Wednesday 19 December 2012

Ideologi 'Malaysian Malaysia' Melayu DAP yang sokong. #pakatan #DAPkongres



Ahmad Ton, Naib Pengerusi DAP Johor adalah antara yang tidak diundi untuk memegang jawatan CEC dalam pemilihan baru-baru ini, adalah antara yang telah menyokong DAP berdekad lamanya – 36 tahun. Walaupun tidak dipilih, Ahmad Ton masih lagi percaya dengan slogan Malaysian-Malaysia DAP.


Kongres DAP - Melayu yakin Malaysian Malaysia ujud
Venue : Penang International Sport Arena (PISA)
Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)
Date : 15/12/2012

Walaupun kalah dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat DAP, masih ada calun Melayu yang menaruh harapan tinggi dan yakin akan ujud nya Malaysian Malaysia dalam DAP..

APA ITU MALAYSIAN MALAYSIA ?
Parti Tindakan Demokratik (DAP: Democratic Action Party)Bahasa Tamilஜனநாயக செயல் கட்சி ) ialah sebuah parti politik Malaysia yang berbentuk pelbagai kaum, sekular dan sosialisme demokratik. Ia ditubuhkan pada 18 Mac 1966.[1] Kubu-kubu kuat parti DAP dari segi sokongan rakyat ialah Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
DAP terkenal dengan konsep "Malaysian Malaysia" (Malaysia untuk semua rakyat Malaysia). Parti ini komited kepada perjuangan untuk sebuah Malaysian Malaysia yang bebas, berunsur sosialisme demokratik, berdasarkan prinsip-prinsip hak asasi manusia, kesamarataan, keadilan sosial dan ekonomi, dan berasaskan institusi demokrasi parlimen.[2] Bentuk sosialisme yang menjadi pilihan DAP ini adalah sosialisme sederhana yang bersifat anti-komunis dan anti-kapitalis, dan berdasarkan atitud tidak memihak kepada mana-mana pengaruh kuasa besar dunia sama ada blok Barat ataupun blok Timur.[3]

P/S : 
Usaha berterusan DAP di dalam menyebarkan fahaman ‘Malaysian Malaysia’  telah dan akan terus menjadi ANCAMAN TERBESAR terhadap keamanan dan kestabilan negara. Walaupun dasar-dasar berpaksikan ‘Hak Istimewa Melayu/Bumiputra’ merupakan antara asas-asas utama penubuhan negara Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia, DAP terus menjadikan peruntukan-peruntukan Perlembagaan tersebut sebagai modal politik untuk menanam kebencian terhadap UMNO, dan rakan-rakan UMNO di dalam parti Perikatan, dan Barisan Nasional(BN). Malah Lim Kit Siang sendiri telah menulis sebuah buku berjodol ‘Time Bomb’ yang meramalkan bahawa negara ini akan berhadapan suatu ‘letupan perkauman’. Amat menghairankan, walaupun DAP memperjuangkan ‘Malaysian Malaysia’, DAP juga menjadi ‘God-father’ kepada pendokong-pendokong SEKOLAH ALIRAN BAHASA CINA.



1 comment:

  1. apa ada pada nama AHMAD TON.
    apapon nama macam melayu, dia adalah ahli Dap tulin (36) sudah menjadi darah dagingnya sebagai pendukung/penyanjung Dap. dipersekitaranya bangsa melayu dia tetap DAP, pelik kerana memikirkan ketabahan dalam perjuangan yg bersenderian dikalangan masyarakat, sememangnya jiwa raga dan hati komunis itulah yang kita tidak mempunyaai daya tahan!!!pedulikan dia ahmad ton yg mewarisi atuknya yang munkin komunis melayu dan perjuangannya akan diteruskan sehingga mampos nanti.....

    ReplyDelete