagi minum panadol dulu" balas si ibu. Hati ibu Ita mula merindui gelak ketawa anaknya. Sebelum masuk bilik tidur pada malam itu, dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Dia menangis di luar bilik. Selalunya Ita akan mengadu dan tidur bersamanya apabila tidak sihat.

    Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 kita pergi" kata majikannya itu. Sampai waktunya, Ita sudah tidak bermaya. Ayahnya mulai risau dan terus membawa Ita ke klinik. Doktor mengarahkan supaya kes tersebut dirujuk ke hospital kerana keadaan Ita sudah serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." kata doktor yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan sudah menjadi parah & sudah terlalu teruk.

    "Tangan anak tuan sudah bernanah teruk, demi keselamatan dan nyawa anak tuan, tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Ayah dan ibu Ita bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si ayah terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan.

    Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumahnya, Kak Narti. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata... "Ayah.. ibu... Ita tak buat lagi. Ita tak mahu ayah pukul. Ita tak mahu jahat lagi. Ita sayang ayah.. sayang ibu". Katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." Katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

    Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... "Ayah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi!" Katanya sambil menangis tersedu-sedan. "Ibu, Ita nak melukis macam mana buuu....?" Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

    Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..Pengajaran daripada cerita: "Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram dan marah anda...." jangan lupa tekan butang SHARE ye , moga2 semua sahabat2 dapat manfaat dari kisah ini jangan lupa juga luahkan perasaan anda berkaitan kisah yang anda baca ini 

    ( mesti baca & mesti SHARE !! sumber  : 
    http://www.queachmad.com )

    Wednesday, 22 May 2013

    Hebahan : Orang ramai diminta jauhi tempat pernah berlaku kes jangkitan virus (kencing tikus). @bernamadotcom

    Pusat Peranginan Lata Bayu, Asam Jawa, di Baling, Kedah, ditutup sementara kerana disyaki tercemar virus kencing tikus yang menyebabkan kematian seorang lelaki selepas berkelah di kawasan berkenaan, awal bulan ini.


    Orang Ramai Dinasihatkan Tidak Berkunjung Tempat Berlaku Leptosirosis

    Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengunjungi kawasan yang pernah dikesan berlaku kes leptosirosis, demam akibat terkena kencing tikus, buat sementara waktu bagi mengelak terkena jangkitan virus berkenaan.

    Menasihatkan demikian, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata virus kencing tikus sangat berbahaya dan boleh membawa maut.

    "Kawasan yang disahkan punca kepada penyebaran virus kencing tikus perlu ditutup sekurang-kurangnya enam bulan hingga ke setahun bagi memastikan tempat berkenaan benar-benar bebas daripada virus berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Pulau Pinang, di sini Rabu.

    Akhbar pada Selasa melaporkan, Pusat Peranginan Lata Bayu, Asam Jawa, di Baling, Kedah, ditutup sementara kerana disyaki tercemar virus kencing tikus yang menyebabkan kematian seorang lelaki selepas berkelah di kawasan berkenaan, awal bulan ini.

    Abu Hanifah Redzuan, 23, anggota kru produksi filem disahkan meninggal dunia Sabtu lepas di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, selepas dikatakan mengalami demam panas lebih seminggu lalu.

    Selain Abu Hanifah, enam ahli keluarga mangsa yang turut mandi di air terjun itu, pada hari sama dilapor dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pemantauan doktor. -

    BERNAMA

    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    Monday, 1 April 2013

    Isu panas : Pelajar Tahfiz turun Padang cari dana.





    Kisah ini KK petik dari blog Mazidul berkenaan mempergunakan kanak-kanak dan pelajar sebagai umpan untuk mendapatkan dana untuk sekolah mahupun pusat penempatan. 

    Sia-sia banyak bendera PR dan PAS dikibarkan di sekitar PTA, andai isu perhambaan terjadi di hadapan mata tidak mampu ditangani dengan kadar segera. 


    Berhubung isu ini, saya tidak berminat untuk berpihak samada terhadap kerajaan mahupun pembangkang. Bagaimanapun, selama ini, saya melihat PR begitu  lantang memperjuangkan HAK ASASI manusia. Justeru PR turut perlu melindungi hak kanak-kanak dan remaja, majoriti berasal dari Kedah terbabit, mengikut Akta Kanak-Kanak 2001. Mungkin PR boleh menggunakan khidmat ramai peguam hebat mereka untuk memperjuangkan hak asasi anak kecil tidak menyedari mereka diperhambakan buat sekian lama. untuk teruskan membanca klik disini

    Sunday, 31 March 2013

    Kisah dan tauladan : IBU MAMPUS! IBU MAMPUS! IBU MAMPUS @inspirasiislami



    kisah yang mahu dikongsikan dengan semua. Mari baca, semoga timbul insaf dalam diri ini.

    Pernah, saya menyertai satu operasi di Muar, dan kami bertolak dari Johor Bahru kira-kira jam 10 malam dan operasi selesai jam 6 pagi. Kami terus pulang ke Johor Bahru. Sepanjang perjalanan, saya yang memandu sendiri berhenti hampir tujuh kali kerana terlalu mengantuk.

    Pulang ke Johor Bahru, biar bantal memanggil, terpaksa diketepikan. Perlu disiapkan berita yang operasi itu untuk siaran berita tengahari. Bukan mudah. Selesai segalanya, jam sudah hampir 11 pagi. Jam dua pula ada satu lagi tugasan. Begitulah kehidupan. Kais pagi makan petang, jika tak dikais, memang tak makanlah.

    Saya lebih cenderung kepada kisah human interest seperti satu operasi yang saya ikuti bersama sahabat sahabat baik di Cawangan Trafik Johor Bahru Selatan yang bersengkang mata tanpa mengira masa membanteras kegiatan lumba haram.

    Antaranya termasuk kisah seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang pada mulanya begitu yakin memberi jawapan kepada pegawai serta anggota polis trafik, dia dibenarkan menunggang motosikal oleh bapanya, yang juga pemilik kenderaan itu.

    Sebagaimana lazim, pegawai polis bertugas menghubungi ibubapa pelajar itu dan selepas menanti hampir dua jam, akhirnya muncul ibubapanya di tepi jalan Danga Bay.

    Dari jauh, tampak si ibu bagai meluru tak sabar sabar untuk tiba ke tempat anak lelakinya berdiri.Si ayah pula berjalan lesu. Waktu tika itu hampir jam empat pagi.

    Sebaik tiba di depan anaknya, tanpa lengah si ibu bagai melepas geram terus mencubit dan menampar badan anaknya. Kami terpinga pinga melihatkan situasi itu lantas beberapa anggota polis trafik meredakan keadaan.

    Terkedu anaknya yang dua jam lalu, beriya-iya mendakwa ibubapanya sudah memberi keizinan untuk dia menunggang motosikal milik bapanya dan turut dibonceng rakan sekampung berusia 16 tahun.

    Ketika cuba ditahan, dia melarikan diri dari sekatan jalanraya dan turut menendang motosikal anggota penguatkuasa yang mengejar mereka!

    "Masuk lokap jek encik. Masuk sekolah jahat Henry Gurney. Tak apa, saya rela," tercetus akhirnya luahan hati si ibu sebaik diredakan.

    "Aku tak boleh kawal kau lagi. Kat sekolah kau anak murid aku, kat luar aku tak boleh kawal kau seorang. Selama ini kau cakap tak goyang, tak goyang, tengok semua polis ni, tengok.

    "Kalau dahi ni tak sujud pada sejadah, inilah jadinya," berterusan si ibu melepaskan geram bagai sebuah drama realiti di depan hampir 50 pegawai dan anggota polis serta anggota Rela yang turut bersama-sama dalam operasi itu.

    Suasana menjadi sunyi dan hanya kedengaran suara si ibu. Semua memerhati. Semua bagai menyokong tindakan si ibu. Mat mat rempit lain yang ditahan sebelum ini sibuk berbual sesama sendiri turut kaku melihat adegan itu. Mungkin timbul keinsafan dalam diri mereka?

    "Dia cakap, ibu keluar, saya cakap malam minggu jangan keluar. jangan, jangan. Tak tengok kat TV (orang kena tangkap)," luah si ibu dan suaranya beriring nada kekesalan.

    "Bila kita marah, dia cakap nak rompak rumah orang. Tak kurang ajar punya anak? Sampai hati kau jadi anak macam ni. Budak sekolah pukul 10 duduk rumah," kata si ibu lagi dan kali ini nada sudah berselang kesedihan.

    Tatkala itu, sudah mula mengalir airmata si ibu. Si anak hanya tunduk kaku, tak seperti tika selepas ditahan dua jam sebelum itu, ceria, beriya iya.

    Si ayah tak mampu nak berkata kata. Mungkin sudah puas dileteri anaknya itu. Mungkin sudah kering airmata si ayah memikirkan kedegilan anaknya tika dia keluar mencari rezeki buat kesemua anaknya.

    Bagi meredakan keadaan, seorang pegawai polis, Inspektor (kini ASP) Mohd Lail Ab Halim mencelah.

    "Kami akan charge (tuduh) dia lari dari sekatan jalan," kata Mohd Lail tegas.

    Mungkin mendengar penjelasan ringkas Mohd Lail itu, tercetus luahan si ibu lagi.

    "Kat rumah berapa kali dia nak tumbuk saya. Sekarang ni apa? Aku ni mak kau. Hari-hari aku doa, Ya Allah jadikanlah anak aku golongan yang baik-baik. Tapi kau apa? Ibu mampus, ibu mampus."

    Ketika ini, si ibu mencucuk cucuk perut si anak. Hilang segala kehebatan si anak. Akhirnya ibubapa juga yang datang. Biar marah, kesemua yang menyaksikan bagai mengerti, dia tetap anaknya. Dia tetap darah dagingnya. Mungkin sudah kemuncak kemarahan si ibu.

    "Nanti puan datang ke balai trafik untuk jamin anak makcik," jelas Mohd Lail lagi.

    Sambil menjeling marah ke arah anaknya, si ibu dengan cepat menjawab: "Jamin kau? No, no. Ibu tak akan jamin kau, tak ada tak ada," katanya bagai puas, biar malam itu menjadi pengajaran buat si anak yang degil itu.

    Si ibu berlalu pergi.

    Lantas, Mohd Lail mengarahkan anak buahnya untuk membawa pelajar itu ke balai. Tak sempat dibawa, pelajar itu meraung raung menangis mengejar ibunya.

    Sekali lagi kami kaget. Si ibu tak memperdulikan. Kami yang melihat bagai menyokong tindakan si ibu. Biarkan dia rasa. Biar dia serik. Biarkan. Itulah kata hati kami. Kami pun marah. Apatah lagi mendengar luahan hati si ibu di pagi yang bening itu.

    Berterusan suara si anak merintih pada ibunya. Semakin jelas suaranya. Si ibu berhenti. Dibiarkan anaknya menangis, meraung di depannya. Direnungnya anaknya itu.

    Siapa tak sayang anak. Tentu wanita itu ibu yang baik. Apatah lagi sebagai seorang guru, sifat penyayang tinggi dalam diri mereka. Tampak wajah amarah si ibu sudah bertukar menjadi simpati dan penuh kasih sayang, tatkala si anak menarik narik tangan yang sama mengendong dia ketika kecil, memimpinnya ketika melintas jalan, menepuk nepuk tika mahu tidur.

    Akhirnya si ibu mengalah. Dipimpin tangan anaknya ke kenderaan polis. Berdiri kaku si ibu melihat si anaknya di bawa pergi.

    Selepas segala proses selesai, saya terserempak dengan si ibu berjalan keluar dari balai beriring dengan bapa pelajar itu. Dan di sebelahnya, anaknya tadi, tangan dipimpin erat, kuat kuat bagai tak mahu melepaskan anaknya itu.

    Saya sempat bertegur. Menasihat si anak, jika tak kesian pada diri sendiri, kesianlah pada mak ayah. Kesian mereka berhempas pulas membesarkan awak. Esok awak dah kahwin, awak nak anak awak macam awak?

    Tertunduk diam si pelajar itu. Saya tepuk bahunya beberapa kali dan sempat berkata padanya, awak mesti anak yang baik sebab tu awak menangis minta maaf pada mak tadi. Dan sempat saya mengucapkan terima kasih kepada si ibu dan ayah kerana tak putus asa dengan kasih sayang pada si anak yang degil ini. Tersenyum si ayah. Bagai mereda hati si ibu.

    Itulah antara kisah kisah kecil yang mahu saya jadikan iktibar untuk kita semua. Kongsilah dengan sesiapa, pada anak anak, pada anak saudara atau mungkin pada diri sendiri. Jahat mana sekalipun, ibu ayah tetap bersengkang mata buat anak-anak. Biar sakit lutut, biar membuai diri dek tak lena tidur, demi anak!

    Itu hanya sekelumit. Saya memang mahu berkongsi segala kisah di sini tetapi kadangkala masa tak mengizinkan. Yelah kais pagi makan petang. Kalau tak dikais, mahu tak makan petang nanti kan.

    Kredit: Crime Watch 


    sumber

    Sunday, 10 March 2013

    Awas !! kepada wanita sila berwaspa dengan taktik licik individu yang menggunakan serbuk peransang nafsu. @hmetromy




    Kepada Wanita,Sila Berhati-hati Dengan Serbuk Perangsang Nafsu | 

    Caranya mudah. Cuma koyak, campurkan ke dalam minuman dan kacau hingga sebati, namun kesannya amat berbahaya kerana ia dikatakan mampu meningkatkan nafsu seks wanita secara mendadak hingga memudahkan mereka menjadi mangsa rogol.



    Bungkusan serbuk perangsang seks yang berharga RM15 hingga RM50 sebungkus itu kini sering digunakan lelaki hidung belang sekitar bandar ini untuk memerangkap wanita yang baru dikenali hingga ke bilik tidur.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan meminta orang ramai terutama wanita lebih berhati-hati untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa lelaki yang melakukan jenayah seks menggunakan serbuk perangsang seks terbabit.

    Menurutnya, biarpun belum menerima laporan kes khususnya rogol yang menggunakan bahan perangsang seks terbabit, polis tidak menolak kemungkinan kejadian seperti itu boleh berlaku.



    Thursday, 21 February 2013

    Permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM). @PDRMsia @HishammuddinH2O



    Permohonan Online Polis DiRaja Malaysia (PDRM) | Permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA):-

    1. Inspektor (Lelaki/Wanita)2. Sarjan (Lelaki/Wanita)3. Konstabel (Lelaki/Wanita)4. Konstabel Sokongan (Lelaki/Wanita)



    Maklumat lanjut, hubungi talian : 03-2266 8350 / 8344 / 8347. (Unit Pengambilan PDRM)