Monday 12 August 2013

Berundur Bukan Bererti Kalah !! Datuk #LCW terpaksa tarik diri. #1Malaysia #MalaysiaBoleh #WorldChampionship2013


Pemain negara, Datuk Lee Chong Wei terpaksa menarik diri pada set ketiga permainan kerana mengalami kecederaan ketika bertemu musuh tradisi, Lin Dan pada perlawanan akhir Kejohanan Dunia di Tianhe Gymnasium, Guanzhou China.

PEMAIN no 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei gagal dalam misinya mendakap kejuaraan sulung di Kejohanan Badminton Dunia 2013 apabila menarik diri pada set ketiga perlawanan akhir di Gimnasium Tianhe, pada Ahad.

Jaguh badminton negara itu menarik diri ketika beliau ketinggalan 17-20 pada set penentuan tersebut kepada juara bertahan, Lin Dan dari China.

Pada set pertama, Chong Wei menang 21-16 namun tumpas di set kedua 13-21.

Kekecewaan itu adalah yang kedua berturut-turut bagi Chong Wei, yang juga pemain nombor satu dunia, selepas tumpas kepada pemain China itu di Arena Wembley, London dua tahun lepas.- BERNAMA

Perdana Menteri, DSN melalui laman twitter memuji semangat juang yang di tunjukan LCW apabila menulis akaun sosial "Satu kebanggaan bila tewas menentang lawan yang begitu hebat. Anda telah melakukan yang terbaik Lee Chong Wei,"

KK : Mengharapkan LCW kembali pulih dari kecederaan yang dialami beliau.. Kerana perjuangan Malaysia belum selesai lagi..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment