Di saat bahang sambutan Aidilfitri semakin
terasa, seorang ibu memohon bantuan rakyat Malaysia dalam usaha mengesan anak
perempuannya berusia tiga tahun, Aisyah Wan Exzan yang dilaporkan hilang di
Rawang pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner
Abdul Rahim Abdullah berkata ibu Aisyah, Arbaiyah Md Zin didakwa bertemu dengan
penculik tersebut menerusi laman sosial Facebook pada Mei dan menjalin hubungan
dengan suspek serta merancang untuk berkahwin.
Walupun hanya mengenali lelaki tersebut selama
beberapa minggu, Arbaiyah, seorang guru matematik berusia lewat 30-an,
meninggalkan anak perempuannya itu dibawah jagaan suspek pada 30 Julai.
Suspek memberitahu Arbaiyah bahawa dia ingin
memperkenalkan Aisyah kepada kakaknya.
Ibu kanak-kanak itu turut memberikan suspek sijil
kelahiran Aisyah kerana mereka berdua merancang untuk pergi berbulan madu
bersama kanak-kanak tersebut selepas mereka berkahwin.
"Pada 2 Ogos, Arbaiyah turut memberi wang
tunai RM25,000 kepada lelaki tersebut untuk pelaburan perniagaan emas di sebuah
pusat membeli-belah di Rawang.
"Keesokan harinya, Arbaiyah menunggu suspek
untuk membawa Aisyah pulang ke rumah. Suspek berjanji untuk membawanya keluar
dan membeli barang keperluan perkahwinan mereka. Namun suspek tidak muncul dan
panggilan ke telefon bimbitnya tidak berjawab," kata Abdul Rahim kepada
The Star.
Beliau berkata ibu mangsa turut pergi ke rumah
suspek di Taman Tun Dr Ismail dalam usaha mencari anak perempuannya itu tetapi alamat
rumah tersebut milik orang lain.
Kes itu diklasifikasikan polis sebagai penculikan
kanak-kanak.
Abdul Rahim berkata siasatan masih dijalankan dan
menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara
itu sehingga maklumat lanjut diketahui.
Sementara itu, #findaisyah tersebar pantas di
laman Twitter dengan pengguna Internet seluruh negara menggunakan medium
tersebut untuk mencari kanak-kanak tersebut selepas berita penculikannya
disebarkan dalam laman media sosial awal pagi Isnin.
Sumber : Mstar.com.my
No comments:
Post a Comment