Gambar utama: Pukul 12.28 – ada peserta menerima bungkusan nasi. |
Gambar 2 dan 3: Pukul 12.55 – peserta keluar mencari kuih dan makan sepanjang perjalanan balik ke lokasi mogok lapar. |
Sebahagian
daripada kumpulan 18 'pejuang alam sekitar sejati' yang menganjurkan mogok
lapar selama 100 jam bermula pukul 8 malam Khamis lalu hari ini dikesan makan
tengahari di sebuah hotel dan beberapa restoran berhampiran Dataran Merdeka.
Jurugambar kami berjaya mengesan perbuatan itu
sebentar tadi yakni ketika mogok baru sahaja mencecah masuk ke 63 jam.
Menurut jurugambar berkenaan, peserta mogok pada
awalnya memperlihatkan kepada orang ramai sekitar dataran bahawa mereka dalam
keadaan yang sangat lemah.
Bagaimanapun selepas beberapa ketika, seorang demi
seorang mula hilang dari tempat mogok lapar terbabit. Mengesyaki sesuatu, jurugambar Mynewshub mula
menjejaki mereka secara senyap dan akhirnya berjaya menemukan sebahagian
peserta yang makan dengan pantas di beberapa kawasan sekitar Dataran Merdeka. Malah lebih memeranjatkan, sebahagian peserta yang
dikatakan merupakan ahli DAP dilihat menerima bungkusan makanan yang dihantar
kepada mereka.
Memetik kenyataan penganjur program berkenaan sebelum
ini, Tan Woen Tian berkata, mogok lapar selama 100 jam itu sebagai protes
terhadap beberapa isu alam sekitar dan kemasyarakatan.
Mogok lapar itu jelas beliau akan berakhir pada detik
tengah malam Tahun Baru 2013.
Pesertanya – yang juga akan terdiri daripada remaja
dan pesara – hanya akan minum air botol sepanjang tempoh tersebut (petikan
Malaysiakini).
Woen Tian berkali-kali menegaskan aspek hanya minum
air berkenaan ketika sidang media pada malam pelancaran kempen itu.
Beliau bagaimanapun sama sekali tidak menyentuh
mengenai 'aktiviti makan diam-diam' seperti yang ditemui pihak kami hari ini.
Beliau juga tidak sekali pun mengatakan ia adalah
kempen 'sepatutnya lapar' tetapi bertegas ia adalah mogok lapar selama 100 jam.
Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin
Huat yang sebelum ini bersemangat juga tidak kelihatan di Dataran Merdeka hari
ini.
Mogok 'sepatutnya lapar' berkenaan dianjurkan oleh
Malaysian Youth Against Public Hazard (MYAPH).
Berikut kronologi penemuan kami:
Gambar 4: Pukul 1.18 – Dua orang Peserta mogok pulang ke hotel. |
Gambar 5: Pukul 1.32 – Dua orang peserta mogok lapar makan di restoran berhampiran Masjid Jamek. |
Gambar 6: Pukul 1.41 – Seorang lagi peserta mogok lapar datang makan di restoran yang sama. |
No comments:
Post a Comment