Showing posts with label kilang Lynas. Show all posts
Showing posts with label kilang Lynas. Show all posts

Monday, 31 December 2012

Pencacai @dapmsia Kantoi menipu di Dataran Merdeka.

Kantoi............. Laman portal mynewshub bongkarkan penipuan "peserta mogok lapar" di Dataran Merdeka.


Gambar utama: Pukul 12.28 – ada peserta menerima bungkusan nasi.


Gambar 2 dan 3: Pukul 12.55 – peserta keluar mencari kuih dan makan sepanjang perjalanan balik ke lokasi mogok lapar.

Sebahagian daripada kumpulan 18 'pejuang alam sekitar sejati' yang menganjurkan mogok lapar selama 100 jam bermula pukul 8 malam Khamis lalu hari ini dikesan makan tengahari di sebuah hotel dan beberapa restoran berhampiran Dataran Merdeka.

Jurugambar kami berjaya mengesan perbuatan itu sebentar tadi yakni ketika mogok baru sahaja mencecah masuk ke 63 jam.

Menurut jurugambar berkenaan, peserta mogok pada awalnya memperlihatkan kepada orang ramai sekitar dataran bahawa mereka dalam keadaan yang sangat lemah.

Bagaimanapun selepas beberapa ketika, seorang demi seorang mula hilang dari tempat mogok lapar terbabit. Mengesyaki sesuatu, jurugambar Mynewshub mula menjejaki mereka secara senyap dan akhirnya berjaya menemukan sebahagian peserta yang makan dengan pantas di beberapa kawasan sekitar Dataran Merdeka. Malah lebih memeranjatkan, sebahagian peserta yang dikatakan merupakan ahli DAP dilihat menerima bungkusan makanan yang dihantar kepada mereka.

Memetik kenyataan penganjur program berkenaan sebelum ini, Tan Woen Tian berkata, mogok lapar selama 100 jam itu sebagai protes terhadap beberapa isu alam sekitar dan kemasyarakatan.
Mogok lapar itu jelas beliau akan berakhir pada detik tengah malam Tahun Baru 2013.

Pesertanya – yang juga akan terdiri daripada remaja dan pesara – hanya akan minum air botol sepanjang tempoh tersebut (petikan Malaysiakini).
Woen Tian berkali-kali menegaskan aspek hanya minum air berkenaan ketika sidang media pada malam pelancaran kempen itu.

Beliau bagaimanapun sama sekali tidak menyentuh mengenai 'aktiviti makan diam-diam' seperti yang ditemui pihak kami hari ini.

Beliau juga tidak sekali pun mengatakan ia adalah kempen 'sepatutnya lapar' tetapi bertegas ia adalah mogok lapar selama 100 jam.

Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat yang sebelum ini bersemangat juga tidak kelihatan di Dataran Merdeka hari ini.
Mogok 'sepatutnya lapar' berkenaan dianjurkan oleh Malaysian Youth Against Public Hazard (MYAPH).

Berikut kronologi penemuan kami:



Gambar 4: Pukul 1.18 –
Dua orang Peserta mogok pulang ke hotel.


Gambar 5: Pukul 1.32 – Dua orang peserta mogok
 lapar makan di restoran berhampiran Masjid Jamek.


Gambar 6: Pukul 1.41 – Seorang lagi peserta mogok lapar
datang makan di restoran yang sama.

Thursday, 27 December 2012

Berhentilah "jadi Bodoh" wahai Penganut #pakatan tak payah berlapar.


harakah_mogok1



Dalam Kanun Jenayah Malaysia, iaitu Seksyen 309 dan Seksyen 305 Akta Keseksaan, ada peruntukkan undang-undang yang membolehkan polis menangkap sesiapa juga yang cuba membunuh diri (Seksyen 309) dan yang bersubahat dengan cubaan bunuh diri (Seksyen 305).

SIAPA DALANG DISEBALIK PENGANJURAN INI ?

ADAKAH ANAK TEMPATAN YANG BERASAL DARI  Balok, Gebeng dan Kuantan yang berada berhampiran dengan kilang Lynas atau mereka yang mempunyai kepentingan dan agenda tersebunyi yang menyertai?

anakbochek says:

Harakah aka Pas menyokong perbuatan mogok lapar? Rasanya Islam tidak membenarkan kita melakukan sesuatu yang kita ketahui boleh mendatangkan mudarat. Inilah Islam Pas sekarang. Benda mudarat pun disokongnya, memang syiah betul.
KUALALUMPUR: Sebuah kumpulan anak muda, yang menggelarkan diri mereka Anak Muda Menentang Projek Memudaratkan Alam Sekitar akan menganjurkan mogok lapar selama seratus jam di Dataran Merdeka, bermula 27 Disember hingga 1 Januari.

Jurucakap kumpulan tersebut, Tan Woon Tian berkata, mereka mahu mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat berhubung projek yang mengancam nyawa rakyat termasuk projek pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.

"Oleh sebab itu kami bekerjasama dengan Himpunan Hijau. Kami mengharapkan kerajaan akan lebih telus dalam menangani projek seperti ini,” katanya dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini..

Mengulas lanjut, beliau berkata, mogok lapar yang bermula jam lapan malam 27 Disember itu dijangka tamat pada 12 tengah hari, 1 Januari dengan penyertaan daripada pelajar sekolah rendah berusia lingkungan 14 tahun.

“Kami juga meminta Kabinet untuk memberikan respons mereka dalam perkara ini,” katanya lagi.

Selain mogok lapar, mereka juga akan mewujudkan speaker corner yang akan menjemput wakil pertubuhan alam sekitar.

“Kami sudah maklumkan kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan St John Ambulans.

“Kami bagaimanapun tidak merasakan keperluan untuk memaklumkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya lagi.


sungai_siput says:

alah saja nak nak buat 27 disember sampai 1 jan 2013
ada jugak rakyat malaysia nak sambut tahun baru 2013
nanti boleh lah media PAS/PKR gebang tunjuk gambar beratus ribu orang ramai berkumpul menyokong depa buat mogok lapar
apa punya taktik da depa ni pakai
balik2 menyusah kan rakyat malaysia

baba says:
semua ni nak cari publisiti, biar mereka lapar kat sana, kita nak tgk lama mana dia tahan…..semua wayang saja.

ElectroMagneticPulse says:
terdesak sungguh puak2 cina yang menentang lynas ni… dulu menipu orang kampung.. tapi tak jadi… orang kampung sendiri pun dah tau sains…. sekarang nak sekse diri buat mogok lapar lak..
hahaha….. sungguh BODOH

sumber.