Sunday 18 August 2013

Majlis Berbaur Seks dan lucah cubaan hidupkan kembali ajaran sesat. #rakyatnews @drhasanali #KalimahAllah #Merdeka56 #HinaIslam


"Slot lucah termasuk goyang gerudi, kononnya untuk membangkitkan roh seks"

Pengikut Al-Arqam yang kini aktif semula atas nama Global Ikhwan mengadakan majlis berbaur seks dan mempengaruhi para isteri agar meninggalkan suami mereka yang tidak lagi bersama jemaah itu, dakwa Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi).

Presiden Srikandi, Norashikin Abd Ghani, berkata, Hatijah Aam atau Ummu Jah yang kini mengetuai jemaah tersebut pernah menganjurkan majlis di mana wanita yang menyertainya datang dengan hanya memakai baju tidur nipis semata-mata.

"Selepas sesi ceramah terdapat slot lucah termasuk goyang gerudi, kononnya untuk membangkitkan roh seks.

" Ini adalah kesesatan yang jelas," dakwa Norashikin dalam satu sidang media khas di sini hari ini.

Srikandi adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan.

Pada 12 Ogos lalu, pertubuhan ini telah membuat laporan polis berkaitan isu salah laku serta cubaan menghidupkan semula ajaran sesat Al-Arqam oleh isteri pemimpin Al-Arqam Ashaari Muhammad itu.

Al-Arqam telah difatwakan sebagai ajaran sesat di Malaysia pada 1994.

Sementara itu, menurut Norashikin, walaupun kumpulan ini sudah diharamkan namun masih ada pengikut yang meneruskan kegiatan itu dengan mempergunakan kanak-kanak dan berselindung di sebalik pertubuhan kebajikan.

" Mereka menubuhkan rumah anak yatim semata-mata mahu mengutip dana daripada orang ramai, malah terdapat sekolah 'khas' bagi melatih kanak-kanak ini sebagai pengemis.

" Malah, mengikut sumber daripada bekas pengikut kumpulan terbabit, mereka mengakui terdapat 20,000 lagi pengikut tegar yang masih bergerak secara aktif dengan memperalatkan kanak-kanak untuk mendapatkan dana.

" Tambahan pula ada beberapa rumah anak yatim di bawah seliaan kumpulan ini mampu mengutip sumbangan RM4 juta sepanjang Ramadan," katanya ketika ketika ditemui pada sidang media memorandum berhubung isu mengembangkan semula ajaran sesat berkenaan.


Memorandum yang akan diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara lain meminta penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja Agama Islam Malaysia bagi mengambil tindakan terhadap Ummu Jah dan pengikutnya. – Rem Ramzi

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment