Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Tuesday, 27 August 2013

HARAM disisi Islam : Baikpulih Pusara P.Ramlee & Saloma cecah RM25K_ Mufti Selangor. #1Malaysia


Pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma yang bakal dibaik-pulih dengan kos mencecah RM25,000 adalah haram hukumnya di sisi agama Islam.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, Islam mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf.

"Kos RM25,000 itu sangat tinggi untuk menghias sesebuah pusara dan saya percaya ia pasti menggunakan batu marmar yang mahal.

"Malah dalam Islam sendiri sudah jelas memberitahu haram jika pusara dihias secara berlebih-lebihan di tanah wakaf melainkan ia adalah tanah persendirian," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Pada 21 Ogos lalu sebuah akhbar melaporkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan melakukan pengubahsuaian terhadap pusara P.Ramlee dan Saloma selepas ia roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu.

Ketua Pengarah agensi itu, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah dalam laporan berkenaan berkata, kerja-kerja pengubahsuaian tersebut mengambil sedikit masa memandangkan bahan binaan pusara berkenaan diimport dari luar negara yang turut mencecah RM25,000.

Pusara berkenaan terletak di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini.
Dalam pada itu Mohd Tamyes berkata, setiap pusara di tanah wakaf hanya boleh dihias tidak melebihi setengah kaki selain dilarang sama sekali membina makam atau bangunan pusara berbentuk kekal kerana ia mungkin akan diguna semula pada masa akan datang jika tanah sudah penuh.

Tambah beliau, walaupun matlamat pihak yang mahu menghias sebuah pusara itu sebagai ingin mencantikkan tempat berkenaan tetapi biarlah hiasan pusara dapat memberi manfaat seperti menanam pokok-pokok renek yang akan mendoakan si mati agar mengurangkan dosa-dosa kecil mereka semasa di dunia.

"Senang cerita, kewajipan manusia pada jenazah hanya empat iaitu memandikan, mengapankan, sembahyangkan dan mengebumikannya. Ini yang wajib dan menghias bukanlah dalam perkara wajib," tegasnya yang turut menyifatkan kos pembinaan itu adalah satu pembaziran.

Sementara itu, pendakwah dan pembimbing jemaah Haji, Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar pula berkata pihak Finas perlu mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pihak berkuasa agama Islam sebelum meneruskan perancangan membaik pulih pusara berkenaan.

"Memanglah P.Ramlee milik masyarakat dan Allahyarham disayangi ramai.
"Tetapi untuk membaik pulih pusara dengan kos seperti itu, lebih baik mereka berbincang dahulu bagi mendapatkan nasihat yang sepatutnya oleh pihak berkuasa Agama Islam ataupun mufti-mufti," katanya.

Tambah beliau, jika pembinaan pusara itu dibuat secara keterlaluan, ditakuti wujudnya unsur-unsur syirik dengan aktiviti pemujaan untuk generasi akan datang sehingga menjadi tempat penyebaran ajaran sesat.

"Adalah lebih baik wang itu digunakan untuk membuka maahad tahfiz P.Ramlee kerana ia akan mendatangkan lebih manfaat kepada umat Islam dan juga si mati sendiri," katanya.

Ditanya siapakah yang berdosa jika projek berkenaan diteruskan Mohd Hasnil berkata, pihak yang terlibat membinanya akan menanggung dosa itu dan bukannya si mati. 

– mStar Online 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 16 August 2013

Hebat !! #RakyatDidahulukan : Nedim Nazri Aziz Pegawai Khas Kementerian Pelancongan.

Rezeki dan tuah orang lain-lain. Ada kalangan penjawat awam bersusah payah mempersiapkan diri untuk temuduga dan ada juga yang terpaksa menjalani latihan fizikal bagi mendapatkan jawatan dalam sektor kerajaan. Itu pun belum jaminan untuk diterima masih disebabkan kriteria ketat yang telah ditetapkan melalui SPA. Tetapi tidak….

Untuk Nedim Nazri Aziz apabila telah "berjaya" dilantik menjadi pegawai khas Kementerian Pelancongan Malaysia baru-baru ini.

