Apa-apapun... Kita perlu berfikir sejenak.. Dimana kedudukan 'orang melayu' dalam DAP.. Karenah DAP yang bercakap atas dasar Demokrasi.Cinta tiga segi PAS, PKR dan DAP perlu segera di leraikan. Kerana sudah tentunya DAP tidak mengiktiraf kedudukan orang Melayu dalam partinya.
Kesemua Calon Melayu DAP Disingkir
GEORGE TOWN: Kesemua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC)disingkir apabila kalah dengan keputusan teruk pada Kongres Kebangsaan ke-16 DAP yang berlangsung, Sabtu.
Keputusan tersebut sekaligus membuktikan parti dominasi kaum Cina itu tidak memberi laluan kepada mana-mana calon Melayu termasuklah Zairil Khir Johari, yang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Zairil cuma memperoleh 305 undi manakala Lim meraih 1,576 undi.
Sejumlah 1,823 perwakilan mengundi bagi memilih 20 orang barisan kepimpinan DAP bagi tempoh 2012-2015.
Calon lain yang disingkir ialah Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor (216 undi), Senator Ariffin S.M Omar (748), Naib Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton (347 undi), Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121), Pengerusi DAP cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim (98), Roseli Abdul Ghani (39) dan Harun Ahmad (28).
Zulkifli ketika ditemui berkata mesej yang diperjuangkannya selama 25 tahun untuk menempatkan kaum Melayu dalam CEC parti itu tidak sampai ke peringkat akar umbi.
"Apabila kita katakan Malaysian Malaysia itu, maknanya kita mesti mewakili semua agama, semua bangsa, semua kaum... seimbang. Mesej yang saya sampaikan selama ini belum sampai ke akar umbi. Mereka masih lagi mengundi, memilih pemimpin berpandu kepada bangsa," katanya.
Beliau berkata pemilihan itu juga tidak berlandas kepada kebolehan dan pengalaman calon dalam memperjuangkan parti.
"Belum ada perubahan di situ. Keputusan hari ini (Sabtu) tak de seorang pun calon Melayu... Mungkin pemimpin atasan yang bertanding mesti nak jaga kepentingan masing-masing, bukan kepentingan parti," katanya. - BERNAMA
Masih tak percaya DAP Racist?
Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP 2012
1 LIM KIT SIANG 1607
2 LIM GUAN ENG 1576
3 KARPAL SINGH 1411
4 CHONG CHIENG JEN 1211
5 LOKE SIEW FOOK (ANTHONY) 1202
6 WU HIM VEN (VINCENT) 1202
7 TAN KOK WAI 1199
8 GOBIND SINGH DEO 1197
9 PUA KIAM WEE (TONY) 1162
10 TENG CHANG KHIM 1152
11 FONG KUI LUN 1137
12 NGA KOR MING 1075
13 CHONG ENG 1006
14 CHOW KON YEOW 986
15 LIEW CHIN TONG 984
16 M. KULA 984
17 BOO CHENG HAU 958
18 KOK SUH SIM (TERESA) 925
19 TEO NIE CHING 903
20 NGEH KOO HAM 824
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment