Tuesday, 11 December 2012

"Apa salah Jika Ustaz Azhar Idrus Teringin Nak Jadi PM ? "




Aku tertarik dengan Video ustaz Azhar idrus ni.... menyentuh mengenai kreabiliti Perdana Menteri.  Artikel aku petik dari Blog Mat Despatch Otai :-



"Anok aku buleh jadi pedana menteri". -Tulah yang Ustaz Azhar cakap. Aku bukan nak kutuk dia. Ilmu dia ni lagi banyak dari aku. Tapi bila agama dan politik telah dicampur adukkan. Ni laa hasilnya. Orang dah tak nampak lagi mana satu politik mana satu agama.


Dia tak nampak apa yang sebenarnya telah dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia. Memang aku tak nafikan yang dia asyik tunjuk macam ni je.. --->


Kalau DS Najib buat macam tuh. Jangan lupa yang sebenarnya ANUwar pon buat jugak 1 Malaysia tuh.


ANUwar pon sokong 1 Malaysia dalam diam sebab dia nampak 1 Malaysia ni boleh pergi jauh memacu Malaysia ke hadapan. Ok. Kite balik pada cerita asal. Aku rasa Ustaz Azhar Idrus ni kene banyak membaca. GTP, ETP, PR1MA dan bermacam-macam lagi yang DS Najib buat untuk memastikan rakyat negara kita ni aman dan sejahtera. Rakyat mampu hidup selesa tanpa perlu memikirkan banyak perkara yang tidak sepatutnya menjadi beban kepada mereka.

Aku nak qoute balik ayat Ustaz Azhar masa ceramah dia," Jangan sebab satu buruk dia, kita lupa semua baik dia. Jangan sebab satu baik dia, kita lupa semua buruk dia." So nampaknya Ustaz Azhar ni tak amalkan apa yang dia cakap. 

Mudahnya untuk mempercayai apa orang cakap tanpa kita buat usul periksa. Kalau orang tuduh kita mencuri, tapi kita tak mencuri. Macam mana kita nak bagi orang percaya yang kita sebenarnya tak mencuri. Tapi orang dah bagi barang bukti yang menunjukkan kita mencuri. Macam mana kita nak terangkan dekat diorang ni?

Kalau kita cakap memang susahlah orang nak percaya. Sebab orang dah bermain dengan persepsi bahawa kita memang mencuri. Apa yang seharusnya kita buat untuk membuktikan kita tidak mencuri.? Sama macam kes DS Najib atau Tun Mahathir. Orang boleh buat surat palsu. Memalsukan Letter head untuk surat rasmi kerajaan untuk menjatuhkan mereka. Tapi macam mana diorang nak nyatakan diorang tak buat?

Nak bersumpah laknat pula nanti korang akan cakap sumpah ni dah jadi macam mainan. Macam senang-senang je terlepas dari hukuman dan tuduhan tuh.  Jadi macam mana.? Kalaulah antara pembaca artikel ni dapat memberikan alasan yang logik. 

No comments:

Post a Comment