Lantikan Nedim Nazri Aziz Hak Saya

Nazri: Hak mutlak menteri tak boleh dipersoal

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata hak mutlak beliau sebagai seorang menteri untuk melantik kakitangannya tidak boleh dipersoalkan. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berhubung anaknya, Nedim, yang disenaraikan sebagai seorang "pegawai khas" di kementeriannya.

"Ia kementerian saya, saya boleh letak nama sesiapa sahaja," kata Nazri kepada pemberita. "Dia anak saya dan saya gembira kerana lantik dia sebagai pegawai khas saya," katanya.

Nazri berkata anaknya tidak terlibat dalam kerja-kerja kementerian dan hanya membantu beliau mengatur acara untuk beliau berhubung dengan pengundi muda di kawasannya.

Sumber : Bernama

"I can call him errand boy or office boy, if that would please people. I am paying him, not the government," he told The Malaysian Insider

Geleng kepala apabila kadang-kadang memikirkan kenyataan yang dikeluarkan oleh kalangan menteri pilihan Datuk Seri Najib Razak. Jikalau gaji dibayar oleh Nazri Aziz sendiri, kenapa dan mengapa perlu diletakkan nama anaknya di portal rasmi Kementerian Pelancongan Malaysia? Siapa dengan jawatan pegawai khas lagi. Lagi satu jika tidak terlibat  tidak terlibat dalam kerja-kerja kementerian, tidak perlu war-warkan kepada seantero dunia yang anak anda bekerja di bawah kementerian anda tetapi gaji dibayar sendiri.

Adakah selepas ini rakyat Malaysia boleh melihat lantikan Nora Danish sebagai Duta Pelancongan Malaysia.

Sumber.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 1 April 2013

Isu panas : Pelajar Tahfiz turun Padang cari dana.





Kisah ini KK petik dari blog Mazidul berkenaan mempergunakan kanak-kanak dan pelajar sebagai umpan untuk mendapatkan dana untuk sekolah mahupun pusat penempatan. 

Sia-sia banyak bendera PR dan PAS dikibarkan di sekitar PTA, andai isu perhambaan terjadi di hadapan mata tidak mampu ditangani dengan kadar segera. 


Berhubung isu ini, saya tidak berminat untuk berpihak samada terhadap kerajaan mahupun pembangkang. Bagaimanapun, selama ini, saya melihat PR begitu  lantang memperjuangkan HAK ASASI manusia. Justeru PR turut perlu melindungi hak kanak-kanak dan remaja, majoriti berasal dari Kedah terbabit, mengikut Akta Kanak-Kanak 2001. Mungkin PR boleh menggunakan khidmat ramai peguam hebat mereka untuk memperjuangkan hak asasi anak kecil tidak menyedari mereka diperhambakan buat sekian lama. untuk teruskan membanca klik disini

Thursday, 27 December 2012

Berhentilah "jadi Bodoh" wahai Penganut #pakatan tak payah berlapar.


harakah_mogok1



Dalam Kanun Jenayah Malaysia, iaitu Seksyen 309 dan Seksyen 305 Akta Keseksaan, ada peruntukkan undang-undang yang membolehkan polis menangkap sesiapa juga yang cuba membunuh diri (Seksyen 309) dan yang bersubahat dengan cubaan bunuh diri (Seksyen 305).

SIAPA DALANG DISEBALIK PENGANJURAN INI ?

ADAKAH ANAK TEMPATAN YANG BERASAL DARI  Balok, Gebeng dan Kuantan yang berada berhampiran dengan kilang Lynas atau mereka yang mempunyai kepentingan dan agenda tersebunyi yang menyertai?

anakbochek says:

Harakah aka Pas menyokong perbuatan mogok lapar? Rasanya Islam tidak membenarkan kita melakukan sesuatu yang kita ketahui boleh mendatangkan mudarat. Inilah Islam Pas sekarang. Benda mudarat pun disokongnya, memang syiah betul.
KUALALUMPUR: Sebuah kumpulan anak muda, yang menggelarkan diri mereka Anak Muda Menentang Projek Memudaratkan Alam Sekitar akan menganjurkan mogok lapar selama seratus jam di Dataran Merdeka, bermula 27 Disember hingga 1 Januari.

Jurucakap kumpulan tersebut, Tan Woon Tian berkata, mereka mahu mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat berhubung projek yang mengancam nyawa rakyat termasuk projek pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.

"Oleh sebab itu kami bekerjasama dengan Himpunan Hijau. Kami mengharapkan kerajaan akan lebih telus dalam menangani projek seperti ini,” katanya dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini..

Mengulas lanjut, beliau berkata, mogok lapar yang bermula jam lapan malam 27 Disember itu dijangka tamat pada 12 tengah hari, 1 Januari dengan penyertaan daripada pelajar sekolah rendah berusia lingkungan 14 tahun.

“Kami juga meminta Kabinet untuk memberikan respons mereka dalam perkara ini,” katanya lagi.

Selain mogok lapar, mereka juga akan mewujudkan speaker corner yang akan menjemput wakil pertubuhan alam sekitar.

“Kami sudah maklumkan kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan St John Ambulans.

“Kami bagaimanapun tidak merasakan keperluan untuk memaklumkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya lagi.


sungai_siput says:

alah saja nak nak buat 27 disember sampai 1 jan 2013
ada jugak rakyat malaysia nak sambut tahun baru 2013
nanti boleh lah media PAS/PKR gebang tunjuk gambar beratus ribu orang ramai berkumpul menyokong depa buat mogok lapar
apa punya taktik da depa ni pakai
balik2 menyusah kan rakyat malaysia

baba says:
semua ni nak cari publisiti, biar mereka lapar kat sana, kita nak tgk lama mana dia tahan…..semua wayang saja.

ElectroMagneticPulse says:
terdesak sungguh puak2 cina yang menentang lynas ni… dulu menipu orang kampung.. tapi tak jadi… orang kampung sendiri pun dah tau sains…. sekarang nak sekse diri buat mogok lapar lak..
hahaha….. sungguh BODOH

sumber.

Wednesday, 31 October 2012

PANAS !!!! aik Macam ni pun ada juga Kamera #AES..


Mampus la... lagu ni.. Alamatnya purata 1 Rakyat Malaysia 1 saman...
KK bukan tak bersetuju, tetapi pihak yan berwajid harus mengkaji secara menyeluruh berkenaan pemasangan kamera AES tu.... 

Mabuk daging dah ni... Jom layam video bikin panas berkenaan KAMERA AES ni....


Saturday, 29 September 2012

Artis Malaysia Mahu Beli Jet Peribadi #TurunkanHargaPrivateJet


Sekarang isu mengenai pemimpin parti pembangkang menggunakan jet peribadi sedang berlegar-legar di media massa. Bukan mahu sibuk dengan politik, tapi tahukah anda, taraf hidup selebriti di Malaysia jika dibandingkan dengan selebriti Hollywood, bagaikan langit dan bumi. Boleh OHBULAN! katakan,  jet peribadi itu umpama kereta sahaja bagi mereka.
Umum tahu, di Hollywood, selebriti seperti John Travolta & Tom Cruise mempunyai 5 buah jet peribadi, dan Oprah Winfrey sendiri bergerak menggunakan jet peribadinya yang hanya mempunyai 13 tempat duduk penumpang? – sumber Caffertyfile.
Atas sebab ini, OHBULAN! mengambil peluang untuk bertanya pada selebriti tempatan akan pandangan mereka terhadap isu ini.
Daus Shahril Eli atau mesra dipanggil Daus ketika ditanya adakah dia mahu mempunyai jet peribadi sendiri jika berpeluang, dia menjawab, “Kenapa tidak? Tetapi bergantung pada bajet juga la kerana kami pun seperti orang biasa juga.
“Kami pun mahukan taraf hidup yang tinggi untuk mengekalkan reputasi,” jelas Daus Shahril Eli, bekas peserta Akademi Fantasia.
Namun begitu, Daus turut menegaskan, bagi selebriti yang low-profile, mempunyai jet sendiri adalah sesuatu pembaziran.
Bagi Daus, jet peribadi juga mempunyai impak yang negatif dan positif. Namun salah satu impak positif yang OHBULAN! setuju adalah, dengan mempunyai jet sendiri, seseorang selebriti itu mudah bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain tanpa perlu membeli tiket penerbangan.

Walaubagaimanapun, Daus memilih untuk tidak mempunyai jet sendiri dan lebih rela menggunakan penerbangan komersial.
“Saya pilih penerbangan komersial kerana lebih jimat duit dan juga mampu menjaga dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.”
Berlainan pula bagi penyanyi jelita, Qalisha Ray. Dia memilih untuk mempunyai jet peribadi sendiri kerana baginya, ia memudahkan perjalanan dan meringankan kerja.
“Untungnya bila ada jet peribadi ini, kita boleh pergi kemana sahaja yang kita mahu. Dan sebagai selebriti, dengan memiliki jet peribadi saya boleh memilih masa dan tarikh penerbangan sendiri.”
Tak cukup disitu, Qalisha turut menjelaskan mengenai keselesaan memiliki jet peribadi sendiri.
“Saya juga dapat menikmati perjalanan yang selesa, katering yang bagus serta servis dan apa yang paling penting, ketepatan masa,” ujar penyanyi lagu Bebaskanlah Cinta ini.
Ketika ditanya, bilakah selebriti tempatan mampu memiliki dan membeli jet sendiri, Qalisha tegas menjelaskan industri hiburan tanah air masih lagi kecil skopnya berbanding luar negara.
“Selagi industri muzik kita tidak dapat diterima diseluruh dunia, selagi itu artis kita tak akan mampu memiliki jet peribadi sendiri. Ini kerana industri muzik kita skopnya sangat kecil.
“Tapi siapa tahu mungkin satu hari nanti, ada seseorang yang bertuah dan berjaya memecah industri muzik kita untuk pergi lebih jauh,” ujar Qalisha mengakhiri perbualan melalui Blackberry Messenger (BBM).
sumber oh bulan.

Thursday, 6 September 2012

Video ! Suami Memukul Isteri Terakam CCTV





Banyak kes-kes seperti ini apabila berkahwin di USIA MUDA. Tetapi Banyak juga pasangan bahagia kerana sikap bertolak ansur, faham-memahami dan menjaga tutur kata, menjadi kunci kebahagiaan setiap keluarga. Tidak kira kahwin di usia muda atau pun sudah matang. 


Kejadian dalam video ini harus di dijadikan ikhtibar....

IPOH: Seorang wanita muda nekad merakam aksi dia dibelasah suaminya selama hampir setengah jam sebelum rakaman itu dimuat naik ke Internet menerusi laman YouTube sehingga menarik perhatian lebih 35,878 pelayar.
Klip video bertajuk ‘Suami Belasah Isteri’ itu memaparkan mangsa, Amanda Fong Kim Yen, 19, yang mengandung dua bulan ditumbuk, disepak, ditampar dan dicekik suaminya yang berusia 20-an hingga cedera teruk.
Kejadian berlaku sekitar jam 4.30 petang 23 Ogos lalu di sebuah butik menjual aksesori dan pakaian yang diusahakan pasangan terbabit di Ipoh Garden South, di sini.
Rakaman video menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik sendiri oleh Amanda ke akaun facebook (fb) miliknya pada 30 dan 31 Ogos lalu sebelum ia turut dimuat naik ke laman YouTube kelmarin.
Lebih mengejutkan, Amanda turut berkongsi pengalaman pahit itu menerusi catatan di laman facebook termasuk menyiarkan gambar kesan lebam dan luka akibat dibelasah suaminya.



Lelaki yang benar-benar mencintai seorang wanita tidak akan sanggup membiarkan wanita itu menangis.

kk_Cari dan temuilah cinta sejati...